Lori Gula Terbalik!

 

Mak aiii! Manis lenting!!! Lori gula terbalik ke apa ni? Hu hu hu... Rasanya macam dah ngam ngam ikut sukatan yang sepatutnya dan seperti yang disarankan... Tapiii, awat macam nak suruh orang potong kaki jer ni? Huwaaa... Malunyaaa... Ha ha ha... Dengan confident dok eksport pada abang dan kakak kita suruh makan. Alamakkk mana nak sorok muka ni? Tak ada makna nak sorok mukanya... Nak tanya lagi ada... Sama ada hanya lidah Farah yang rasa manis ataupun sememangnya ianya adalah sangat manis! Skill baking dah mula pudarkah? Sebab dah lama tak baking? Ataupun Farah tak perasan ada assistant yang tidak dilantik di dalam diam yang jadi tukang tambah gula dalam adunan kek? 

Nak kata pakar baking tidak juga... Nak kata pandai baking tidak juga... Kalau pakar dan pandai tidaklah sesekali kek tak menjadi. Ha ha ha... Kalau pakar dan pandai, mesti setiap kali baking setiap kali tulah menjadi. Cumanya, kalau terlebih sangat gula, bukan ke boleh jadi kek bantat? Ni yang nak buka balik entri lama bertajuk Kek Bantat ni! Muahahaha... Nak semak balik apakah benar jika terlebih gula kek boleh menjadi bantat? 

Selepas dah semak kembali entri lama yang berkenaan... Muahahaha... Tak jumpa jawapan... Maknanya kalau dalam kes terlebih gula yang mengakibatkan kek terlalu manis ni bukanlah boleh mengakibatkan kek bantat ek? Bha ha ha... Sila gelakkan diri sendiri... Gigihlah mencari jawapan di laman sesawang dan anda banyak info tentang kek tidak menjadi untuk pengetahuan diri sendiri dan anda-anda semua yang gemar menghabiskan masa lapang dengan aktiviti baking. Jom kita sama-sama tambah ilmu baking mengenai kesalahan-kesalahan biasa sewaktu aktiviti baking yang membuatkan kek boleh tidak menjadi melalui sumber di SINI: 

Kek Tidak Naik Sekata
  • Suhu dalam ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh. 
  • Bancuhan tepung tidak sebati. 
  • Suhu ketuhar mungkin terlalu panas. 
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar. 
  • Loyang tidak sesuai dengan jenis ketuhar yang digunakan. 
Kek Menjadi Bantat 
  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil. 
  • Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul. 
  • Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju. 
  • Kemungkinan telur yang digunakan sudah tidak elok. Sebaik-baiknya gunakanlah telur yang segar. Isikan air di dalam bekas dan letak telur di dalamnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk. 
  • Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek. 
  • Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak. 
  • Suhu ketuhar terlalu rendah. 
Kek Mendap Pada Bahagian Tengah
  • Ketuhar yang digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis. 
  • Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya. 
  • Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat. 
  • Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (Kemasukan angin yang berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap). 
  • Ukuran acuan tin/loyang tidak betul. 
  • Sukatan bahan tidak tepat. 
Bancuhan Mentega Tidak Sebati Dan Bergentel
  • Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik. 
  • Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul-betul gebu dipukul. 
  • Mentega dan gula tidak betul-betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut. 
Kek Terlalu Lembab Dan Leper
  • Terlampau banyak cecair. 
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya. 
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya. 
  • Adunan mwntega berketul-ketul dan tidak halus. 
Kek Terlalu Berat 
  • Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju. 
  • Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama. 
  • Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan. 
  • Serbuk penaik tidak sesuai dengan sukatan tepung. 
  • GULA YANG DIGUNAKAN MELEBIHI SUKATAN. 
  • Terlalu banyak cecair. 
  • Suhu ketuhar terlalu rendah. 
Kek Merekah
  • Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah. 
  • Jenis loyang tidak sesuai dengan jenis ketuhar yang digunakan. 
  • Loyang pembakar tidak diletakkan di tengah-tengah ketuhar. 
  • Kekurangan cecair. 
  • Acuan / loyang terlalu kecil. 
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi. 
Kek Buah Mendap
  • Ada antara buah yang terlalu besar dan berat. 
  • Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan. 
Tekstur Kek Terlalu Kasar Atau Berlubang-Lubang
  • Terlebih serbuk penaik. 
  • Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit. 
  • Adunan tidak dipukul sebati. 
Kek Menjadi Keras
  • Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan. 
  • Terlalu banyak tepung gandum. 
  • Tidak cukup cecair. 
  • Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung. 
  • Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur. 
  • Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi. 
  • Loyanh/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis. 
  • Ikuti resipi dengan tepat dari sumber yang boleh dipercayai.
Kek Menjadi Kering
  • Selalunya, dengan menambah 2-3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalm, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal. 
Kek Menjadi Seperti Roti
  • Sukatan serbuk penaik tidak tepat. 
  • Sukatan mentega / marjerin tidak tepat. 
  • SUKATAN GULA TIDAK TEPAT ATAU TIDAK SESUAI. 
  • Tepung tidak sesuai. 
  • Adunan tidak dipukul dengan sebati. 
Kek Menjadi Seperti Bingka
  • Bancuhan tidak dipukul sebati. 
  • Terlampau banyak cecair. 
  • Tepung terlalu sedikit. 
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas. 
Yerlahhh... Kek tidak bantat tetapi cepat-cepat cuba ingat balik kalau-kalau kek yang terhasil hari Jumaat malam Sabtu tu terlalu berat? Kalau ikutkan memanglah nak timbang balik.... Ha ha ha... Tapi acaner??? Sebiji dah ada pada kawan yang tempah, sebiji lagi - separuh pada abang-kakak dan separuh lagi pada kita. Main ingat-ingat jer lah. Ha ah lahhh... Betullah... Kek tu memang berat sikit dari kebiasaannya. Hu hu hu... Makanya betullah tu gula yang digunakan melebihi sukatan. 

Akan tetapi, bila test masuk ke mulut, tak adalah pula kek menjadi seperti roti. Hua hua hua... Oklah, oklah... At least not so bad... Cuma manis lenting jerrr! What's App kawan yang tempah tu... Dia kata yang Farah beri pada dia tu, cantik kejadiannya... Phewww... Rasa semua ok... Lembut dan gebu... Legaaaa mak noksss... Bahagian yang makan sendiri ni! Manis lentinggg jadinya! Ni mesti kes sama ada dah penat ataupun benar-benar assistant cilik Farah jadi tukang tambah gula dalam adunan ni. Taklah tuduh atau nak salahkan dia... He he he... Tapi memang setiap kali kat dapur dengan baking project ada yang turut sama sibuk nak terlibat dengan baking project. 

Jujurnya tak pernah kek kita jadi cam ni tau! Huwaaaa! Sejak-sejak dia dah nak hampir 3 tahun ni, masuk ni dah kali kedua dah kek kita mesti ada gangguan. Ha ha ha... Macammm... Memang nak kena tunggu dia benar-benar lena di alam mimpi atau fokus sangat pada sesuatu yang lain jer sampai tak heran dengan baking project yang Mommy lakukan jer? :-P 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Lori Gula Terbalik! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, August 7, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. Mmg tu lah risiko buat kek.. bila jadi camtu.. down terus Dr nak buat lagi..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY