
SATAY IKAN oh SATAY IKAN... tak taulah kenapa Farah ni sukaaa sangat dengan SATAY IKAN. Sedari zaman-zaman sekolah rendah dulu. Memang suka sangat kot dengan SATAY IKAN. Sampaikan masa mengandungkan Iman Firash mengidam sangat nak makan SATAY IKAN ni oiii! Gigihlah mencari sana sini nak makan SATAY IKAN punya pasal. Tapi susah sangat nak jumpa! Sedihhh... Tahun 2015 baru jumpa! Boleh rujuk entri lama di SINI.
Baru-baru ni lebih kurang 2 minggu yang lalu... he he he... secara kebetulan juga, sewaktu membeli susu Iman Firash disebabkan stok susu sedia ada dah tinggal serdak sementara menanti susu yang dibeli secara atas talian sampaikan? Nak buat macam mana? Terpaksalah... nak tunggu susu beli atas talian tu sampai entah bila yer tak? Takkan nak biarkan anak tak menyusu pula? Nak tak nak terpaksalah walaupun ka-ching yang ada cukup-cukup untuk perbelanjaan ulang-alik pergi kerja. Tengah jalan-jalan tu terjumpa! Nampak macam orang tengah membakar SATAY IKAN.

Pucuk dicita ulam mendatang macam tu! Secara perlahan-lahan Farah mendekati gerai yang dipasak di tepi jalan itu. Mata jadi macam bersinar-sinar dapat jumpa orang yang jual SATAY IKAN. Tanpa fikir panjang Farah pun mula order. Farah minta 8 cucuk. 4 cucuk RM2.00. 8 cucuk bermakna RM4.00. Tak sabar-sabar nak makan SATAY IKAN ok? Berbunga-bunga hati ni ha.


Rasanya dah hampir-hampir serupa sepertimana waktu zaman Farah sekolah rendah dahulu. Akan tetapi sedikit rasa agak macam kurang berpuas hati kerana saiznya yang sangat kecil dan sangat nipis rasanya. Tak tebal dan betul-betul padat. Errr... faham tak apa yang Farah cuba sampaikan? It's there but it's not reaching the expected level yet. Haaa... macam tulah lebih kurang. Senang cerita rasa macam celah gigi jer! Waktu kecil-kecil dahulu, makan 5 cucuk dah rasa penuh. Yang ini, makan 8 cucuk baru rasa macam makan 4 cucuk. Faham kan?
#ehhh banyak pula bunyi dia ni kan? Dah dapat makan tu pun kira dah bersyukurlah. Itupun kira bertuah sebab dah jumpa ya tak? Syukurlah rezeki Allah dah bagi tu. In Shaa Allah... mana tau nanti jumpa yang betul-betul menepati spesifikasi dan piawaian? Ya tak?
*Apa pun gembiralah juga sebab dapat jumpa, beli dan makan. Syukur Alhamdulillah. :-)
Alhamdulillah...boleh ketagih makan ni tau..
ReplyDeletemenggodanya, lapar iolls cam gini
ReplyDeletewww.neezalife.com
Dulu-dulu satu bulat tu saiz syiling lima posen seingat Yani, sekrang memang kecik2....
ReplyDeleteMakan RM8 baru rasa puas kot...haha