KANTA LEKAP TERKOYAK!!! Dalam Mata Kiri

Farah Waheda Wahid
7
KANTA LEKAP TERKOYAK Dalam Mata Kiri
Awww chakkk!!! Bermata empat kita semalam wakkk… Ber-HU HU HU lah sendirian berhad bila mana belum pun sampai separuh hari semalam terpaksa memakai kaca mata di office yang sangat jarang digunakan kecuali di dalam keadaan-keadaan tertentu seperti:

  • Apabila cuaca hujan lebat tidak kira pada waktu siang atau malam, bagi membantu penglihatan sepanjangan pemanduan.
  • Keadaan jalanraya tanpa lampu jalanraya yang gelap gelita seadanya yang mana disebabkan rabun penglihatan dah tentunya, takut-takut jika terlanggar lubang dan seterusnya bakal mengakibatkan kebengkakkan kepada tayar kereta ataupun mengakibatkan kerosakan-kerosakan lain yang sepatutnya boleh dielakkan.
  • Rasa tidak selesa dengan pancaran cahaya kenderaan ketika pemanduan yang mengakibatkan pemandangan menjadi terlalu silau. Al-maklumlah ada astigmatisma katanya. Rabun pula tinggi pula tu… Jika kaca mata, kuasa rabunnya adalah –6.50 dan jika kanta lekap kuasa rabunnya –6.00.
  • Sesuatu berlaku yang berkaitan dengan kanta lekap yang membuatkan Farah terpaksa memakai cermin mata. Ini subjektif, boleh jadi macam-macam sebab.

Sejujurnya jika ditanya, Farah kurang gemar untuk memakai kaca mata (tak sedar diri rabun…ahaksss) dan Farah adalah seorang yang sinonim dengan kanta lekap sedari di bangku sekolah menengah lagi. Itulah, suruh jaga mata, tak mau, masa kecil-kecil dulu bila membaca suka baring, sayur pun kurang makan, lepas tu tabiat buruk pula, suka menghadap laptop di dalam gelap. Memang inilah akibatnya… Mendapatlah jadi rabun. Tapi kita setakat ini rabun jauh tau, bukannya rabun dekat. Moga-moga tidak sampai ke peringkat itulah. Errr…#ehhh bila dah jadi nenek nanti memang akan rabun dekat kannn? Wakakakaka….

Sejarahnya, Farah mula bermata empat ketika berusia 12 tahun iaitu ketika berada di darjah enam. Masa mula-mula, kuasa rabun Farah adalah –1.75 bagi kedua-dua belah. Sejak dari itu, kuasa rabun itu, meningkat dan meningkat dan meningkat dengan jayanya. Mula berhenti apabila mencecah kuasa –4.00 seketika sewaktu di Tingkatan Empat dan juga Lima… Bila Farah sambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya… Dah mula naik lagi ke –5.25… Dan akhirnya sejak mula bekerja sehingga kini, ianya berhenti di tahap kuasa sekarang ini. Moga-moga tak perlu naik lagilah tahap rabun tu… Tak sanggup kakak okkk? Mau ada yang terfikir-fikir nak buat rawatan laser mata nanti kang!

Ada tragedi yang berlaku semalam, dan itu bukanlah kali pertama ianya berlaku, masuk kali ni dah kali kedua dah berlaku. Kanta lekap yang Farah pakai terkoyak di dalam mata kiri tanpa Farah sedari. Cumanya, rasa tak selesa seolah-olah ada habuk melekat di kanta lekap. Nak kata tak cuci, dah cuci bersih dah… Nak kata tak rendam, dah rendam semalaman dah. Sebelum tidur dah buka dah kanta lekap. Tetapi mengapa yer? Tengok di kamera telefon bimbit, tak ada apa-apa pula. Serius memang tak perasan… Sangat-sangat tak perasan. Selepas itu rasa sedikit kegatalan. Yang jadi sedarnya bila nak keluar untuk tukar baucar Domino’s untuk makan tengah hari semalam… Sengetkan cermin ketiga di dalam kereta dan dekatkan biji mata ke cermin. Nak tengok puas-puas noksss… Hahhh? Betul ke apa yang dilihat? Kanta lekap terkoyak di tepi di mata sebelah kiri. Patutlah rasa tak selesa.

Nak tengok macam mana rupanya… Jangan rasa ngeri dan bayangkan yang bukan-bukan yer? Sebab sesetengah dari kawan-kawan Farah selalunya macam… Ouchhh! yang akan terkeluar dari mulut mereka… Tak perlu ngeri-ngeri…Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang terjadi pada Farah… Kedua-dua  belah mata masih sihat lagi… Tidak ada sebarang kecederaan berlaku… Syukur Ya Allah…

KANTA LEKAP TERKOYAK Dalam Mata Kiri 2
Inilah rupa parasanya… terkoyak sedikit di bahagian tepi… Ini mesti kes kanta lekap sudah mula menipis kerana sudah hampir tempoh tamat ni! Patutlah rasa tak selesa… Alahaiii, kenapalah sekarang? Kenapa? Kenapa bukan tunggu sampai rimau mengaum ke? Ini jauh lagi rimau nak mengaum… Dia dah buat hal dah… Ini tak boleh jadi ni… Memang Farah tak boleh nak pakai cermin mata berlama-lama…Tapi syukurlah… tidak luka pada kornea mata kerana kanta lekap yang koyak. Ini memang dah kes hukum tembak dah ni… Kes buang terus, tak boleh dipakai semula…Ingat yer kawan-kawan… JANGAN PAKAI KANTA LEKAP YANG KOYAK ATAU BERLUBANG WALAUPUN SEDIKIT. Boleh mengakibatkan kecederaan yang serius pada mata…

