Kek Bantat???

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari Google
Dah masuk 3 hari dah jadual kerja agak padat sampaikan tak sempat nak buat benda lain pun. Makan pun boleh terlupa, macam mana tu? Tiba-tiba teringat yang diri ini dah lama juga tak berkesempatan nak membakar kek. Ketuhar pun tengah rosak tu... Ahaksss tak juga dibaiki-baiki lagi walaupun agak dekat sebulan juga kot? Tak apalah ada rezeki ada masa nanti baikilah. Buat masa sekarang memang tak! 

Berulang kali membakar atau mengurus kek pun masih lagi ada sesekali waktu dan ketikanya Farah mengalami insiden di mana kek tak menjadi atau bagi "bakers" istilahnya adalah kek bantat. Kasor sikit bunyinya yer tak? Tapi itulah istilah yang sering digunapakai oleh "bakers" sekalian alam. Bila dah bantat kek tu rupanya macam nilah lebih kurang...

Sumber dari Google

Rugi-rugi... Kenapa kek bolah menjadi bantat? Menurut sumber di SINI ...

Rajin Buka Ketuhar Walaupun Kek Belum Masak
Kek ni nampak jer dari luar memang la naik gila... teruja punya pasal, gatallah tangan tu pergi buka ketuhar. Bila buka, kek tu sebenarnya belum masak, jadi angin sejuk yang sangat berat tu cepat-cepat meluru masuk ke dalam ketuhar dan penyekkan kek tu, teruslah bantat.

JANGAN BUKA KETUHAR DALAM MASA 40 MINIT YANG PERTAMA. 

Sewaktu Memukul, Adunan Tidak Dikaut Di Tepi "Mixer"...Jadi Berketul-Ketul
Tak tahulah kenapa...tetapi kek yang ada ketul-ketul tepung tu memang lah bantat. Tips dari artikel yang dikongsikan oleh penulis: BILA DAH MASUK TEPUNG, DAH SEBATI SEDIKIT. "SWITCH OFF MIXER", KAUTKAN TEPI-TEPI "MIXING BOWL" DAN PASTIKAN TIADA KETULAN.

Kek Tidak Cukup Masak, Dah Dikeluarkan
Kek ni sebenarnya masak dari luar ke tengah. Kadang-kadang bila cucuk lidi di bahagian tepi kek, nampak macam memang dah masak. Tapi bila cucuk di tengah tengok tak masak lagi.

Itu apa yang dikongsikan oleh artikel yang Farah sempat "go through" Subuh tadi. Tapiii, kadang-kadang bila terlebih tepung atau terlebih gula pun boleh jadi juga. Ihikss...pernah lettew kannn jadi pada diri sendiri. Dan sebenarnya ada rakan blogger yang kreatif juga berkongsi tentang kek bantat tak perlulah nak buang...Boleh ditransformasikan untuk menjadi sesuatu yang lain yang masih boleh dimakan. Makanya tak membazirkan? Idea hebat itu boleh dibaca melalui entri beliau di SINI.

Nak elakkan kek dari menjadi bantat? Mungkin boleh mencuba beberapa tips yang disenaraikan di bawah berdasarkan rujukan Farah di SINI

  • Pastikan nisbah bahan cair yang digunakan seimbang dengan penggunaan bahan kering. Jika bahan cair seperti mentega, telur dan sebagainya dimasukkan melebihi sukatan, maka adunan akan menjadi terlalu lembik.
  • Kuantiti bahan pengembang seperti serbuk penaik dan soda bikarbornat yang tidak setara akan menyebabkan kek tidak naik semasa proses membakar. 
  • Proses pembuatan awal seperti memukul telur dan mentega yang tidak sekata (tidak sebati) sementara ia menjadi warna putih manakala bahan lain pula dimasukkan sebelum waktunya turut mempengaruhi.
  • Cara memukul adunan yang salah atau berlebihan semasa proses memasukkan tepung. 
  • Cara mengacau dengan senduk / sudip kayu yang berbilang arah dan mengambil waktu yang panjang juga boleh menyebabkan kek bantat. 
  • Jika menggunakan "mixer", gunakan kelajuan sederhana dalam arah sehala agar ia naik dan masak dengan sekata. 
Cubalah, mana tau masalah yang selama ni kadang-kala terjadi boleh diselesaikan kannn? ;-) 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalam
    saya pernah buat kek jadi bantat, masa mula mula belajar nak buat kek, hihihi..mendap je, mau tak mau telan aje la...
    tq farah sb sharing

    ReplyDelete
  2. Wah, nice tips. Bukak oven masa tengah bakar kek tu selalu sangat buat. Tak sabar nak makan punya hal. Hehe

    ReplyDelete
  3. wah..bagus perkongsian ni...sbb KG rajin buka oven bila buat kek..eksaited nampak kek kembang..bila dah masak pandai tak cantik la pulak

    ReplyDelete
  4. sebab ni la ain x berapa minat nak buat kek.hahahhaa.
    beli je lah. hahhahaa..
    btw , dah lama x blogwalking dekat sini.
    hai , ain singgah sini ye :)

    ReplyDelete
  5. Ohh baru tahu kenapa kek bantat. Nani pun kadang2 over excited selalu lah gi bukak tutup oven tu hah.

    ReplyDelete
  6. Huhu..Rugi tu..Sejak hand mixer sy rosak..Dah lama x buat cake..huhu..Tetibe rase rindu nk masak coklat cake..huhu

    ReplyDelete
  7. pernah juga buat kek jadi bantat..rugi betul.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !