Home » , , , , , , , , » 4.7.2016: Genap 4 Tahun Yang Pertama | Selamat Ulangtahun Pernikahan

4.7.2016: Genap 4 Tahun Yang Pertama | Selamat Ulangtahun Pernikahan


4.7.2012 - 4 tahun yang lalu... 2.37pm dengan lafaz ijab dan qabul, status bertukar kepada seorang isteri dan kehidupan baru telah dilangkahi dengan penuh debaran di hati kerana sedar akan hakikat bahawasanya perjalanan kehidupan yang baru yang akan ditempuhi tidaklah semudah yang disangka dan pasti akan hakikat cabaran serta dugaan yang bakal datang. Berani sangat ke nak tempuh? Kuat sangat ke nak bertahan dan redah segalanya? Jawapan jujur... Entahlah... Blank... Redah jerlah... Hidup kan tak pernah sunyi dengan dugaan serta cabaran kehidupan? Harapan yang amat besar pada waktu dan ketika itu, agar insan bernama suami sentiasa ada dan tidak pernah jemu untuk menjadi penguat semangat dan memahami situasi yang bakal dihadapi. Pesanan si suami yang tidak pernah luput di ingata, pesanan pertama setelah bergelar suami isteri... "Jadi seorang isteri yang baik". Yang terkeluar dari mulut ini? "Jangan sia-siakan Anje...". Pesanan sesama sendiri yang cukup ringkas tetapi cukup mendalam maksudnya.

Tidak ada sebarang perancangan pada waktu dan ketika itu untuk menimang cahaya mata di dalam waktu atau tempoh terdekat. Ikutkan suami, biarlah hidup berdua sekurang-kurangnya setahun dahulu. A grace period to enjoy the marriage for the only two of us. Tidak semestinya, katanya lagi, kalau dah rezeki untuk menimang cahaya mata awal, akan diterima dengan hati yang terbuka. Pada waktu dan ketika itu, jujurnya hati ingin sangat mempunyai cahaya mata sendiri. Memandangakan umur sendiri pun tak berapa nak remaja lagi... Memang teringin nak hidup dengan anak sendiri. Cumanya, ianya agak membataskan pada waktu dan ketika itu... Masih belum disahkan jawatan oleh syarikat Farah bekerja. Apa-apa pun kenalah tunggu sehingga sah jawatan. Rezeki disahkan jawatan lebih awal 3 bulan bila ketua Farah di pejabat berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi kerja Farah.

Selepas itu, diakui memang Farah berusaha untuk hamil. Bermula dengan pengambilan asid folik secara konsisten setiap hari dan juga pengambilan GLA Complex dari Shaklee. Tidak ada sebarang tanda kehamilan seperti mual, pening dan sebagainya. Langsung tak ada tanda, cumanya yang menguatkan teori diri sendiri bahawasanya kemungkinan telah melekat adalah bilamana kitaran haid sudah mula tidak singgah pada bulan itu. Lewat seminggu setengah. Diam-diam cuba buat ujian kehamilan sendiri. Kali pertama, 2 bar... Seminggu selepas itu 2 bar lagi.


12.4.2013... Setelah melakukan pemeriksaan doktor, disahkan hamil 7 minggu. Tidak melalui sebarang alahan kecuali anti-nasi! Keinginan tekak cumalah makanan barat dan juga fast food. Mengidam? Juga tidak banyak ragam... Yang diidamkan, nak makan di Tree Steak House, Sungai Buloh, nak makan sate ikan, nak makan steamboat, nak makan telur pindang dan nak makan sup tulang. Kuat tidur! Sangat-sangat kuat tidur! Sentiasa mengantuk walaupun di pejabat dan walaupun memandu pergi ataupun balik pejabat. Pantang ada peluang mesti akan tidur. Kalau dibiarkan , kalau tak dikejut... Mampu tidur seharian suntuk kemudiannya berjaga sepanjang malam dan tidur pada pukul 3 atau 4 pagi. 

Selalu kena tarik mengkarung pada waktu malam! Rasa macam nak putus urat kaki tu! Kalau kena macam tu, mesti menjerit sekuat-kuatnya panggil Nek Ma Ash minta tolong. Gigihlah Nek Ma tu mengurut kaki Farah sehingga terlena tidur. Selalu menangis tersedu-sedu bersendirian, jadi penyedih seketika... Selalu angin sampai baling-baling barang... Selalu menjerit sekuat-kuatnya di dalam kereta bersendirian. Yup! Itu kelemahan sikap dan perangai sewaktu hamil bila emosi tak stabil. 

Kehamilan sememangnya tidak bermasalah pada peringkat awal, di pertengahan, satu hari tu keluar lendir berwarna coklat cair. Hati dah mula risau dan sudah mula berdebar-debar. Sebab pernah dengar kawan-kawan yang kehilangan kandungan. Doa banyak-banyak dan tawakal pada Allah supaya tak terjadi apa-apa pada waktu dan ketika itu. Dan di trimester ketiga ada satu masalah lain pula muncul! Uri tak naik! Sepatutnya uri tu dah sememangnya terpusing ke atas disebabkan nak sediakan laluan bayi lahir. Doktor kata tak apa, kita tunggu pemeriksaan bulanan yang seterusnya. Next appointment! Masuk trimester keempat! Uri masih belum terpusing dan disahkan oleh doktor sebagai pesakit Placenta Previa Tahap II. Sah-sah kena semakin kerap buat pemeriksaan. 

Dijangkakan tarikh due adalah antara 13 sehingga 15 Disember 2013 jika kelahiran secara normal. Bila dah bermasalah begini, terpaksa melalui Lower Section Caesarean Surgery (LSCS) yang mana pada asalnya Farah minta pada doktor untuk bedah pada 24 November 2013 sebab nak sama tarikh lahir dengan Farah! Tapi tak dapat... Sedih kejap... Ha ha ha... Dr.Niraj Feizal, Pakar Perbidanan Hospital UMRA dalam bergurau tetapi tegas... Menegaskan tarikh yang  dia pilih adalah 26 November 2013 kerana paru-paru bayi masih belum matang dan Farah perlu mendapatkan suntikan Dexamethasone selama dua hari berturut-turut untuk mematangkan paru-paru bayi.  Boleh dikatakan ianya adalah pembedahan yang sangat berisiko tinggi dan terbuka kepada risiko bayi kehilangan darah yang banyak, ibu kehilangan darah yang banyak dan ianya melibatkan risiko kehilangan nyawa. Alhamdulillah, Allah permudahkan...



26 November 2013, seketul Iman Firash keluar dari perut Mommy melalui pembedahan. 11.25 pagi, dengan berat 2.86kg. Penyeri rumahtangga kami, peneman dan penceria hari-hari Mommy.



Manja! Tak kira Abah... Tak kira Mommy... Ermmm cuma dengan Mommy terlebih-lebih manja dan mengada-ngada.



Seiring perjalanan pernikahan kami yang semakin lama semakin meningkat usianya, Iman Firash adalah pengikat kasih sayang antara kami dan juga penguat diri untuk terus mengharungi alam pernikahan kami. Rumah tangga pasti ada dugaannya... Pasti ada ujian serta cabarannya... Ada pasang, ada surutnya... Ada tenang dan ada yang berombak. Bukannya monotonous senantiasa. Jika mendatar sahaja mungkin juga akan menjadi agak membosankan. Waktu sebelum pernikahan dan setelah pernikahan sememangnya berbeza. Amat berbeza. 

Di dalam tempoh 4 tahun yang dilalui selama ini, diakui, Farah ada kelemahan serta kekurangan yang tersendiri yang cuba diperbaiki dari semasa ke semasa agar lebih baik dari sebelumnya. Perempuannn... Emosi, sensitif itu tak lari mana pun. Cuma cara menzahirkan emosi dan sensitiviti itu berbeza. Tahun pertama, tahun kedua agak agresif bila emosi dan sensitif. Tahun ketiga, tahun keempat... Nampaknya semakin slow down... Jika dulu sikapnya Farah suka berterus-terang menzahirkan apa yang Farah rasa. Sejak kebelakangan ini, seolah lebih senang menyimpan sendiri. Tapi tulah, terkadang tu ada rasa rapuh di jiwa. Sekarang ni belajar teknik pujuk diri sendiri. 

Alam pernikahan, alam perkahwinan...apa jua perselisihan faham, sehingga membangkitkan pertelingkahan, ia hanya boleh diberhentikan atau ditamatkan oleh kedua-dua belah pihak dengan "MEMAAFI" dan "MELUPAKAN" segala peristiwa yang telah terjadi. Semakin lama usia pernikahan, semakin lama usia perkahwinan kasih sayang mesti terus dipupuk, dibelai, dibaja dan terus dijaga dan disiram, setelah begitu lama, sama-sama berpengalaman melalui liku-liku penghidupan, susah, senang, suka, duka, sakit, pening, semua itu dilalui melalui masa, ketabahan penumpuan, keberanian dan persefahaman. Tidak semestinya Farah sahaja yang betul, ada masa dan ketikanya memang berkemungkinan Farah yang bersalah. 


Terkadang tu menjengah rasa bersalah bila merasakan diri ini tidak cukup sempurna dan ada kekurangan sebagai seorang isteri. Sedih ooo... Ingatkan juga kepada diri sendiri, "akad" merupakan amanah masing-masing, tidak boleh ada rahsia atau cuba merahsiakan sesuatu yang boleh menimbulkan kecurigaan. Kerana kecurigaan itu boleh membawa kepada cemburu, cemburu pula boleh membangkitkan amarah, amarah pula boleh membentuk permusuhan dan seterusnya. Farah perlu banyak belajar lagi. Berkongsi suka-duka di dalam hidup sehari-hari, pujuk-memujuk di antara satu sama lain dan mengenepikan segala yang terkilan. Kena bersedia! Sebab alam rumahtangga bukan hanya kemanisan serta kegembiraan sahaja... Lebih dari itu. 4 tahun yang pertama dan ada banyak lagi yang menanti di hadapan yang tidak diketahui. 

Semoga akan menjadi lebih baik hendakNya dari semasa ke semasa. Walaupun keluarga kami kecil, semoga diberkati, dirahmati dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT. Untuk suami, terima kasih di atas tingkat kesabaran yang amat tinggi dengan kerenah, perangai dan sikap diri ini yang ada kala boleh menduga kesabaran dan mencabar diri. Terima kasih untuk ruang masa yang diberikan, pandang pendapat, bahu untuk melepaskan segala kesedihan yang terbuku di hati dan terima kasih untuk kasih sayang yang senantiasa saja diuji itu. Maafkan diri ini di atas segala khilaf, kelemahan, kekurangan mahupun dosa-dosa yang dilakukan sebagai isteri. 

Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu yang telah memanjangkan jodohku bersama suamiku sehingga ke saat ini. Kekalkanlah nikmatMu ke atas kami dan jadikanlah kami suami isteri di dunia dan di akhirat. 

Ya Allah, andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dah Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhaMu. Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingatkan di kala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepadaMu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah RasulMu.

Ya Allah... indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimahMu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma'Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Ya Allah... Teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah... damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukkan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah... Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin. 

Allahuma Ya Allah, jadikanlah kami yang mencintai di kala dekat dan jauh. Yang saling menyayangi di kala senang dan susah, yang saling mengasihi di dalam sendu dan tawa. Allahumma Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang bersatu kerana redhaMu dan jadikanlah baitul muslim kami ini landasan menuju cintaMu... 

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim terimalah ibadah kami ini, satukan kami di taman syurgaMu nanti. Ya Allah tiadalah dua impian kami melainkan izinkanlah kami untuk bertemuMu wahai pemilik cinta yang maha agung juga kekasihMu khaatimul anbiya Muhammad al mustafa (SAW). Amin amin ya rabbal alamin.

Selamat Ulangtahun Pernikahan Ke-4 Abang! Dan juga untuk diri sendiri... 

Meski diri punya kelemahan juga kekurangan, In Shaa Allah akan cuba diperbaiki dan In Shaa Allah, akan menjaga Iman Firash dengan sebaiknya selagi mampu dan selagi daya.  

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 4.7.2016: Genap 4 Tahun Yang Pertama | Selamat Ulangtahun Pernikahan, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, July 4, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. selamat ulang tahun farah...semoga berbahagia hingga ke Jannah...
    sama la kita tapi saya Placenta Previa Type 3 Anterior...tang tempat nak operate tu la letaknya...tapi apa-apapun, Alhamdulillah dengan kurniaanNya...^_^

    ReplyDelete
  2. uih..panjangnya ucapan..by the way..happy anniversary farah

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak farah yang cantik. :)
    Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-4.

    Juga selamat hari raya aidilfitri.
    ^_^

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY