Kisah berlaku di bengkel kereta sewaktu peristiwa Boom! Boom! Pow! yang terjadi pada minggu lepas… Kisah di mana, terdapatlah spanar yang berbeza saiz yang cantik terletak di atas lantai bengkel kereta tersebut. Sementara menunggu kereta yang disewakan oleh pihak yang melanggar itu sampai, kami anak beranak ni menunggulah dengan setianya di bengkel kereta tersebut. Akibat dah menunggu terlalu lama, biasalah…Iman Firash mana boleh lama sedikit menunggu… Bila dah agak lama menunggu, macam-macamlah aktiviti dan audit yang dia lakukan kannn? Habis satu bengkel dia tawaf oiii! Semput nafas Mommy dia nak mengejar… Secara tiba-tiba…
Dia duduk mencangkung di hadapan spanar yang tersusun itu… Dan mulutnya berbunyi sebegini…
Iman Firash: Mommy… Biggg…Bigggerrr….Biggesttt…. Smallll….Smallerrr….Smallesttt….


Sejak dari peristiwa itu, bila menyedari dia bersedia untuk belajar tentang Comparative Adjectives…Mommy dia ini dengan gigihnya mencari bahan-bahan yang boleh digunakan di dalam pembelajaran Iman Firash tentang Comparative Adjectives yang boleh menarik minat dia. Sebabnya… English Grammar ni boleh jadi sesuatu yang membosankan kanak-kanak yang masih di dalam play age jika didedahkan… Sebab terlalu theorytical sangat… Kan masa kita belajar, masa sekolah-sekolah dulu… Banyak tulisan… Kanak-kanak usia Iman Firash ni lebih sukakan sesuatu yang ringkas dan bergambar…Lagipun dia baru sahaja berusia 2 tahun 10 bulan kannn? Tak cecah lagi usia 3 tahun pun… Takkanlah nak bagi dia impression yang English Grammar itu adalah sesuatu yang banyak perkataan serta membosankan. Tugas ko Mommy! Kena cari cara paling afdal nak menarik perhatian anak…
Mungkin ada yang berpendapat terlalu awal… Masih ada masa… Tapi ilmu tu tak kira awal tak kira lewat…Jika dia sudah bersedia dan mampu menerima input sebegitu apa salahnya… Tapi terfikir-fikirlah juga, mana pula dia belajar tentang Comparative Adjectives ni ha? Iyalah, nak kata Mommy yang ajar… tak lagi pun… Fikir punya fikir, akhirnya dapat jawapan… Mungkin dari saluran TViQ ni… Sebab sekarang ni, Farah memang sengaja buka saluran TViQ dan mula kurang-kurangkan saluran Disney Junior dan saluran-saluran kartun yang lain…. Saja nak dedahkan dia dengan sesuatu yang mempunyai pengisian berbentuk ilmu. Iman Firash jenis gaya belajarnya adalah jenis campuran… visual pun ada dan audio pun ada… Nak kenal gaya belajar anak anda? Boleh rujuk entri yang pernah Farah kongsikan tidak berapa lama dahulu yang bertajuk Kenali GAYA BELAJAR ANAK Sebelum Mendidik Anak. Jadinya, memang berkemungkinan besar input yang dia perolehi adalah dari apa yang dia tonton di TViQ sebelum ini.
Sebelum pergi kepada tips mengajar anak-anak kecil di tahap preschooler mengenai Comparative Adjectives, Farah nak kongsikan sedikit mengenai apa itu yang dikatakan Comparative Adjectives… Mestilah kena ulangkaji sedikit kannn? Sebelum kita nak ajar anak… Bagi Farah kalau boleh, kita kena fully prepared sebelum kita mengajar anak… Farah tak malu pun untuk belajar dulu sebelum ajar anak… He he he… Kena refresh sedikit otak ni yang dah terlalu lama dah meninggalkan zaman persekolahan… Sebab nak kena pastikan, yang Farah ni tak tersalah ajar anak… Nanti dapat ilmu yang tak betul pula… Makanya… Anak belajar…Mak pun belajarlah sama… Muahahaha….
…

Sedikit penerangan mengenai Comparative Adjectives bagi refresh ilmu kita masing-masing yer ibu-ibu, bapa-bapa…He he he… Apabila kita bercakap mengenai 2 benda, kita boleh “membandingkan” benda itu. Kita boleh melihat sama ada benda-benda itu adalah sama ataupun berbeza ciri-cirinya. Untuk menyatakan perbezaan ciri di antara kedua-duanya… itulah English Grammar yang kita gunakan yang kita namakan sebagai Comparative Adjectives.
2 cara asas yang digunakan untuk membandingkan ciri sesuatu adalah as…as ataupun than. Contohnya adalah seperti:
- She's twice as old as her sister.
- He's not as stupid as he looks!
- I'm almost as good in maths as in science.
- This book is not as exciting as the last one.
- The cafeteria is not as crowded as usual.
- Russian is not quite as difficult as Chinese.
- This computer is better than that one.
- She's stronger at chess than I am.
- It's much colder today than it was yesterday.
- Our car is bigger than your car.
- This grammar topic is easier than most others.
- I find science more difficult than mathematics.
- Today's ESL lesson was more interesting than usual.
Di dalam sesetengah situasi, perubahan adalah diperlukan, bergandung kepada jumlah syllables sesuatu kata adjektif itu:
- My sister is much taller than me.†
- It's colder today than it was yesterday.
Note: If the word ends: consonant-vowel-consonant, then the last consonant is usually doubled in the comparative. Examples: big-bigger, fat-fatter, hot-hotter.
- She's looking happier today.
- This grammar topic is easier than the last one.
- Why is everyone else luckier than me? †
Other 2-syllable adjectives: use more with the unchanged adjective
- The shops are always more crowded just before Christmas.
- Is there anything more boring than reading about grammar?
- My sister is more careful with her writing than I am with mine.
Adjectives with 3 or more syllables: use more with the unchanged adjective
Dah bebel panjang-panjang untuk refresh ilmu zaman sekolah… Jom pula Farah nak kongsikan lesson plan yang menarik yang boleh digunakan untuk anak-anak di peringkat preschooler yang Farah sendiri pun dapat dari sumber di SINI
- Russian grammar is more difficult than English grammar.
- My sister is much more intelligent than me.†
- I find maths lessons more enjoyable than science lessons.
- The older you get, the more irritating you become.
Dah bebel panjang-panjang untuk refresh ilmu zaman sekolah… Jom pula Farah nak kongsikan lesson plan yang menarik yang boleh digunakan untuk anak-anak di peringkat preschooler yang Farah sendiri pun dapat dari sumber di SINI
Details:
- Time: 40 mins - 1 hour
- Objectives: Comparing objects using comparative adjectives.
- Structures: "This is smaller" (adj + ed), "That is more beautiful" (more + adj).
- Target Vocab: tall/taller, short/shorter, long/longer, fast/faster, slow/slower, heavy/heavier, big/bigger, small/smaller, new/newer, old/older, cheap/cheaper, beautiful, colorful, delicious, expensive, good/better, bad/worsen.
Lesson Materials:
- Printables:
- - Adjectives & Comparatives Pictures worksheet
- - Compare things at home worksheet
- - Adjective Word Cards
- - Warm Up & Wrap Up lesson sheet
Supplies:
- - people pictures (e.g. from magazines): for tall / short adjectives
- - pencils (long and short ones)
- - car pictures (from magazines): for fast / slow adjectives
- - heavy animal pictures / toys (e.g. elephant, hippo, rhino, cow, whale, etc.)
- - plastic food or flashcards which has different sized items: for big / small / delicious adjectives
- - some old / new looking objects (e.g. books, clothes)
- - some cheap / expensive looking objects
- - some butterfly or tropical bird pictures: for colorful and beautiful adjectives
- - some weather pictures: for good / bad
- - blue tak or tape to stick the pictures to your board
- - lots of magazines or other print materials (such as catalogs, brochures, newspapers, books with pictures, etc.)
- - board with markers or chalk
Sedikit sebanyak ianya memberikan panduan kan? Bagaimana kita nak mulakan pembelajaran untuk anak-anak kita… Betul tak? Dan sebagai panduan lanjut kita di dalam menjalankan proses pembelajaran mengenai Comparative Adjectives ni…Ada sedikit Panduan Pembelajaran atau Lesson Plan yang boleh kita gunakan di dalam proses mengajar anak-anak kita… Anda boleh muat turun dan cetak melalui sumber di SINI. Kira-kira ini boleh jadi sebagai sumber rujukan dan juga sebagai bahan untuk mempersiapkan diri kita sebelum mengajar anak-anak.
.

Selain tu, memandangkan Iman Firash suka menyanyi, suka mengerak-gerakan anggota tubuh badan…. Dia kan suka visual dan audio..makanya Farah pun gunakanlah sumber dari YouTube untuk lesson plan ke atas Comparative Adjectives ini untuk dia. Contoh video adalah seperti yang tertera di bawah berikut:
Banyak yang benarnya video-video macam ni yang boleh diperolehi, Farah yakin anda pun tahu kan? Cuma antara nak mencari dengan tidak jer… Setakat ni, nampaknya penerimaan Iman Firash agak baik dan nampak dia enjoy dengan proses pembelajaran ini… Yang penting Farah kena pastikan dia enjoy belajar… Farah nak dia rasakan pengalaman yang mana belajar itu adalah satu perkara yang menyeronokkan… In Shaa Allah… Sebagai ibu, Farah akan cuba yang terbaik untuk membantu dan support Iman Firash dengan cara yang terbaik yang mampu Farah lakukan…Selebihnya terpulang kepada diri Iman Firash...
good Firash..well done...
ReplyDelete