BERITA BAIK!!! IVFKasih–Rawatan Kesuburan Kos Rendah Malaysia

Farah Waheda Wahid
0
BERITA BAIK! IVFKASIH RAWATAN KESUBURAN KOS RENDAH MALAYSIA
Gambar adalah diubahsuai dari sumber dari Google

Jika anda adalah di dalam golongan Trying-To-Conceive (TTC) ataupun sedang giat berusaha mendapatkan rawatan bagi mendapatkan cahaya mata anda sendiri… Jangan skip entri ini pleaseee? Nerd smile. Ada berita baik yang Farah nak sampaikan serta kongsikan dengan anda… Manalah tahu, jika ini adalah sesuatu yang bermanfaat dan boleh membantu anda kan? Farah sekadar berkongsi sesuatu dan cuba membantu dari sudut mana yang mungkin sahaja walaupun tidaklah sebesar mana nilai bantuan Farah dengan sekadar menyampaikan informasi melalui Bubblynotes.Com kan?

IVFkasih…Siapa yang dah tahu? Smile Siapa yang agak-agak memang belum pernah mendengar mengenai IVFkasih? Tak kiralah anda sudah tahu ataupun belum pernah mendengar mengenai IVFkasih, Farah tetap nak berkongsi melalui entri ini juga! He he he… Tak ada salah silapnya pun kan? kan? kan?

Begini… Ini adalah sesuatu yang fresh from oven ok? Memang program IVFkasih ini, baru sahaja dilancarkan pada 1 Disember 2016 yang mana ianya telah dirasmikan oleh Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di Shah Alam. Gambar sememangnya boleh berkata-kata… Dan dari gambar pertama di entri ini pun, anda sudah boleh mengagak apakah intipati entri ini… Winking smile… Sudah semestinya lah mengenai rawatan kesuburan kan?

BERITA BAIK! IVFKASIH RAWATAN KESUBURAN KOS RENDAH MALAYSIA 2

Rata-rata, rawatan kesuburan selalunya adalah mahal kerana menggunakan kaedah suntikan dan ubat-ubatan dari luar negara. Memang ya! Farah pernah juga mendengar cerita-cerita dari sanak-saudara yang TTC, yang mengalami masalah untuk hamil dan mendapatkan zuriat sendiri melaburkan banyak modal demi semata-mata gigih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. IVFkasih adalah program IVF berkos rendah yang menggunakan pendekatan unik dan inovatif untuk mengurangkan kos perbelanjaan tanpa menjejaskan kadar kehamilan. IVFkasih ditubuhkan untuk memberi harapan kepada pasangan untuk mendapatkan zuriat. Rawatan kesuburan ini mungkin agak berlainan daripada kebiasaannya.

IVFkasih komited kepada satu kos sahaja TANPA sebarang caj tersembunyi. Ianya adalah merupakan sebuah program yang mudah dengan kadar kos yang minima. Caj yang dibayar merangkumi program IVF yang lengkap (stimulasi, pemantauan, prosedur klinikal dan makmal) dan kadar kehamilan yang baik. Prestasi makmal yang cemerlang adalah amat penting apabila kuantiti telur adalah terhad untuk menjana kadar kehamilan yang tinggi  Sunfert@Bangsar South mempunyai satu kumpulan pakar fertiliti, kaunselor dan pakar embriologi yang terlatih, berkelayakan dan berdedikasi tinggi.

Informasi Rawatan

Dengan menggunakan stimulasi yang kurang agresif, bilangan suntikan yang anda perlukan akan berkurangan dan kos perubatan juga dapat dijimatkan. Anda akan memperolehi telur-telur yang lebih berkualiti. Rahim anda juga akan menjadi lebih reseptif terhadap implantasi embrio yang akan dipindahkan. Anda juga akan merasa lebih selesa melalui program ini berbanding dengan program IVF biasa kerana kesan sampingan termasuk ovarian hyperstimulation dapat dikurangkan.

BERITA BAIK! IVFKASIH RAWATAN KESUBURAN KOS RENDAH MALAYSIA 3

KONSULTANSI PERTAMA

Proses pertama di mana, pihak IVFkasih mengenali kedua pasangan. Kesemua pasangan akan berjumpa dengan jururawat kaunselor dan pakar fertiliti IVFkasih untuk penilaian penuh termasuk Antral Follicle Count (AFC) untuk menilai kadar simpanan telur di dalam ovari (rizab ovari)

FASA STIMULASI

Fasa stimulasi adalah di mana bermulanya program IVF. Anda akan diberikan ubat tablet dan suntikan untuk merangsang ovari. Tujuannya adalah untuk mendapatkan 4 ke 6 folikel yang membawa kepada sekurang-kurangnya 2 hingga 4 telur yang matang. Ini akan menghasilkan 2 hingga 3 embrio untuk proses pemindahan ke dalam rahim. Stimulasi kurang agresif bukan hanya menghasilkan telur yang berkualiti lebih baik, malahan membolehkan rahim anda menjadi lebih reseptif terhadap embrio yang dipindahkan.

PEMANTAUAN

Proses pemantauan juga dihadkan supaya bilangan lawatan ke klinik dan juga tekanan dapat dikurangkan. Proses pemantauan pembesaran folikel akan dilakukan oleh ahli sonografi atau pakar fertiliti yang amat bertauliah. Kaunselor akan memberikan sokongan padu dari segi fizikal dan juga emosi kepada anda dari awal sehingga ke akhir rawatan.

PROSES PENGELUARAN TELUR

Proses ini adalah merupakan prosedur kecil sahaja. Ia akan dilakukan di Sunfert@Bangsar South dan akan dilakukan dengan bantuan ubat pelali. Telur-telur akan dikeluarkan dari ovari dengan menggunakan sebatang jarum halus yang dimasukkan ke dalam faraj. Prosedur ini hanya mengambil masa 10 minit dan anda boleh pulang1 jam setelah proses ini tamat.

PROSES MAKMAL EMBRIOLOGI  (‘IVF / ICSI”)

Langkah ini dilakukan di makmal di Sunfert@Bangsar South . Di makmal, pakar embriologi akan menyediakan telur dan sperma untuk proses persenyawaan. Dengan menggunakan teknik dan peralatan yang canggih, semua kos prosedur makmal termasuk ke dalam caj rawatan. Kebiasaannya, tiada embrio berlebihan. Tetapi jika ada, proses pembekuan akan dilakukan tanpa caj tambahan.

PEMINDAHAN EMBRIO

Telur yang telah disenyawakan  (embrio) akan dipindahkan ke dalam rahim. Proses pemindahan embrio dilakukan di Sunfert@Bangsar South . Kebiasaannya 1-3 embrio akan dipindahkan ke dalam rahim, bergantung kepada bilangan embrio yang ada dan umur anda. Anda juga akan diberi ubat pesari untuk dimasukkan ke dalam faraj untuk memberi sokongan kepada rahim.

UJIAN KEHAMILAN

Ujian kehamilan perlu dilakukan untuk memastikan sama ada program ini berjaya. Ujian ini akan dilakukan di IVFkasih 2 minggu selepas proses pemindahan embrio. Jika anda telah hamil , anda perlu meneruskan perubatan sokongan sehingga kandungan anda berusia 3 bulan.

Tipulah kalau nak kata, tak ada yang tertanya-tanya berapa murahkah kos yang dikatakan rendah itu?

BERITA BAIK! IVFKASIH RAWATAN KESUBURAN KOS RENDAH MALAYSIA 4
*harga permulaan

Pakej IVFkasih adalah bernilai RM7,500.00 bersih! Berbanding dengan kos yang ditawarkan di tempat-tempat lain. Harga yang ditawarkan ini adalah merangkumi:

  • kos perubatan dari permulaan rawatan IVF sehingga ke hari ujian kehamilan.
  • kos makmal meliputi  ICSI, Laser-Assisted Hatching dan Blastocyst Culture jika diperlukan.
  • kos pembekuan embrio.
  • kos kejururawatan, operasi dan bilik pemulihan.
  • kos doktor.

Dah ada pun pasangan yang telah berjaya mendapatkan cahaya mata hasil dari pelaburan mereka ke atas program IVFkasih ini, sebagai bukti adalah laporan berita bertarikh 1 Disember 2016 di laman web Berita Harian:

BERITA BAIK! IVFKASIH RAWATAN KESUBURAN KOS RENDAH MALAYSIA 5

Jika nak tahu kisah mereka, anda cubalah klik pada gambar yang Farah sertakan di dalam entri ini, di atas ni ya? Pointing up

BERITA BAIK! IVFKASIH RAWATAN KESUBURAN KOS RENDAH MALAYSIA 6

Kawan-kawan, cubalah… Mana tahu jika ada rezeki anda kan? IVFkasih adalah satu revolusi kepada dunia rawatan fertiliti di Malaysia, ianya adalah rawatan kesuburan dengan harga mampu milik kepada semua lapisan masyarakat.

Untuk Maklumat Lanjut:



BERITA BAIK! IVFKASIH RAWATAN KESUBURAN KOS RENDAH MALAYSIA 7

Peta Lokasi:



Alamat:
No. 32, Ground Floor, Jalan Bola Tampar 13/14
Seksyen 13, Shah Alam

No. Telefon:

E-mel:

Sumber Rujukan Utama: Laman Web IVFkasih.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !