Boom! Boom! Pow!


😂 ha ha ha... Yang sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan lagu ni, saja buat-buat penyeri entri yang penuh dengan "tragedi" ini... Buat-buat penghibur... Muahahaha.... Berhibur secara santai sambil-sambil menaip entri...Macam tulah... Amboiii... Tak sempat nak tunggu pagi-pagi nanti kannn? Malam ni juga sibuk nak menaip entri dan publish. Al-maklumlah... Seharian semalam tak berkesempatan nak menyediakan sebarang entri punnn disebabkan oleh kekangan waktu serta tuntutan tugas serta tanggungjawab hakiki yang lainnya...Inilah baru ada ruang kesempatan nak bercerita oiii.... 


Boom! Boom! Pow! jadinya....Grrr... Tulah sewaktu memandu tu, tak kira sesiapa pun, termasuklah diri sendiri ni haaa.... TOLONG BERIKAN SEPENUH FOKUS KEPADA PEMANDUAN YA? Lagi satu? Sebelum nak keluar dari mana-mana persimpangan dilema jalan, sila pandang kiri, sila pandang kanan, perhatikan sama ada selamat untuk keluar dari simpang ataupun tidak ya? Jangan terus nak meluru jer! Kesian orang yang memandu dengan penuh berhemah seperti Farah ni tau! Ahaksss... 😆 Menjadi mangsa keadaan. Tak pasal-pasal  terpaksa berkelana tanpa kereta selama lebih kurang seminggu agaknya nih... Opsss...Tunggu dulu! Jangan nak semberono mengatakan Farah yang salah ya? Di dalam insiden ini, atau lebih tepat TRAGEDI OKTOBER ini... Orang yang melanggar ini yang bersalah sepenuhnya dan patut dipersalahkan sepenuhnya! Nak tau sebab apa Farah dengan penuh keyakinan mengatakan sedemikian? Nak tauuu, kenalah baca entri ini dengan sepenuhnya ya? Baru tahu cerita yang sebenar-benarnya yang berlaku... Jangan terus nak buat kesimpulan sebelum mengetahui cerita yang sebenarnya dan sepenuhnya... Tak perlu penat-penat nak andai mengandai itu dan ini...Farah cerita terus jer ni, senang...Biar jelas, terang, nyata dan lagi disuluhkan lagi yang telah bersuluh... 

Memang betul-betul TRAGEDI OKTOBER sungguh nih! Tapi Farah masih mampu 😊 chill dan seolah-olah macam tak ada apa-apa perasaan pun walaupun baby kedua kesayangan Farah ini sedang sakit akibat insiden boom! boom! pow! yang berlaku semalam. Sungguh...Sehingga ke saat entri ini sedang ditaip, perasaan dalaman serta luaran masih lagi mampu tenang walaupun Garfield yang ditempek di dalam gambar di atas menunjukkan tanda-tanda sangat marah! Muahahaha.... 😂 tinggi juga tahap kesabaran Farah ni rupanya.... Chill babe chill...Tak guna nak merentan ataupun meroyan pun... Sebabnya perkara yang sudah terjadi tidak boleh diundur lagi... Ia tetap berlaku dan kesannya tetap ada... Apa yang perlu adalah proses pembaikan supaya kembali seperti sediakala. Adalah sebabnya kenapa Farah mampu lagi nak chill dan tenang walaupun setelah apa yang terjadi seperti yang ditunjukkan di dalam gambar yang dipaparkan bersama-sama entri ini. Itu pun kena baca entri ini, sehinggalah ke penghujungnya kalau nak tahu cerita sepenuhnya. 

Al-kisahnya, di satu senja di musim yang lalu hampir kepada masuknya waktu Maghrib yang tenang....iaitu petang semalam, lebih kurang 7.00 malam ++ macam tu, Farah sudahpun memasuki kawasan perumahan Farah dan hampir sampai ke rumah. Sebelum nak sampai ke rumah tu, ada beberapa simpang di kawasan taman perumahan Farah itu. Pada waktu dan ketika itu, Farah berada di jalan lurus atau di jalan yang lurus...Ekekeke... 😃 Sama ada Farah yang bersalah ataupun si pemandu Kancil yang bersalah, anda judge sendiri berdasarkan apa yang anda faham, anda tahu dan anda rasa ya? 

Farah berada di jalan lurus sementara pemandu Kancil itu datang dari arah simpang... Grrr.... Mata tu mata.... Mata tu letak mana? Keluar simpang main tekan minyak dan luru jerrr! Dah tentu-tentu Farah yang berada di jalan yang lurus ini akan meneruskan pemanduan... Kancil itu yang entah timbul pada bila masa dengan laju, main rembat jer tekan pedal minyak gamaknya, tiba-tiba muncul dan bom kebabom jadinya! Aduyaiii... Terus Farah berhentikan kereta di bahu jalan dan turun. Ecehhh...Berlagak ala-ala konon Kak Long Kawasan agaknya nih! Perasannn! Berani sangat ke? Beraniii... Bukan nak kata Farah ni macam bagus atau nak up diri Farah ke apa... Cumanya, bagi Farah... Sebab Farah tak salah... Sebab kereta Kancil tu yang main luru jer tanpa melihat sekeliling... 

Sewaktu turun tu, tak nampak lagi tu pintu kereta dah jadi macam tu...Bila dah bertawaf ke sekeliling kereta, baru nampak apa yang telah berlaku kepada kereta Farah... Kuat dentuman tu oiii! Mesti ada sesuatu, takkan lah tak ada apa-apa... Terus pemandu kereta Kancil itu datang menghampiri Farah...yang Farah perasan sewaktu Farah sempat kerling ke arah kereta Kancil itu, bumper bahagian depan dia dah tercabut dan berada di atas jalan raya. Allahuakbar...Ko ni kannn? 

Pemandu Kancil: Ya ampunnn kak! Saya minta maaf kak, kita kira selesai aja ya? Saya tanggung semuanya...Saya selesaikan untuk kakak... 

Lorrr... pemandu kereta Kancil itu rupa-rupanya jiran kita di seberang rupanya... Aikkk? Belum cakap apa-apa dah berbunyi tawaran begitu? Hangin ke Farah waktu tu? Kalau ikut emosi amarah memanglah hangin...Siapa tak hangin oiii! Walaupun kereta tu dah selesai bayaran ansuran bulanannya...tetapi kereta tu tetap hasil dari titik peluh Farah sendiri tau tak? Setiap ringgit yang dibayar itu sangat berharga dan bernilai bagi Farah di atas segala jerih dan susah payah yang Farah telah lalui... 😜 Siapa yang tak sayang kan? Lagipun memang dah banyak berjasa... 

Bila dah selesai pemandu Kancil itu berpuluh-puluh kali menyatakan kesanggupan untuk menanggung segala kos membaikpulih kereta Farah... Terus Farah sound dia... "Kamu berangan ya? Ingat pacar kamu barangkali?"...

Pemandu Kancil: Tidak kak... Saya sudah kahwin. Isteri saya ada di sini bersama-sama saya. 

Sambung Farah lagi... "Habis tu? Apa yang kamu fikir? Khayal...Bermimpi sambil memandu mobil-nya?"... 

Pemandu Kancil: Biasalah kak, macam-macam yang ada difikirkan... 

Farah sambung lagi... "Habis? Sekarang ini macam mana? Kamu mahu selesaikan bagaimana ya? Mahu pergi ke balai atau kamu ada cadangan yang lain yang lebih baik?"...Saja kannn? Walhal dah berpuluh kali dah orang tu dok kata dia akan tanggung semuanya... Ingatkan nak buat panggilan telefon, tengok-tengok, bateri telefon pula dah selamat... Bha ha ha... Tertangguh seketika hasrat nak buat panggilan telefon... Tak apalah, cakap dalam hati... Selesai dengan mamat ni dulu... Farah kata... "Gini ya... kakak mahu kerja esok... Sekarang ini, disebabkan kamu dah langgar kereta kakak... Bagaimana kakak mahu ke kantor esok? Aduhhh...Kamu sudah menyusahkan kakak tau tak? Lain kali bawa mobil-nya...dipandu berhati-hati, bukan mengelamun!"... 

Itu jerlah mampu Farah nak cakapkan pada pemandu Kancil tu... Nak cakap apa lagi? Benda dah jadi? Ko nak marah dia banyak-banyak pun bukan boleh elokkan balik kereta tu... Aduh duh duh duh.... 


Diam sekejap Farah memikirkan bagaimana nak menyelesaikan... 😅 owhhh...lagu tu iklan jer bagi menyedapkan lagi sebutan aduh duh duh duh tu... Bha ha ha.... Akhirnya Farah bersuara... "Kita ke bengkel sekarang dan selesaikan...kamu kata kamu akan selesaikan kan?".... Dalam hati penuh dengan pengharapan supaya bengkel kereta yang berhampiran dengan kawasan perumahan Farah masih lagi dibuka... 

Alhamdulillah, langkah kanan... bengkel kereta yang biasa Farah servis kereta masih lagi belum ditutup... Farah memang dah biasa dengan pemilik bengkel kereta tersebut... Terus minta quote untuk proses membaikpulih kereta Farah yang Farah amat sayangi itu... Elehhh...sayang-sayang sangat punnnn....Harta dunia jer...bukan boleh bawa ke liang lahad yer tak? Esok masuk ke 7 kaki dalam tinggal belakang juga semua tu, bukan boleh bawa masuk ke dalam pun.... Tapi sungguhlah kereta itu satu keperluan...Kalau tidak macam mana nak pergi kerja? Macam mana nak bergerak ke sana ke mari yer tak? 😒... Tauke bengkel memulakan tugas untuk mendapatkan sebut harga untuk kos baik pulih kereta Farah dan selang beberapa minit... Tauke kedai memaklumkan kos keseluruhan termasuk sembur cat baru adalah RM 1,100.00. Kalau sendiri yang kena bayar memang terduduk jap oiii... Ha ha ha... Apa lagi... berlagak seperti boss... #ehhh taklah... Farah terus pandang pada si pemandu Kancil tersebut. 

Pemandu Kancil: Tak apa, saya biaya keseluruhannya... 

Farah: Habis tu? Kakak nak pakai kereta esok? Dan kereta ni 3-4 hari baru boleh siap dibaiki...Apa solusi yang kamu boleh beri pada kakak? 

Pemandu Kancil: Sewa kereta lah kakak... 

Amboiii....senang jer terkeluar perkataan sewa kereta tu kannn? Bajet oiii bajet! Mana nak datang bajetnya sewa kereta tu? Payment hasil dari berblog pun banyak yang belum selesai ni... Nak dicekau dari mana ni? Grrrrr.... Ha ha ha...Tiba-tiba tekanan melanda... dan secara tiba-tiba... pemandu Kancil itu bersuara... 

"Tak usah khuatir kakak... Saya biayai sewanya... Selama mana kereta kakak masih dibaiki saya biaya sewanya..."...Amboiiii.... Farah terus kata..."Kalau macam tu, malam ni juga kamu kena cari ya? Esok pagi-pagi kakak mau ke kantor....".... Uhuksss...Demanding tak Farah? Haruslah... Bagi Farah it's my right... Sambung lagi...."Kakak mahu kereta auto ya? Tidak boleh manual!". Lantak koranglah nak gelak ke nak apa...memang Farah tak boleh bawa kereta transmisi manual... Bha ha ha ....bukan tak boleh, boleh, cuma kalau rasa-rasa nak cium kereta lain dengan berundur ke belakang sewaktu di bukit tu bolehlah kot? I better not! Hello! Auto-auto kakak pun memandu dah sampai ke Danok ok? Muahaha... Tak nak kalah tu...Iyalah betullah... Walaupun memandu auto, banyak tempat dah Farah jelajah ok? So tak perlu nak kecam sangat kalau Farah tak boleh memandu kereta transmisi manual... 🙈 kira-kira survivor juga kannn? kannn? kannn? Auto-auto Farah memandu pun, berdesup juga perginya... Hu hu hu... Tak best sungguh statement macam ni...bunyinya macam bangga diri pula... Tapi demi tak nak diperkecilkan...Ahaksss...sebab hanya mampu memandu auto.... Saja kannn? Nak juga keluarkan statement bernada begini... Wekkkk! pada diri sendiri... 

Takut benar dia kalau buat laporan di Balai Polis...Farah syak-kannn... Dia sememangnya tak ada lesen.... Dan Farah rasa 99.9% benar kot telahan Farah ni...Sebab tu dia seboleh-bolehnya tak nak buat laporan di Balai Polis... Alhamdulillah lah, semuanya berjalan dengan lancar... 

Urusan untuk membaik-pulih telah diselesaikan dengan pihak bengkel... Segala kosnya terlibat telahpun diberikan kepada Farah secara tunai oleh pemandu Kancil itu... Dan kereta sewa juga telah diuruskan oleh pihak pemandu Kancil itu... Dapatlah merasa untuk memandu MyVi baru selama 3-4 hari ini.... 🙈 yang mana sememangnya nombor pendaftaran kereta sewa itu adalah nombor pendaftaran kereta baru sahaja didaftarkan... Pihak penyewa telah menyewakan MyVi itu dengan kos RM 580.00 (RM100.00 deposit) bagi tempoh 4 hari... Deposit akan dipulangkan semula selepas kereta dipulangkan... Keadaan kereta sememangnya tip top! Fefeeling macam kau beli kereta baru kannn??? Transmisi? Semestinya auto lahhh...Muahahaha.... Jadilah berangan sekejap... Segala kos sewa kereta juga ditanggung oleh pemandu Kancil itu tanpa banyak alasan atau dalih... Mudah juga dia keluarkan duit dan mudah juga berurusan dengan dia... Alhamdulillah, urusan telah dipermudahkan untuk TRAGEDI OKTOBER ini... Redha jer dengan apa yang terjadi - kemain redha kannn? memanglah, tak keluar duit sendiri dan urusan smooth...Cuba kalau sendiri kena tanggung semua...Memang sakit oiiii! 

Gurindam hari ini... Boom! Boom! Pow! You kiss my car, you pay! Tu jer... Jika mahu menerima kesalahan dan bertolak ansur, dapatlah diselesaikan dengan cara baik... Banyak juga duit dia ek? Macam tak kisah jer keluar duit banyak-banyak macam tu sekaligus? Ke sebab dia memang takut kalau buat laporan di Balai Polis dan polis dapat tahu dia tak ada lesen? Tak apalah, syukurlah tak ada apa-apa kecederaan yang berlaku kepada sesiapa dan segalanya berjalan lancar ke arah proses penyelesaian.... 

Ehemmm...Ini insiden TRAGEDI OKTOBER ni sengaja bagi hint untuk berfikir-fikir ke? Owhhh...sebelum terlupa... Iman Firash... Nampak jer Mommy dia bawa masuk kereta lain ke perkarangan halaman rumah... Tarik nafas panjang menunjukkan macam ... Oh wowwww! Mommy bought a new car!.... Iyolah tu... Ni sewa jer Firash yer? Bukan kereta kita ok? Anda kalau tengok pun... dia punya teruja dan kepoh semacam... Alahaiii anak...Mommy belum sampai level nak buat hutang baru lagi nak oiii.... Hutang lama kena kambus dulu.... Lepas tu dengan zaman serba naik dan awak pun nak school semua kena bajet ok? Lainlah kalau tiba-tiba dapat rezeki terpijak ke kan? Siapa tahu kan? Wakakaka.... 

Oklah...sekian laporan insiden TRAGEDI OKTOBER bertarikh 5 Oktober 2016. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Boom! Boom! Pow! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, October 6, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. perghh teruk jugak kemek pintu kereta tu kak. nasib baik dia yg tanggung semua n senang nak deal. :D

    ReplyDelete
  2. itulah padahnya tak memandu berhemah, syukur dia bare all the costs ;)

    ReplyDelete
  3. teruk juga tu, semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Sis tak apa..
    Urusan pun lancar..

    ReplyDelete
  5. Mujur la Farah xde ape2..Same jgk cite mcm kami dulu..Dh biase bwk manual tapi kete ganti dpt auto..Kekok jgk..kiki..Semua kos pun yg melanggar tanggung.

    ReplyDelete
  6. makk aii..malang tak berbau.. org lain yg cuai, org lain juga mangsanya.. xde apa2 kecederaan.. takut jugak ek nak report polis..jehhehe..settle luar je

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY