![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Masa Iman Firash masih di dalam perut dulu, memang tak sabar nak tunggu waktu untuk melakukan imbasan sebab nak tahu jantina anak yang dikandungkan dan juga bila perut semakin membesar dan semakin hampir tarikh matang kandungan sebab nak lihat bagaimanakah rupa anak yang bakal lahir. Iyalah, teknologi semakin canggih kan? Kalau dulu-dulu sekadar imbasan biasa-biasa sahaja, tapi dengan kemajuan teknologi, sebelum bayi lahir pun dah boleh tengok rupa bayi yang dikandung di dalam perut sama ada ada menyerupai ibu ataupun bapa kan? Jadi, Farah pun turut sama naiklah berangan nak buat imbasan 4D. Nak tengok rupa Iman Firash… Ha ha ha…
… Tapi tak buat punnn… Sebab bajet tak mengizinkan… Makanya, biarkan ia berlalu sebegitu sahaja… Dan lupakan… Mujurlah tak terkesan dan tak terkilan…Ekekeke…
… Suami pun pandai juga memujuk… Yang penting bayi lahir dengan selamat dan sihat serta cukup sifat katanya… Berjaya juga melupakan…


Tapi biasalah perasaan ibu-ibu, kalau Farah super duper teruja nak lakukan imbasan 4D untuk lihat rupa Iman Firash sebelum lahir… Anda juga mungkin akan mempunyai perasaan yang hampir serupa… Tapi tidak hairan juga jika ada yang tak hairan pun… Lebih suka kepada surprise dan lihat sewaktu bayi telah dilahirkan. Cumanya, sekadar sebagai pengetahuan umum sahaja… Dan mungkin juga bermanfaat untuk ibu-ibu hamil di luar sana sebagai satu ilmu untuk anda… Tahu tak sebenarnya apakah yang membezakan di antara imbasan 2D, 3D dan juga 4D?
Menurut sumber di SINI:
Imbasan 2D
![]() |
Kredit: Gambar dari Sumber |
Hasil ujian imbasan berwarna hitam putih dan hanya ternampak dari satu sisi sahaja, bahkan kelihatan kabur tetapi doktor yang menggunakan teknologi ini tetap boleh melihat perkembangan organ internal bayi.Sekiranya doktor mengesyaki kelainan, dia akan menyarankan ibu melakukan ujian imbasan berdimensi lebih tinggi.
Imbasan 3D
![]() |
Kredit: Gambar dari Sumber |
Anatomi tubuh bayi dapat dilihat secara keseluruhannya. Ujian 3D adalah keadaan gambar tidak bergerak yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi. Sekiranya ada masalah pada bayi seperti kelainan jantung, bibir serta tulang dapat dilihat dengan ujian ini.
Imbasan 4D
![]() |
Kredit: Gambar dari Sumber |
Ia dikenali juga sebagai 3D real time kerana melalui ujian imbasan ini anda dapat melihat pergerakan bayi seperti menghisap ibu jari, menendang, menguap dan lain-lain lagi secara terus menerus. Ibu hamil disarankan membuat ujian 4D apabila kandungan sudah mencecah 28 minggu ke atas. Hasil ujian imbasan boleh disimpan dalam bentuk DVD atau CD dan anda boleh melihatnya berulang kali.
Seronok kalau dapat buat imbasan 4D… kenangan kan? Lepas tu bila anak dah besar boleh beri anak lihat bagaimanakah mereka di dalam perut kita sewaktu kita hamilkan mereka… Ada sentimental value dan personal touch yang tersendiri di situ… Tapi macam Farah… Tak ada rezeki nak simpan imbasan Iman Firash sewaktu dalam kandungan… Makanya, tidak ada rezeki juga untuk Iman Firash lihat diri sendiri ketika di dalam perut… Ihikss… Tak apalah… Cumanya kalau ada, senang sikit nak cerita where does baby comes from kan? Mudah sikit nak terangkan…Tak apa, biar dia gunakan otak dia untuk berfikir serta membayangkan… Pun boleh juga… Yang sedang hamil tu, jangan lepaskan peluang untuk lakukan imbasan 4D tau? Kalau ada rezeki… Boleh simpan DVD atau CD tu dan boleh ulang tayang berapa banyak kali pun anda nak tengok… 

baru husna taw beza 2D dan 3D.. syoknyaa dpt tgk yg gerak2 tu.. tp nak buat ni pon kena tgk kemampuan jugak kan..
ReplyDeletesekarnag kalau x silap...5D pun dah ade kan? yg tu makin jelas kalau dari Sally baca laa
ReplyDeletehihihi.. zaman cik azue dulu, hanya ada 2d je kut.. scan biasa tu saja.. la nih macam2 noh..
ReplyDelete