KANTA LEKAP TERKOYAK Dalam Mata Kiri 3

Biarkan seketika dikeringkan serta dikeraskan oleh udara sekeliling, dan kemudiannya konon-konon nak buat eksperimen nak uji sama ada benar-benar kanta lekap itu telah menipis. Memang ya, ianya menipis, sehinggakan… bila tangan digenggam secara senang terjadi keadaan dalam gambar di atas tanpa perlu ditonyoh-tonyoh dan diramas-ramas. Terpaksalah Farah ni bekerja dari selepas waktu rehat sehingga ke waktu balik dalam keadaan yang tidak selesa bila mana, terpaksa memakai cermin mata. Terasa sangat tak best! Dan kerja pun jadi terkemput-kemput jadinya. Nak siapkan satu-satu kerja tu ambil masa yang agak lama sebab rasa mencengkam di belakang kepala atas tengkuk yang sangat kuat kesan dari pemakaian cermin mata. Itu sebabnya Farah sangat tak suka pakai cermin mata. Maybe, I am not suitable and not made to wear glasses… Sangat poyo statement itu… Bila dah tak suka, memang tak boleh nak paksa diri suka…Dan yang menjadikan tak suka disebabkan rasa sakit mencengkam di bahagian belakang kepala tu lah, macam migraine…

Dalam hati, memang tak sabar nak dapat sepasang mata palsu baru dengan secepat mungkin… Mujur ada yang jadi tukang penyelamat dan gigih membelikan sepasang kanta lekap baru… Heeee… Terima kasih awak… Awak…Awaklah… You are my saviour for the day! Bila dapat mata palsu yang baru… Alhamdulillah, rasa release, rasa lega teramat sangat, baru terasa normal dunia sekeliling…Muahahaha….

Malang tu tak berbau, mujurlah tidak berlaku apa-apa kannn pada mata kiri Farah kannn? Mungkin Farah sendiri tersalah kira tarikh, untuk tarikh luput kanta lekap tersebut… Tu sebabnya jadi begitu…Sebelum ni, kanta lekap koyak dalam mata sebab dah sampai tarikh luput dan kanta lekap tu dah jadi nipis yang mana akhirnya terkoyak… Kali ini, tidak mustahil juga perkara yang sama berlaku… Adoilahhh haiii…sangat cuai Farah… Untuk anda… si pemakai kanta lekap…Tolong jangan ikut contoh Farah ni… Ikut panduan dan langkah keselamatan yang sepatutnya… Farah ni bukan apa, sejak kebelakangan ni hidup agak haru biru… Sampaikan tarikh luput kanta lekap pun boleh terlupa…Cuai sangat! Akan datang memang kena siap-siap letak reminder untuk ingatkan Farah… Sebulan dari sekarang pada tarikh semalam, Farah perlu menggantikan kanta lekap yang sedang dipakai ini kepada kanta lekap yang baru…

Oh ya…Mengenai kanta lekap, Farah pernah berkongsi tips, panduan dan juga langkah-langkah keselamatan mengenai kanta lekap…Kalau rajin bolehlah membaca entri lama Farah bertajuk To All The Lenses People! dan juga Lense Tertinggal Di Dalam Mata???

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. farah...scary ye tgk yg terkoyak dalam mata tu. Alhamdulillah takde pape. Dilla setakat ni plg scary kanta lekap terlekat kat kelopak mata atas...dasar garu mata xingat dunia masa tu.haha

    ReplyDelete
  2. nasib baik kak farah sedar yg contact lens tu koyak ;((

    ReplyDelete
  3. Salam..pe habaq pn farah..hehe?
    yaya saje mai sini melawat kengkawan blogger.. =D

    bhayanya pkai contact lense klo xjaga btul..
    yaya kadang pernh juga terpakai lense yg mcm da kemek sikit..huhu tp mata xselesa terus tnggal.xpkai..buang terus.mmg da rosak.xbole mata pkai..nti mte yg rosak..hhu

    ReplyDelete
  4. mesti comel je muka masa umur12 pakai cermin mata..kan?...heheh

    ReplyDelete
  5. fae start pakai kacamata masa darjah 4.and fae takut pakai contact lens huhu. ada ke rawatan utk kurangkan rabun selain drp laser? takutttt.

    ReplyDelete
  6. tang lense koyak tu mmg dah biasa sgt. kita pun pemakai contact lense tegar jugak. kalau rasa x selesa tu mmg cepat2 tanggalkan, xnak nnt ada side effect plak. dulu pakai brand from korea, tapi allergic. now no more korean lenses. xnak la sakit mata yg keterlaluan sgt lagi..serik wooo

    ReplyDelete
  7. kena angin dia jadi keras,,farah pakai spek pon masih cun

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !