#AltheaTurns1 | K-Beauty Junkies Di Dalam Limited Edition Birthday Beauty Box

Farah Waheda Wahid
6

Dalam ramai-ramai blogger gadis dan blogger wanita yang terpilih untuk sama-sama meraikan sambutan Ulangtahun Pertama Althea #AltheaTurns1, mungkin Farah di antara blogger yang menerima bungkusan dari pihak Althea all the way dari Korea pada saat-saat akhir.... Ini disebabkan oleh ada sedikit masalah teknikal di peringkat pemprosesan pesanan... Sikit jer sikit jer masalah teknikal tu... Tak banyak punnn... Dan ia bukanlah sesuatu yang masalah yang terlalu besar ataupun apa... Pihak Althea dan Tammy sangat pantas bertindak dan memberikan maklumbalas! Thumbs up! Sebab tulah sebagai salah seorang pelanggan Althea, Farah sayang pada Althea dan suka berurusan dengan Althea. Servis mereka memang tip top!

Baru jer terima, tengah hari semalam bungkusan yang datang dari jauh tu. Tak sempat nak kongsi di dalam entri DearK-Beauty Junkies... Happy 1st Birthday ALTHEA! semalam. Gedik-gedik...Hari ni nak juga berkongsi dengan anda apa yang Farah seronok sangat dan apa yang ada di dalam Limited Edition Birthday Beauty Box yang Farah terima. 


Tadaaa... Penggemar dan pemakai kosmetik tegar haruslah terima barangan kosmetik! :-). Macam-macam ada... Secara kebetulan barangan kosmetik sedia ada semuanya running low dah...Memang nak kena top-up  dah pun... Memang sedang-sedang elok barangan sedia ada bertahan sehingga sampai stok baru dari Althea semalam. Personal Assistant kononnya.... Hari-hari kena tempek bedak, blusher, gincu, celak di muka. Ko malas macam mana punnn...ko rushing macam mana punnn... at least kena berbedak, bercelak dan bergincu... Supaya muka yang dah terbiasa bersolek tak nampak pucat lesi semacam... Ha ha ha.... Ada juga kadang-kadang tak kuasa nak layan, lantak kolah situ...Muka, muka tak siap jer duduk dalam office...Lepas tu...semua orang tegur... Kenapa pucat sangat muka hari ni? Sakit ke? Tak sihat ke? Jawapan mudah... Tak sempat nak make-up pagi tadi... Jumpa ramai orang kannn? Jaga boss kannn? Kena jagalah sikit... selalu dok peringat diri sendiri... Walau malas tu dah sampai tahap heavy metal macam mana sekali pun. 

Meh meh meh... Farah dengan sukacitanya nak berkongsi dengan anda satu persatu barangan yang Farah dapat semalam dengan anda. Manalah tau terbuka dan tergerak hati berminat pula ke? Nak pengaruh ni, nak pengaruh ni... Ha ha ha... 

Chica-Y-Chico Matt Cushion Color #21: RM52.00


Sewaktu melayari laman web jualan atas talian Althea baru-baru ini, tiba-tiba hati jadi tertarik untuk mencuba sebabnya dikatakan bahawasanya bedak asas ini adalah satu bedak asas yang sangat bagus di mana ianya memberikan kesan sejuk kepada si pemakai dan sangat sesuai untuk orang yang selalu terdedah kepada cuaca panas dan kerap berpeluh. Bedak ini dikatakan mampu untuk menutup segala cela di wajah dengan baik dan kesan matte pada bedak ini dapat bertahan dari saat mula pemakaian untuk satu tempoh yang lama. Bermaksud, kalau pagi-pagi anda tempek bedak ni kat muka, petang nanti tak kisahlah selasak mana anda, seberlengas mana anda, seberpeluh mana anda, kesan matte tersebut tidak akan hilang sama sekali. Ala-ala macam maintain gittew! Ada banyak kebaikan bedak asas ni! 

Antara yang disenaraikan adalah seperti gambar yang dikongsikan di bawah... Berfungsi untuk mencerahkan, wrinkle-care, SPF 35/PA++, strong persistency, mattifying, coverage, sebum control dan pore care. Semua benda dalam satu bedak asas ni... Sebabnya, cooling mist pun dia, sunblock pun dia, foundation pun dia, bedak pun dia, oil bloating paper pun dia... Semua ada dalam bedak asas ni. 


Macam ala-ala selamat tinggal muka berminyak bila memakai bedak asas yang satu ini. Hari ini dah cuba dah punnn... Amboiiii galak betul kannn? Ha ha ha.... Testimoni Peribadi: Betul oiiii, memang muka tak nampak berminyak langsung-langsung! Berpeluh macam mana pun, tak nampak berkilat atau berminyak. Baguslah bedak nih! Mak dah jatuh cinta noksss! 

Selfie Perfect Concealer Color 23 Natural Beige: RM 20.00


Perghhh, ini memang terbaik! Walaupun harganya murah... cuma RM 20.00 tetapi perfect coverage nakkkk oiiii! Kakak suka! Kakak suka! Kakak suka! Sangat mudah digunakan...ala-ala Dior punya concealer... Mudah kerja kakak pagi tadi.... 


IOPE Air Cushion Blusher Color Peach Sherbet: RM64.00


Kalau blusher Farah memang sukakan warna-warna coral atau peach sebegini... Tak terang sangat dan tak adalah macam badut ke apa kan? He he he... Awak ni nak ke office sahaja, bukannya nak naik pentas nak buat show. Cukuplah sekadar light makeup or makeover sahaja. Ha ha ha... Lainlah kalau jenis yang naik pentas setiap hari ataupun depan kamera setiap hari... Kannnn? Farah suka! 

Selfie Awesome Gel Liner Color Pearl Black: RM24.00


It's My Magic Sponge: RM 9.00


Pakai apa-apa jenis foundation akan jadi lebih mudah dan rata, nampak cantik jer olesan kalau pakai span... kalau pakai jari, boleh nampak perbezaannya... Tak berapa nak cantik. Memang sesuatu yang diperlukan sangat nih...Yang ada tu dah hukum ganti dah...Terlalu lama sangat dah tu...Menariknya, Magic Sponge dari Althea ini sangat bermutu dan lebih baik hasilnya setelah digunakan bersama foundation. Lebih rata, lebih halus tebaran foundation. Tak perlu nak ratakan banyak-banyak kali... 

Sebab tu lah seronok sangat dengan Limited Edition Birthday Beauty Box dari Althea bersempena dengan sambutan Ulangtahun Pertama Althea #AltheaTurns1... Dannn.... Kongsi sedikit selfie hasil pemakaian segala dalam beauty box yang diterima semalam... Oklah kannn? Nampak natural jer... 


Owhhh... Jangan lupa ok? Ada yang menarik menanti anda bersempena #AltheaTurns1... 


A video posted by Farah Waheda Wahid (@farahwaheda) on

Untuk Info Dan Maklumat Lanjut:

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Akak baru sampai hari ni..lg kelam kabut..sabau je la

    ReplyDelete
  2. wahhh.. bestnya product2 yg akak beli. that selfie concealer pun tempting jee

    ReplyDelete
  3. Wah banyaknya barang kak Farah beli, Azwar beli lipstict, mask and bb cushion laneige. ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !