Mommy??? Tegas Tapi Penyayang...

Farah Waheda Wahid
5

Pukkk setepek muka kami berdua beranak... Heee...Dah besar tak anak bujang kita? Dah besar tak? Dah besar kan? Sekejap jerrr masa tu berlalu...Dah nak masuk 3 tahun dah usianya bulan November 2016 ni. Bila bercerita bab anak ni...errr...bukan hari-hari ke Farah bercerita tentang anak dan juga keibubapaan? Ha ha ha... Teringat tentang satu perkara... Nak kata garang bebenau tu tidaklah juga, nak kata lembut lembah gemalai sangat tu tidaklah juga...Bagi Farah, Farah ni tengah-tengah jer... Tidaklah terlalu garang dan tidaklah terlalu memanjakan Firash. 

Lembut, lemah gemalai, belai-belai sangat pun tak boleh juga. Garang sangat, hampir saban hari memekik-mekik suara bagai halilintar sampai bertukar jadi raksasa gorgon atau memetir jer sampai keluar rotan pun tak boleh juga. Kalau dah itu makanannya, lali budak jadinya. Lama-lama, ko buat jerlah apa pun, takkan beri kesan atau impak apa pun pada anak-anak. Buat letih jerrr... Pendapat peribadi Farah, biarlah kita ni sebagai ibu bapa berada di tengah-tengah...Antara garang dan lembut, antara lembut dan garang... Yang boleh kita klasifikasikan secara terperinci tegas tetapi penyayang... Gittewww... Itu pendapat peribadi Farah lah...Orang lain mungkin berbeza caranya yer tak? 

Kata artikel di SINI lah kannn... Lumrah semulajadi karakter ibu adalah seorang yang suka membebelkan anak-anak. Garang, tegas, kuat berleter antara karakter sinonim dengan ibu. Bagaimanapun kebanyakan anak-anak memang rapat dengan ibu. Kan? Kan? Kan? Biarpun ibu suka membebel dan marah-marah tetapi anak tetap hendak dengan ibu. Tetapi itu mungkin gambaran karakter ibu zaman dulu-dulu termasuklah ibu-ibu kita. He he he...

Di zaman serba berteknologi ini masih adakah ibu yang garang dengan anak-anak? Adaaaa... Farah pernah lihat. Pendedahan kepada ilmu keibubapaan era kini yang lebih mengutamakan pendekatan psikologi membuatkan ramai anak-anak semakin kurang takut dengan ibu atau dengan kata lain selamba sahaja melawan cakap ibu. Cuba-cubalah Ash... Mommy titik mulut tu nanti... Ha ha ha... In Shaa Allah, kita doa yang baik-baik semoga anak-anak kita tidak suka melawan cakap kita semua. Jika anak dulu, sekali ibu jegilkan mata sebagai isyarat "jangan lakukan perkara tersebut" sudah cukup buat anak diam menikus. Memang yer punnnn! Tetapi anak sekarang, boleh pula ditanya kenapa ibu besarkan mata?

Sebagai antara orang yang paling rapat dengan anak, ibu perlu menjadi tegas dan garang tetapi dalam masa yang sama penyayang terhadap anak-anak. Pengaruh ibu sangat kuat dalam mendidik anak-anak generasi sekarang lebih berdisiplin, tahu menghormati orang yang lebih tua, bertanggungjawab dan patuh kepada perintah ibu bapa. Mungkin sudah tiba masanya ibu mempraktiskan cara-cara berikut dalam mendidik anak-anak era ledakan pengaruh media sosial. 

Jangan Turutkan Semua Kemahuan
Kebanyakan ibu mudah "cair" dengan permintaan anak. Ada kalanya disebabkan tidak mahu anak merengek dan mengganggu ibu untuk buat perkara lain, maka ibu turutkan semua permintaan anak. Tindakan ini sangat berbahaya! Tidak kira sama ada anak menangis berguling atau menjerit, ibu perlu tegas dengan pendirian dan tidak mengikut semua kemahuannya. 

Yup! Setuju beratus-ratus peratus... Tak boleh diturutkan sangat... Farah ni hatinya sampai tau untuk buat tak tahu dan buat pekak... Hua hua hua... Nampak jer macam ibu yang sangat lembut hati... Tapi, memang bila di dalam mendidik Iman Firash akan sampai hati supaya dia belajar dan tahu. Nak didik anak kan? Cumanya, jauh dalam sudut hati tu, memang sebenarnya tak menyampailah kan? Untuk kebaikan akan datang dia juga.

Usaha Sendiri
Kadang kala ibu perlu sesekali mengajar anak berusaha sendiri jika mahukan sesuatu. Bagaimanapun cara ini perlu dipraktikkan mengikut tahap usia anak. Contohnya jika anak yang sudah bersekolah tadika, meminta dibelikan barang yang mereka inginkan, ibu boleh menyuruh anak mengumpul duit yang diperoleh dari ibu bapa, demi untuk membeli barangan tersebut. Biarkan mereka belajar susah senang mengumpul duit untuk mendapatkan barang. Barulah mereka menghargai barangan tersebut. 

Farah mulakan dari Ash bayi lagi sebenarnya... Nampak macam kejam, tetapi berhasil. Iya itulah impaknya. Ash telah dilatih untuk belajar memegang botol susu sendiri sedari usia bayi ketika dia sudah mula boleh memegang atau menggengam barangan di tangan. Sampaikan Nek Ma dia berbunyi, alahaiii kesian dia, kena pegang botol susu sendiri... Mommy tak nak pegangkan yer? Nenek kan? Memang macam tulah kan? Sebab tu dia dah terbiasa pegang botol susu sendiri. Peringkat yang seterusnya, bila dia dah besar sikit, kalau nak menyusu, ambil sendiri botol susu dari atas "tv console" yang rendah tu, belajar buka penutup dan kemudian susulah... :-). 

Pssst... Tapi perhatikanlah sewaktu usia bayi tu, takut tersedak... Hu hu hu... Takkan nak biarkan ajer pulak kannn?

Patuh Dengan Peraturan
Jika sudah menetapkan peratuan di rumah maka ia wajib dipatuhi oleh si anak. Dalam masa yang sama, ibu perlu tegas melaksanakan peraturan tersebut supaya jangan nanti anak memperlekehkan peraturan tersebut jika ibu tidak melaksanakannya.

Disiplinkan Anak Hormat Ibu
Didik anak dari kecil supaya menghormati ibu. Ajar anak supaya segera menjawab panggilan ibu dengan sopan iaitu "Ya Mommy" dan segera tinggalkan apa yang sedang dilakukan ketika itu. Jika anak sudah terbiasa dengan disiplin tersebut, maka sampai dewasa dia akan segera utamakan panggilan dari ibu. Jangan biarkan anak sibuk menonton TV dan enggan mengendahkan panggilan ibu ketika dipanggil. Alasannya konon anak masih kecil. Bukankah melentur buluh itu biar dari rebungnya???

Sentiasa Jadi Ibu Yang "Penyibuk"
Oleh kerana kebanyakkan anak lebih rapat dengan ibu maka ambil peluang ini untuk menjadi "penyibuk". Ia penting untuk kita memantau pergerakan dan perbuatan anak apatah lagi di era semua perkara boleh dilihat menerusi teknologi Internet tanpa mengira batas usia si anak.

Ramai yang tersilap sangka dan tersilap di dalam membuat andaian bahawasanya, Ash tu sorang, dah tentu-tentu Mommy dia banyak mengalah dan banyak memanjakan serta menurutkan kehendak dia. Tidak juga, manja memang manja itu diakui. Tetapi di sebalik tabir, Ash mempunyai seorang Mommy yang tegas. :-). Selalu Mommy pandang dan tenung pun, selalu dia faham yang Mommy marah dia pun, tetap sikit-sikit... "Mommy... Amiii..."... Mommy juga yang dia cari kannn??? 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hamsen dah dia, lama aubty tak nampak. Mama nampak pun tegas :)

    ReplyDelete
  2. walau tegas macam mana ibu tu,anak mesti dok nak melekat dengan kita kan.. :-)

    ReplyDelete
  3. anak saya yang sulung sampai samakan saya dengan Kak Ros, papa dia Upin dan dia pulak Ipin...alahai, anak...anak...hihi

    ReplyDelete
  4. Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, suka tgk both comey sgt he3

    ReplyDelete
  5. assalam..
    alahai dah besar dah dia..comelnya..tu yg bgs sbnrnya..tegas tp dlm masa yg sama tetap penyayang

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !