38 minggu genap-genap di dalam kandungan + 2 tahun 10 bulan… Dah nak melangkah ke usia 3 tahun dah dia pada 26 November 2016 ini. Hari demi hari berlalu, tidur bangun tidur bangun dah besar dah dia… Semakin banyak perkembangan, semakin touching hati Mommy setiap kali melihatkan perkembangan diri dia yang menunjukkan dia sudah semakin membesar serta hakikatnya, bayi yang diletakkan di atas pangkuan dahulu kini sudah bijak serba-serbi dan progressing. Setiap kali itu jugalah, hati jadi sebak dengan tidak semena-mena mengenangkan kemungkinan-kemungkinan perkara yang sudah semestinya akan dirindui satu ketika nanti.
Tak payah tunggu satu ketika nanti… … Ha ha ha… Sekarang ni pun dah mula rindu! Bila dah semakin membesar ni, semakin kerap jugalah ulang-ulang ayat Mommy rindu, Mommy touching, Mommy itu, Mommy ini… Namun apalah daya kita sebagai manusia untuk menghentikan waktu ataupun memutarkan balik waktu kannn? Itu kan semua adalah kuasa Allah SWT dan itulah kitaran kehidupan. Yang bayi akan membesar, yang dewasa akan meningkat usia… Perjalanan hidup…
Mungkin Farah ni over terlebih-lebih atau over sedikit… I don’t know how you guys define me or judge me… Tapi Farah sendiri faham kenapa Farah rasa macam ni… Farah sendiri tahu hakikat kenapa mudah sangat sensitif sejak kebelakangan ini bila mengenangkan waktu telah berlalu dengan pantasnya dan Iman Firash kini telahpun mula membesar dan jadi budak besar! Semuanya adalah kerana semata-mata hanya dia seorang sahaja yang Farah ada. Yup… Dia seorang sahaja… Atas masalah komplikasi dan juga faktor-faktor lain contohnya dari segi economy stability Farah tidak mampu untuk mempunyai seorang lagi si kecil. Buat masa sekarang…Akan datang semuanya bergantung kepada keadaan dan juga keizinan dari Allah SWT. Uikkk… Apasal sedih semacam pula ni? … Ok… Nak menangis dulu… Huwaaa….
Sekarang ni… dari beberapa sudut… Menuju ke usia 3 tahun…
Pakaian
Mommy kena biasakan diri dengan frasa, No! yang keluar dari mulut comel itu apabila dia tidak mahu memakai sesuatu pakaian itu disebabkan dia mempunyai pilihan pakaian dia sendiri. Sekarang ini, bukan kita yang tentukan apa yang dia perlu pakai, tetapi dia lebih selesa untuk membuat pemilihan pakaian sendiri. Ikut kehendak dia, ikut kemahuan dia, apa yang dia mahu pakai dan rasa nak pakai. Dia juga tanpa disuruh sudah cuba-cuba untuk menyarungkan seluar sendiri dan memakai baju sendiri. Bila seluar tersingkat akibat dari aktiviti aktif dia sendiri, dia akan menarik seluar ke bawah sendiri tanpa perlu kita yang membetulkan seluar tersebut. Sudah cuba untuk memakai sandal dan kasut sendiri. Yang pastinya, dia ingin mencuba sendiri tetapi bila rasa tidak dapat mencapai apa yang sepatutnya, dia mohon bantuan dari Mommy. Yang penting adalah kena banyak-banyak bersabar sekarang ini untuk menunggu dia bersiap… Ha ha ha… dan ingatkan diri sendiri yang by dressing himself, my tot is learning the important skills and being independence.
Makan
Dari segi pemakanan pula? Bab menyuap makanan tu, sebenarnya dia boleh menyuap sendiri tapiii…. Iman Firash ni, jenisnya tak suka tangan dia kotor… … Mengada-ngada tak anak manja Mommy ni? Muahaha…. … Masih nak mengharapkan Mommy suapkan dia… Seboleh-boleh biar Mommy yang suapkan… Kalau Mommy tak suap dia akan tunggu sehingga Mommy suap…Nama dia nak makan sendiri memang tak lah…Cuma yang berbezanya sekarang…Jika dulu, kita tentukan ke mana arah tuju kita nak makan jika kita memilih untuk makan di luar berbanding di rumah. Sekarang ini, jika ditanya… Firash nak makan apa? Dia akan menjawab apa yang dia rasa dia nak makan… Kalaupun kita tak tanya… Dia akan memberikan cadangan sendiri… Tiba-tiba jer sewaktu memandu akan kedengaran suara dia membuat permintaan atau memberi cadangan yang tidak ditanya… “Mommy, KFC…”… Fahamlah kannn? Maksudnya nak makan KFC ler tu…
Potty Training
Bab potty training ni… Memang dah lama dah Farah mula latih tandas Iman Firash secara bergencet-gencet…atau berperingkat-peringkat… Dan sememangnya sudah agak lama juga dia sudah mula merasa tidak selesa berlampin pakai buang. Ada masa-masa dia sendiri yang refuse to wear diapers. Pakar yang berpengalaman dan juga ibu bapa yang telah mempunyai pengalaman juga bersetuju bahawasanya untuk menjayakan sesuatu latih tandas, anak-anak perlu betul-betul bersedia terlebih dahulu. Di usia 3 tahun, anak-anak kecil mungkin akan mengekspresi minat mereka untuk menggunakan tandas, mereka akan mula untuk memberitahu untuk ke tandas ataupun meminta disalinkan dengan lampin pakai buang yang bersih. Memang ya… Sekarang ini, jika dia terasa lampin pakai buang dia berat atau basah, rasa tidak selesa…Dia sendiri akan berkata kepada Farah… “Mommy…Shinggg…” . Sasaran pun tak lama jer lagi kena membeli-belah lampin pakai buang… In Shaa Allah… by the first quarter next year … Ihikss… dengan bantuan teacher di school yang sememangnya melakukan latihan latih tandas…. Sasaran ini mungkin akan berjaya dicapai. Jika terlebih awal, Farah dapat complete-kan potty training dia di rumah, itu lebih bagus kan? In Shaa Allah…
Suka Berkawan
Sentiasa peramah, sentiasa murah dengan senyuman… Ke mana-mana pergi pun, tak kira kanak-kanak sebaya, lebih muda usia, lebih berusia…Lelaki, perempuan, semua dia apprach dan nak berkawan. Amboi peramah sungguh ni! Kadang-kadang tu, dia beriya nak berkawan, tapi kawan tu pula yang takut-takut atau tak nak kawan… Ha ha ha… Mudah memulakan komunikasi dengan kanak-kanak lain… Suka mula untuk menghulurkan tali persahabatan dengan kanak-kanak lain… . Dia tak kira…Melayu, Cina, India, semua dia balun jer…
Rajin Tolong Kerja Rumah
Tiba-tiba rasa I am blessed dan sejuk perut… Ha ha ha… … At least for now ok? For now! Rajin tolong Mommy berkemas, rajin tolong Mommy di dapur juga…. Woohoo!!! Siapa kata tak ada anak gadis tak ada yang dapat membantu di dapur? Anak bujang kita rajin ke dapur oiii….Nenek dia pun selalu bagi laporan yang bila mana nenek sibuk nak masak di dapur, menumbuk apa-apa lah… Dia pun nak lesung batu juga, nak menumbuk juga… Hu hu hu…. Ada ciri-ciri pandai masak macam Babah ke ni? Mungkin juga…
Perkembangan Pertuturan “At Par”
Sekarang ni, dah mula construct dua tiga ayat..Dan sudah mula rajin nak bercerita atau memberitahu sesuatu kepada semua orang. Ada sahaja yang dia nak ceritakan. Macam hari tu… Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba… “Mommy, I got so many shoes”… … Hah? Layankan ajerlah…Layan jangan tak layan… Kata nak suruh anak cepat bercakap… Ekekeke…Kenalah rajin layan yer tak? Ini nanti kalau dah lancar betul-betul pertuturan ni, mau lagi becok mulut ni… Macam-macamlah nanti yang Mommy anticipate akan keluar dari mulut dia nih!
