Home »
beauty
,
beauty info
,
beauty sharing
,
events
,
iftar
,
lifestyle
,
people
,
ramadhan
,
surroundings
» "Pink Party" Iftar Bersama WATSONS VIP Members Dan Komuniti Blogger
"Pink Party" Iftar Bersama WATSONS VIP Members Dan Komuniti Blogger
Al-kisahnya hari Khamis dua minggu
lepas bertempat di Talent Lounge, PJ Trade Centre, buat pertama
kalinya-lah-kan, telah dijemput untuk menghadiri majlis iftar bertema.
Selalunya, kalau menghadiri mana-mana majlis iftar tak pernah bertema
punnn...Ikut suka hatilah nak pakai baju apa dan tema apa yer tak? Majlis iftar
bertema ini dikenali sebagai "Pink Party" dan ianya adalah dianjurkan
oleh pihak WATSONS Malaysia khas bagi WATSONS VIP Members dan juga komuniti
blogger.
Dinamakan "Pink Party"
disebabkan ada kena mengena dengan produk kecantikan PINK BY PURE BEAUTY....
Sedikit perkongsian mengenai
produk kecantikan PINK BY PURE BEAUTY...
PINK BY PURE BEAUTY adalah
merupakan produk kecantikan yang diformulasi khusus dengan menggunakan
bahan-bahan unik seperti PhytoCellTec, Alps Rose, Pink Flower Capsule dan bahan
pemutih semulajadi yang membantu mencerahkan kulit dan memberikan penghidratan
yang sempurna seterusnya menjadikan kulit cerah secara semulajadi dan sedikit
kemerah-merahan (pink) sepertimana yang wanita-wanita muda impikan.
Hanya 3 langkah
diperlukan untuk mendapatkan kulit berseri dan bercahaya dengan rangkaian
produk kecantikan PINK.
PERTAMA: Tingkatkan tahap
kelembapan kulit dengan menggunakan 'PINK so fresh Essence Water' yang sesuai
untuk semua jenis kulit.
KEDUA: Gunakan 'PINK so glow
Essence' untuk kulit biasa atau 'PINK so light Dewy Lotion' untuk kulit kering.
Kedua-dua essence ini bertindak memperbetulkan dan mempertingkatkan kulit
supaya lebih berseri.
KETIGA: Lengkapkan proses di atas dengan melindungi kulit menggunakan
'PINK so smooth Pudding Cream' dan 'PINK so Blur Cream'
Bahan utama PINK by Pure Beauty
adalah Gigawhite, Actiwhite dan Niacinamide dimana ia meningkatkan keputihan
kulit, kolagen serta 'ceramide synthesis' yang melindungi kulit dari sinaran
UV.
Berbalik kepada acara yang
dianjurkan oleh pihak WATSONS, pendaftaran bermula sejak dari pukul 6.00 petang
dan banyak aktiviti yang menarik yang telah disediakan oleh pihak WATSONS
Malaysia yang mana ia telah menjadikan "Pink Party" ini sesuatu yang
unik dan berbeza dari majlis-majlis iftar yang kebiasaannya Farah hadiri.
"Pink Party" tersebut adalah merupakan anjuran kolaborasi bersama pihak
ZALORA dan juge ELITE Hair.
Apa yang menarik? Mula-mula
sekali "Pink Party" telah dimulakan dengan Demonstrasi Pink Pudding
oleh Chef Leoniel.
Yang mak-mak macam Farah ni dah
tentu-tentulah berminat kannn? Sebabnya selalunya tau makan jer...Tak pernah
pun nak ambil tahu macam mana nak sediakan pudding yang berwarna pink... Yang
tau, apa susah??? Letak jer pewarna, selesailah...Jadilah warna
pink...Ahaksss... Rupa-rupanya di sebaliknya, ada teknik dan tips-tips lain
yang perlu dilakukan di dalam penyediaan pudding yang berwarna pink. Dapat
sedikit ilmu.... Sesi demonstrasi itu telah berjaya menarik minat tetamu yang
telah dijemput hadir dan memang tidak membosankan langsung.
Selepas demonstrasi... Azan
Maghrib berkumandang dan menandakan telah masuknya waktu solat Maghrib dan juga
waktu berbuka puasa.
Berbuka puasalah dulu... Memang
kebetulan lapar sangat-sangat hari tu sebabnya tak sahur...Ihiksss...Sajian
makanan yang dihidangkan memang menarik perhatian serta menyelerakan....
Sambil-sambil makan tu, wakil dari pihak ZALORA telah mengisi ruang acara
dengan perkongsian tips terkini pemakaian hijab. Memang suka sangat-sangatlah
Farah ni kannn? Ada 5 stail hijab yang popular serta sememangnya menjadi
trending telah diberikan sesi tutorial. Hijabista yang hadir termasuk diri ini,
memang tak lepaskan peluang untuk lebih memahami untuk memperbaiki skil
pemakaian hijab yang ada dan juga mempelajari stail-stail baru yang mungkin
belum pernah dicuba lagi sebelum ini. Manalah tau... Raya nanti boleh melaram
sakan kannnn?
Memang rasa berbaloi pula
menghadiri iftar Pink Party WATSONS Malaysia ni...Heeee...dapat ilmu baru.... Bergambar
di photo booth sudah, sesi demo penyediaan Pink Pudding Dessert oleh Chef
Leoniel sudah, sesi tutorial dan perkongsian tips stail hijab sudah....
Bahagian ini, menarik ni....
Bermesra dengan produk eksklusif
Watsons iaitu Pink by Pure Beauty yang diformulasi khas dengan menggunakan
kombinasi unik PhyotCellTec, Alps Rose, Pink Flower Capsule dan bahan pemutihan
semulajadi yang mana ianya membantu untuk mencerahkan kulit dan memberikan
imbangan hidrasi yang sempurna yang mana
kesannya ia akan secara semulajadi menjadikan kulit cerah kemerah-merahan
(pink) yang diimpikan oleh setiap wanita muda.
Antara produk yang sempat Farah
sendiri mencuba adalah.... PINK's so fresh ESSENCE WATER yang mana sesuai untuk
semua jenis kulit, so glow ESSENCE untuk kulit normal, so light DEWY LOTION bagi
"dehidrasi", so smooth PUDDING CREAM dan so BLUR CREAM.
Pendapat dan pandangan peribadi
Farah, Farah sudah mula sukakan produk-produk ini sebab tertarik dengan fungsi
dan kesannya. Sebagai contoh, sewaktu mencuba so BLUR CREAM, Farah boleh lihat
perbezaan sebelum dan selepas pemakaian dengan mencuba produk tersebut di
bahagian tangan Farah. Semestinya tidak pulang dengan tangan kosonglah kannn?
Setiap yang hadir dibekalkan dengan buah tangan iaitu "goodies bag"
sebelum pulang ke destinasi masing-masing.
Alahaiii...sukanya...bila mana
ada macam-macam buah tangan yang semestinya mengembirakan hati seorang wanita kannn?
Antara yang menarik di dalam "goodies bag" tersebut adalah gelang
tangan wanita berinspirasikan PANDORA, baucar discount dari WATSONS dannnn....
Blur Cream yang penuh dengan
magis dari PINK BY PURE BEAUTY... Dah tentu-tentu bukan main suka kepalang
lagilah kakak kannn? Sebab Blur Cream ni memang sangat bagus dan kesannya
adalah sangat efektif dengan serta-merta.
Jika anda berminat dan nak tahu
lebih lanjut mengenai PINK by Pure Beauty, semua produk-produk ini kini
telahpun berada di semua cawangan WATSONS di seluruh negara. Kalau Farah kata
produk ni menarik tu, he he he... beauty freak, beauty lovers.... mesti tak nak
lepaskan peluang untuk berkenalan-kenalan dengan produk ini kan? Kalau sesuatu
yang baik, pastinya anda suka.... Dan pastinya anda akan jadi turut terjebak
sama sebagai pengguna... Jadi tunggu apa lagi? Terjah ler sekarang!
*Iftar yang berbeza corak
pengisiannya dan penuh dengan aktiviti dan ilmu yang boleh digunapakai oleh
para wanita.... ;-)
Label:
beauty,
beauty info,
beauty sharing,
events,
iftar,
lifestyle,
people,
ramadhan,
surroundings
Terimakasih telah membaca artikel "Pink Party" Iftar Bersama WATSONS VIP Members Dan Komuniti Blogger. Jangan lupa share ya
Share
8 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
sgt menarik
ReplyDeletebestnyerrr untung le SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..
ReplyDeletetetiba nampak pink semua dalam blog ni..hehehe
ReplyDeleteTudiaaaaaa.. Masuk blog pun PINK. Sambung Party Pink dalam blog akak la ye. Hihihii.. Nice to meet you akak during the event.
ReplyDeleteBestnyerrrr....kte klu tgok produk2 ni mula la hbs sume bnda nk cube. Haha
ReplyDeleteHuishh pink! My Fav Color! Wahhh cantiknyaaaa iftar camni
ReplyDeleteNak trylah blur cream tu :)
ReplyDeleteWow! Byk ilmu yg di share ekk. Bertuah! Takde ler makan kosong2 aje ekk :-)
ReplyDelete