
Tak pasti dengan ibu bapa lain, tetapi rasanyalah kan? Lebih mudah nak buang kuku atau ketip kuku dia sewaktu dia masih bayi dan berusia di bawah setahun dulu. Bila dah dapat kaki, bila dah tak mau duduk berdiam, seakan terasa payah pula rutin mingguan Farah yang satu ni. Memang mencabar betul! Berbeza sewaktu dulu... Memanglah kan? Anak dah besar dan semakin banyak akal.
Kalau nak kata umpan tu, dah macam-macam umpan jugalah... Phewww... Tak adalah bergelut mana sangat pun cuma jari jemari dan tangan tu tak nak duduk berdiam. Ha ha ha... Ada jer gerakan yang dia nak buat... Tak boleh duduk statik satu tempat walaupun dia tahu itu adalah sesi memotong kuku mingguan. Anak oh anak. Kadang-kadang tu sampai perlu beri dia pandangan tegas tanpa berkata apa-apa yang biasa dilakukan tu. Itu pun nak juga bergerak.
Habis tu? Macam mana nak selesaikan? Selesaikan juga... Grooming tetap grooming yer tak? Mana boleh dibiarkan kuku anak tu panjang. Kena latih kebersihan dan juga penjagaan diri sejak kecil. Supaya bila dia dah biasa, bila dia dah jadi rutin... Dia akan tahu waktu atau masa kuku tu perlu dipotong. Seminggu sekali sekurang-kurangnya? Yerlah kuku dalam tempoh waktu seminggu jer dah panjang yer tak? Melainkan memang nak suruh anak bela kuku panjang lepas tu hantar dia pergi buat manicure dan pedicure. :-P. Taklah gurau-gurau jer... #ehhh tapi memang adalah orang yang hantar anak pergi manicure dan pedicure, kawan Farah dulu ada seorang yang hantar anak dia pergi manicure dan pedicure.
Mencabar pun mencabarlah... Janji kuku berpotong... Memang ambil masa sedikit pada peringkat "toddler" ni... In Shaa Allah, bila masuk peringkat "preschooler" mungkin akan lebih mudah iaitu di usia 3 tahun? ;-).
Sepanjang pengalaman menguruskan hal-hal berkaitan kuku ni lah kan? Macam-macam akal Farah terpaksa fikirkan. Antaranya:
Pasang Kartun Kegemaran Dia Di Televisyen
Dengan harapan nak beri dia leka sambil bercakap-cakap dengan dia mengenai kartun yang sedang ditonton tu. Nak kata efektif sangat tu, taklah berapa efektif sangat... Tapiii... Bolehlahhh... Ha ha ha... Lepas jugalah sebelah tangan atau empat lima jari untuk dipotong kukunya.
Berikan Tablet Kepada Dia
Umpan tablet, supaya dia leka dengan tablet. Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tu agak ke laut juga sebab bila nak lakukan sesuatu kadang-kadang dia boleh tarik tangan dia sesuka hati jer. Bha ha ha... Tergendala sekejap kerja.
Berikan Makanan, Pegang Sebelah Tangan
"Any finger foods" untuk dia fokus makan. Ok juga cara ni! :-)... Kurang-kurang diam juga sedikit.
Beri Botol Susu Dan Biarkan Dia Menghisap Susu Ataupun Air Suam
Cara ni agak efektif tetapi disulami dengan kartun kegemaran di kaca televisyen. :-). Kuku dipotong dalam posisi dia berbaring.
Walaupun mengambil masa, Alhamdulillah dapat diselesaikan juga. Waktu kecil, kita takut terketip daging sebab jari jemari yang halus, tetapi mudah berbanding sekarang sebab dia lebih senyap pada ketika dan waktu itu. Bila dah besar, rupanya jadi lebih kompleks sebab tak mau duduk diam setempat dan dalam masa yang sama kita risau terketip daging sebab jari jemari masih halus. Kenapa tak ketip kuku sewaktu dia tidur? Senang jer jawapannya... Telinga lintah ni oiii... Dengar tik jer boleh terjaga... Ha ha ha... Macam mana kalau macam tu?
Amboi Ash..bukan main lagi eh..beza ngan anak dara akak masa kecik..dia bantai buang sendiri dengan gigit kuku...adeh..sampai dah besar ni pun sama je tebiat nya
ReplyDeletelain pulak dengan anak2 saya..part potong kuku paling diaorang suka..itu lah masa yang diaorang akan duduk diam..dah habis 20 jari pun suruh potong lagi..kena la buat aksi acah2 potong kuku sampai sejam..hehehe
ReplyDeleteyang bf...sambil nyusukan..boleh ketip...huhuhu
ReplyDeletehehehehehe..mencabar mommy nak ketip kuku Firash ya...berpeluh dahi mommy tu...
ReplyDeletebtl tu...dlu masa anak sy kcik2 cm ank sis ni mmg agk susah gak..tp skrg bila dh masuk 3thun ni kan, dia dh dgr kata da..mudah da nk potong kuku hehe
ReplyDelete