Dengar Arahan & Buat Pilihan
Mudah juga sekarang ni… Bila minta bantuan dia untuk ambilkan sesuatu…He he he… …Saja jer test dia sebenarnya… Terus dia ambil dan berikan kepada Farah… Bila suruh buat pilihan sudah ada jawapan dari dia…. Dia tahu bagaimana untuk membuat pilihan yang dia mahu… Hakikatnya sebenarnya…Mommy dah boleh agak dah apa pilihan dia…Hua hua hua…
Tidur
Sejak-sejak nak tuju umur 3 tahun ni, dah mula kurang nap…Kadang-kadang langsung tak tidur di siang hari… Tak taulah sama ada dia tahan mata dia atau sememangnya dia tak rasa mengantuk… Kadang-kadang tu nap juga… Tapi itu kalau dia benar-benar mengantuk…Jika tidak, dia akan berjaga sepanjang hari dan tidur juga boleh dikatakan agak awal berbanding sebelumnya…Baguslah… Tahun depan dah nak sekolah dah….Belajar tidur lebih awal agar senang bangun di waktu pagi kan?
Pandai Merajuk Dengan Mommy
Semakin besar ni, semakin attached dengan Mommy. Jika Mommy lewat balik dari pejabat, tak jumpa dia…Dia akan merajuk dan tak mahu bercakap dengan Mommy…Adoiii, dah jadi satu hal pula nak memujuk dia. Jika hari Mommy tidak bekerja… Even ke tandas sekalipun dia akan mencari dan tak boleh hilang Mommy sekejap pun… Memang perkembangan yang expected untuk berlaku kot? Sebab menurut Kidfolio Community di usia 2 tahun 10 bulan:
Your toddler loves spending time with you, especially if she/he feels like she/he helping Mom and Dad with their errands. One way to spend a little more quality time with your child – and introduce him/her to the people and places he’ll/she’ll eventually need to learn to navigate on his / her own – is to bring her/him along on your own appointments and daily errands.
Even if you don’t have a doctor’s or dentist’s appointment for our little one in the near future, she/he can accompany you to your own check-up. Sitting with you in the waiting room and holding your hand while you go in will make him/her feel like he’s/she’s is a bigger part of your life than if your left him/her at home with a sitter – and the same goes for grocery shopping, quick salon visits, dry-cleaning runs and other tasks.
Although bringing a toddler along will probably make an errand longer, it gives him/her the freedom to make some of his/her own food and clothing choices, and for the two of you to bond while tackling real-life chores together - a valuable lesson for your little one.
Dah hampir 3 tahun dah usia bayi yang membesar bersama-sama Bubblynotes.Com ni… (sebab semua cerita dia ada dalam ni… )… Siapa yang mengikuti cerita Bubblynotes.Com, memang lihat dia membesar di alam mayalah kannn? Hua hua hua…Dari sekecik-kecik halusnya dia sehingga ke sekarang ini… In Shaa Allah… Sampai sekolah pun nanti dapat lihat dia membesar di alam maya melalui Bubblynotes.Com…Ekekekeke…. Dah bersedia untuk jadi lebih berdikari… Tengoklah nanti apa yang lebih menarik untuk Firash dan Farah di usia Firash 3 tahun dan bagaimana pula Farah bersedia for what’s next… Hu hu hu….
:) semoga membesar dengan baik
ReplyDeletememang dah makin besar sebab byk pembelajaran berlaku. Mila belum ada anak tapi kadang-kadang anak buah pun rasa cepatnya dah besar rindu time kecik2
ReplyDelete