Dalam ramai-ramai blogger gadis dan blogger wanita yang
terpilih untuk sama-sama meraikan sambutan Ulangtahun Pertama Althea
#AltheaTurns1, mungkin Farah di antara blogger yang menerima bungkusan dari
pihak Althea all the way dari Korea
pada saat-saat akhir.... Ini disebabkan oleh ada sedikit masalah teknikal di
peringkat pemprosesan pesanan... Sikit jer sikit jer masalah teknikal tu... Tak
banyak punnn... Dan ia bukanlah sesuatu yang masalah yang terlalu besar ataupun
apa... Pihak Althea dan Tammy sangat pantas bertindak dan memberikan
maklumbalas! Thumbs up! Sebab tulah
sebagai salah seorang pelanggan Althea, Farah sayang pada Althea dan suka
berurusan dengan Althea. Servis mereka memang tip top!
Baru jer terima, tengah hari semalam bungkusan yang datang
dari jauh tu. Tak sempat nak kongsi di dalam entri DearK-Beauty Junkies... Happy 1st Birthday ALTHEA! semalam. Gedik-gedik...Hari
ni nak juga berkongsi dengan anda apa yang Farah seronok sangat dan apa yang
ada di dalam Limited Edition Birthday
Beauty Box yang Farah terima.
Tadaaa... Penggemar dan pemakai kosmetik tegar haruslah
terima barangan kosmetik! :-). Macam-macam ada... Secara kebetulan barangan
kosmetik sedia ada semuanya running low dah...Memang
nak kena top-up dah pun... Memang sedang-sedang elok barangan
sedia ada bertahan sehingga sampai stok baru dari Althea semalam. Personal Assistant kononnya.... Hari-hari
kena tempek bedak, blusher, gincu,
celak di muka. Ko malas macam mana punnn...ko rushing macam mana punnn... at
least kena berbedak, bercelak dan bergincu... Supaya muka yang dah terbiasa
bersolek tak nampak pucat lesi semacam... Ha ha ha.... Ada juga kadang-kadang
tak kuasa nak layan, lantak kolah situ...Muka, muka tak siap jer duduk dalam office...Lepas tu...semua orang tegur...
Kenapa pucat sangat muka hari ni? Sakit ke? Tak sihat ke? Jawapan mudah... Tak
sempat nak make-up pagi tadi... Jumpa
ramai orang kannn? Jaga boss kannn? Kena jagalah sikit... selalu dok peringat
diri sendiri... Walau malas tu dah sampai tahap heavy metal macam mana sekali pun.
Meh meh meh... Farah dengan sukacitanya nak berkongsi dengan
anda satu persatu barangan yang Farah dapat semalam dengan anda. Manalah tau
terbuka dan tergerak hati berminat pula ke? Nak pengaruh ni, nak pengaruh ni...
Ha ha ha...
Chica-Y-Chico Matt Cushion Color #21: RM52.00
Sewaktu melayari laman web jualan atas talian Althea
baru-baru ini, tiba-tiba hati jadi tertarik untuk mencuba sebabnya dikatakan
bahawasanya bedak asas ini adalah satu bedak asas yang sangat bagus di mana
ianya memberikan kesan sejuk kepada si pemakai dan sangat sesuai untuk orang
yang selalu terdedah kepada cuaca panas dan kerap berpeluh. Bedak ini dikatakan
mampu untuk menutup segala cela di wajah
dengan baik dan kesan matte pada
bedak ini dapat bertahan dari saat mula pemakaian untuk satu tempoh yang lama. Bermaksud,
kalau pagi-pagi anda tempek bedak ni kat muka, petang nanti tak kisahlah
selasak mana anda, seberlengas mana anda, seberpeluh mana anda, kesan matte tersebut tidak akan hilang sama sekali.
Ala-ala macam maintain gittew! Ada
banyak kebaikan bedak asas ni!
Antara yang disenaraikan adalah seperti gambar yang
dikongsikan di bawah... Berfungsi untuk mencerahkan,
wrinkle-care, SPF 35/PA++, strong
persistency, mattifying, coverage, sebum control dan pore care. Semua benda dalam satu bedak asas ni... Sebabnya, cooling mist pun dia, sunblock pun dia, foundation pun dia, bedak pun dia, oil bloating paper pun dia... Semua ada dalam bedak asas ni.
Macam ala-ala selamat tinggal muka berminyak bila memakai
bedak asas yang satu ini. Hari ini dah cuba dah punnn... Amboiiii galak betul
kannn? Ha ha ha.... Testimoni Peribadi: Betul
oiiii, memang muka tak nampak berminyak langsung-langsung! Berpeluh macam mana
pun, tak nampak berkilat atau berminyak. Baguslah bedak nih! Mak dah jatuh
cinta noksss!
Selfie Perfect Concealer Color 23 Natural Beige: RM 20.00
Perghhh, ini memang terbaik! Walaupun harganya murah... cuma
RM 20.00 tetapi perfect coverage
nakkkk oiiii! Kakak suka! Kakak suka! Kakak suka! Sangat mudah
digunakan...ala-ala Dior punya concealer...
Mudah kerja kakak pagi tadi....
IOPE Air Cushion Blusher Color Peach Sherbet: RM64.00
Kalau blusher Farah
memang sukakan warna-warna coral atau
peach sebegini... Tak terang sangat
dan tak adalah macam badut ke apa kan? He he he... Awak ni nak ke office sahaja, bukannya nak naik pentas
nak buat show. Cukuplah sekadar light makeup or makeover sahaja. Ha ha
ha... Lainlah kalau jenis yang naik pentas setiap hari ataupun depan kamera
setiap hari... Kannnn? Farah suka!
Selfie Awesome Gel Liner Color Pearl Black: RM24.00
It's My Magic Sponge: RM 9.00
Pakai apa-apa jenis foundation
akan jadi lebih mudah dan rata, nampak cantik jer olesan kalau pakai span...
kalau pakai jari, boleh nampak perbezaannya... Tak berapa nak cantik. Memang
sesuatu yang diperlukan sangat nih...Yang ada tu dah hukum ganti dah...Terlalu
lama sangat dah tu...Menariknya, Magic
Sponge dari Althea ini sangat bermutu dan lebih baik hasilnya setelah
digunakan bersama foundation. Lebih
rata, lebih halus tebaran foundation.
Tak perlu nak ratakan banyak-banyak kali...
Sebab tu lah seronok sangat dengan Limited Edition Birthday Beauty Box dari Althea bersempena dengan
sambutan Ulangtahun Pertama Althea #AltheaTurns1... Dannn.... Kongsi sedikit selfie hasil pemakaian segala dalam beauty box yang diterima semalam... Oklah
kannn? Nampak natural jer...
Owhhh... Jangan lupa ok? Ada yang menarik menanti anda
bersempena #AltheaTurns1...
Untuk Info Dan
Maklumat Lanjut:
terbaikk..:)
ReplyDeleteAkak baru sampai hari ni..lg kelam kabut..sabau je la
ReplyDeletewahhh.. bestnya product2 yg akak beli. that selfie concealer pun tempting jee
ReplyDeleteWah banyaknya barang kak Farah beli, Azwar beli lipstict, mask and bb cushion laneige. ;)
ReplyDeleteRamai nyer dapat...
ReplyDeleteJemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran by Hani Rahman
WOWWWWWWW - TERPEGUN D WATNYER
ReplyDelete