Semacam tidak adil lah pula kannn? Asyik bercerita mengenai ibu dan anak, anak dan ibu... Sesekali jomlah kita melangkah ke alam bapa pula. Bercerita mengenai keibubapaan dari perspektif seorang bapa. Bapa adalah sama penting dengan ibu juga, tiada bapa manakan datang si anak yer tak?
Perkongsian artikel menarik dari sumber di SINI untuk kita bersama yang Farah panjangkan melalui entri ini...
Kalau sudah namanya bapa mestilah sentiasa sibuk yer tak? Sebagai ketua keluarga seorang bapa sentiasa sibuk mencari nafkah untuk kelurga. Akan tetapi di dalam kesibukan tanggungjawab tersebut, sebenarnya seseorang bapa itu tidak pernah sesekali lupa menyediakan waktu khas untuk anak. Itulah yang sebaik-baiknya, kerana biarpun sesibuk mana seseorang bapa, bapa tidak boleh melepaskan segala tugas membesarkan anak ke bahu seorang ibu sahaja. Bapa juga seperti ibu, perlu mencari masa untuk mendekatkan diri dengan anak.
Sebenarnya dengan memperuntukkan masa yang khas bersama anak atau bonding time, bapa boleh lebih rapat, mengenal karakter anak dan membentuk peribadi anak agar mempunyai karakter yang positif. Ingat tau semua tu tau wahai kaum Adam yang memegang gelaran seorang bapa! Di antara beberapa kelebihan yang dikongsikan oleh artikel yang berkenaan adalah:
Bapa Dapat Melihat Perkembangan Anak
Peruntukkan masa sekurang-kurangnya 20-30 minit sehari untuk bonding time dengan anak. Dengan cara ini, tentu sahaja bapa dapat mengenali anak lebih rapat, memerhatikan perkembangan si anak. Kesannya anak akan menjadi lebih rapat dengan bapa dan mereka bebas meluahkan rasa hati tanpa takut kepada si bapa.
Kenal Karakter Anak
Paling jelas, bapa dapat mengenali anak secara fizikal dan emosional. Justeru karakter si kecil juga sudah boleh dibaca oleh bapa dan dengan cara ini mudah untuk bapa menggunakan pendekatan yang bersesuaian ketika mendidik anak kerana setiap anak mempunyai karakter yang berbeza.
Mudah Berinteraksi Dengan Bapa
Ada jenis anak yang tidak rapat dengan bapa akan jadi takut dan enggan didukung oleh bapa. Sebab itu, bapa mesti menyediakan waktu untuk anak kerana akhirnya anak yang rapat dengan bapa akan mudah berinteraksi dengan bapa. Ia adalah merupakan satu perkara yang sangat mahal dan tidak boleh dibeli di mana-mana.
Membentuk Karakter Positif
Bonding time membantu membentuk karakter positif anak. Dalam pembentukan karakter positif anak, bapa akan menjadi contoh dalam membina perilaku baik. Itu antara sebabnya mengapa bapa memainkan peranan penting membantu pembentukan karakter ini.
Anak Belajar Erti Kasih Sayang
Hubungan rapat bapa dan anak juga membantu si kecil memahami erti sebuah kasih sayang. Anak-anak boleh belajar kasih sayang daripada bapa. Dengan perhatian yang diberikan, anak akan lebih memahami kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapanya. Bahkan ibu bapa juga boleh merasakan bahawa anak-anak sayang akan mereka.
Makanya, bapa-bapa sekalian sila luangkan masa bersama anak sekerap yang mungkin dan pada setiap ruang serta masa yang possible. Kelebihan yang akan diperolehi tidak ternilai harganya.
salam..
ReplyDeleteyaya singgh melawat sini..
ni utk bpa je ke..?utk si ibu nya xde?
ibu pon ade bz jgk kan..huuu
betul sangat... penting untuk bapa rapat dengan anak terutamanya anak perempuan... Bapa adalah cinta pertama mereka...
ReplyDeletearwah bapa saya sibuk...pagi kerja tukang kebun..malam pengawal keselamatan =) al-fatihah untuk arwah bapa saya =(
ReplyDelete