Masalahnya KREATIF Sangat Ke Mommy?


Tengok tu? Iman Firash sendiri yang bertanya. Masalahnya KREATIF sangat ke Mommy? Bila Mommy dia ni mencari alternatif lain untuk menggantikan susu formula bila mana si anak meminta susu sewaktu outing dan bekalan susu formula yang dibawa telahpun kehabisan. Mari kita ber hu-hu-hu. 


Kisah lebih kurang hampir dua minggu yang lepas ni yang sebenarnya. Kering kontang dah susu si anak dalam 2 botol yang dibawa untuk tujuan outing. Kebiasaannya 2 botol memang ngam-ngam untuk outing sebabnya kalau outing Iman Firash memang kurang menyusu. Sejak-sejak umur dia mencecah 2 tahun pada November 2015 yang lepas, memang Farah dah berhenti bawa bekalan susu formula yang belum dibancuh sewaktu outing. With the perception anak dah semakin besar, dah boleh bawa-bawa berhenti mengangkut banyak sangat barang bila outing. He he he... 

Sekali tu dia... Wa kena beb! Tiba outing yang pada kali itu, galak pula dia menyusu. Memang ikut angin Iman Firash ni. Iman Firash tak ada masalah untuk minum air lain. Tapi, kalau dia dah minta susu tu... susulah yang dia nak. Lain tak ada kompromi dah. "Shu shu Mommy? Shu shu..."... Makanya bermulalah waktu untuk Mommy ligat berfikir apakah alternatif yang ada. 

Secara tak semena-mena, dapat idea yang masa tu tak taulah boleh diterimapakai ataupun tidak. Farah belika n dia fresh milk Dutch Lady untuk menggantikan susu formula yang dia minta. 


Caranya? Potong kotak dan masukkan susu ke dalam kotak untuk gantikan susu formula dan beri pada dia. Mula-mula tu reaksi positif juga dari Iman Firash bila dia sambut dan terus suakan ke mulut dia. Ha ha ha... dalam hati legaaa mak noksss! Bukan apa risau kalau-kalau dia tantrum sebab dah nak menyusu sangat. 

Lepas beberapa ketika dia keluarkan puting dari mulut dia dan beri Farah botol susu tu. TAK NAK! Dia tau ok? Itu bukan susu formula dia! Dah tentu-tentulah kan? Dah besar, dah tau perbezaan rasa. Yang untungnya, sebelum sempat Mommy berperang dengan tantrum dia, dia tak tantrum pun! Dia tenang-tenang ajer macam tu. 

Makanya, Farah ambil pendekatan untuk memujuk dia sambil-sambil menerangkan yang susu formula dia dah habis. Kena tunggu sampai balik rumah baru boleh bancuh susu formula yang baru. Lega ya ampunnn bila dia jawab "Ok Mommy"... secara perlahan dan bersahaja. Good boy! He he he... lega rasa hati Mommy ni nak oiii. 

Mujurlah waktu tu dah nak dalam perjalanan balik kan? Sewaktu dalam perjalanan, Farah telefon nenek dia untuk maklumkan tentang apa yang berlaku dan minta bantuan nenek dia siap sedia bancuhkan susu formula dia sebab dia macam dah nak sangat susu. 

Sementara itu di dalam kereta, dia layan perasaan dia nakkan susu formula tu dengan minum air suam dalam botol susu. Sebab itu memang salah satu kegemaran dia juga. Nasib boleh buat pakat kan? Sampai-sampai jer perkarangan rumah, tak sempat keluar dari kereta nenek dah stand by depan pintu rumah dan pegang botol susu. 

Selamat jer kereta parking di perkarangan halaman rumah, terus nenek dia buka pintu kereta sebelah penumpang dan hulurkan dia botol susu. Ha ha ha. Apa lagi? Menganga macam anak burunglah mulut dia. Dukung dia masuk ke dalam rumah dan baringkan atas sofa bed yang nenek dah siap-siap set-up terus layan hisap susu kemudian terlelap dengan sendirinya. 

Kesimpulannya... Mommy cuba nak jadi KREATIF dengan mencari alternatif lain. Tapi tak adalah KREATIF mana pun kan?  Muahahaha... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Masalahnya KREATIF Sangat Ke Mommy? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, November 20, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. biasalah, hari2 minum memang tau beza rasa susu dia yg mana sebab anak sedara neeza tu pun macam tu gak, anyway comelnya anak kak farah..

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  2. sama kes macam awfiyah masa bawak keluar...ingtkn sebotol dah cukup...rupanya dalam perjalanan nak balik dia mintak susu..akak belikan je dutch lady ni hah..tapi dia taknak putih..nak yang coklat

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY