Home » , , , , , , , , » Lindungi Anak Anda Dari PENDERAAN SEKSUAL | Bahagian 1

Lindungi Anak Anda Dari PENDERAAN SEKSUAL | Bahagian 1

LINDUNGI ANAK ANDA DARI PENDERAAN SEKSUAL

Minggu ni, Farah decide untuk slotkan entri parenting awareness and parenting alert untuk semua ibu bapa di luar sana di dalam entri Farah di Bubblynotes.Com. Moga-moga apa yang bakal Farah kongsikan ini, dapat memberikan manfaat kepada kita semua sebagai ibu bapa. Tidak kira sama ada anak-anak kita adalah lelaki mahupun perempuan, sebagai ibu bapa sememangnya amat penting untuk kita memahami dan mengetahui dengan terperinci mengenai PENDERAAN SEKSUAL

Apa Itu PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK?

PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

PORNOGRAFI KANAK-KANAK

Apabila perlakuan seks kenak-kanak direkodkan dan diterbitkan. Semua pornografi kanak-kanak adalah PENDERAAN SEKSUAL dan ianya adalah SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG.

PENDERAAN SEKSUAL – PERBUATAN SENTUHAN

Interaksi seksual pada bahagian sulit kanak-kanak, memasukkan objek ke bahagian sulit, mulut atau dubur, seks oral dan meliwat, mencium menggunakan lidah, menyentuh secara seksual dengan meraba bahagian sulit dan bahagian badan.

PENDERAAN SEKSUAL – PERBUATAN TANPA SENTUHAN

Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak, menggalakkan kanak-kanak dengan kata-kata, menipu, memaksa atau mengugut kanak-kanak untuk melakukan sebarang aktiviti seksual atau pelacuran, pameran, menggalakkan kanak-kanak untuk melihat bahagian sulit, panggilan lucah, menghantar kata-kata lucah dan merekod video serta gambar-gambar.

Siapakah PENDERA SEKSUAL Kanak-Kanak?

Satu di antara 4 kanak-kanak perempuan dan satu di antara 6 kanak-kanak lelaki adalah mangsa penderaan seks sebelum mereka berumur 18 tahun – Rujukan dari http://nctsn.org/nctsn_assets/pdfs/caring/ChildSexualAbuseFactSheet.pdf

LINDUNGI ANAK ANDA DARI PENDERAAN SEKSUAL 2

Di dalam kebanyakkan kes, orang yang sering menjadi pendera seksual kanak-kanak adalah orang-orang yang kita kenali dan mungkin juga adalah orang-orang yang rapat di sekeliling kita. Mereka mungkin adalah ayah, ibu, adik-beradik, sepupu, ibu tiri, ayah tiri, datuk, ahli keluarga, penjaga dan rakan-rakan  tidak kira sama ada tua atau muda. Lebih dari 90% (rujukan: https://www.nsopw.gov/en/Education/FactsStatistics?AspxAutoDetectCookiesSupport=1), kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seks mengenali pendera mereka. Mereka selalunya didera oleh orang-orang yang dipercayai seperti ahli keluarga (di sekolah, kelab sukan, pusat jagaan harian, institusi, jiran-jiran) dan sesiapa sahaja yang disangkakan boleh dipercayai dan dihormati.

IBU BAPA DAN PENJAGA,
sila nasihatkan anak anda seawal umur 3 tahun bahawa:

“Tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk menyentuh alat sulit mereka”

“Sentuhan adakalanya akan menyebabkan anda merasa tidak selesa walaupun anda mungkin menyukai orang tersebut. Apabila anda merasa tidak selesa, anda perlu berkata TIDAK dan beritahu ibu bapa!”


Clock Upcoming Next: Mencegah Kanak-Kanak Daripada PENDERAAN SEKSUAL

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Lindungi Anak Anda Dari PENDERAAN SEKSUAL | Bahagian 1, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, December 1, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Takutkan Farah..
    Macam2 kes penderaan seksual ni kan..
    Semoga anak2 kita dalam lindungan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena hati hati hantar anak pergi nurseri dan pusat jagaan.

      Macam macam sekarang

      ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

      Delete
  2. Kesian tengok budak-budak mangsa dera ni ..
    singgah sini dan follow ❤
    http://mellyacrayola.blogspot.my/

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY