Bagaimana Elak Stres Urus Anak Di Pagi Hari???

Farah Waheda Wahid
2

Bagi Farah, mungkin sekarang tidak terasa sangat kot? Tapi tak taulah kalau bila Firash dah mula bersekolah akan datang akan mengalami perkara yang sama kan? Cuma mungkin berbeza sedikit dengan mereka yang mempunyai lebih dari seorang anak. Hakikatnya mungkin hampir serupa cuma bilangan dan keadaannya berbeza. Yang anak sorang mungkin terpaksa melayan kerenah si anak nak itu nak ini sambil sibuk nak kejar masa. Lagi-lagi kalau semua benda buat sendiri kan? Kalau berdua tu mungkin boleh minta tolong yer tak? Ada jugaaa yang nak bantu kan? Kalau lebih dari seorang boleh bikin ribut juga ek? Yang ini pe-elnya begini, yang itu nak begitu... Yang "moody" pun satu hal... Ok pening-pening... Boleh bayangkan. Dahlah nak kejar masa yer tak? Prestasi kerja pun nak kena jaga... Kalaupun ada majikan yang tak kisah sangat serta boleh tolak ansur, sebenarnya dalam diam mereka kisah juga sebenarnya... 

Ini adalah perkongsian seorang ibu yang mempunyai anak yang ramai melalui artikel di SINI .. Mungkin ada yang bermanfaat buat anda di luar sana kan? 

Bagi wanita bekerjaya yang mempunyai anak ramai, memang mencabar. Pagi adalah waktu yang paling sibuk buat kaum ibu. Apabila bilangan anak semakin bertambah, tak terkejar nak uruskan mereka. Kena pastikan semua pakaian anak-anak dan jadual buku sekolah dibereskan pada malam hari. Kata ibu ini, walaupun semuanya dibuat pada malam hari tetapi dia masih tercungap-cungap di pagi hari. Mana nak sediakan sarapan, uruskan anak-anak mandi dan sebagainya. 

Sampaikan dia terfikir, sampai bila dia nak hidup macam tu. Terkejar-kejar setiap pagi. Akhirnya dia dapat formula baru nak jimatkan masa. Selepas setahun mempraktikkan cara tu, dia tidak kelam kabut lagi, anak-anak lebih selesa dan belajar berdikari. Antara tips yang dikongsikan: 

1. Sediakan bijiran kegemaran anak-anak seperti emping jagung atau Coco Crunch di dalam bekas kedap udara. Letakkan bijiran di atas meja. 

2. Sediakan juga mangkuk dan sudu di tempat yang mudah dicapai oleh anak-anak. 

3. Pastikan susu segar sentiasa ada di dalam peti ais. 

4. Ajar anak berdikari, biar mereka ambil sendiri bekas atau mangkuk bersama sudu. Beri peluang untuk mereka memilih menu sarapan yang digemari. 

5. Jika anak-anak suka makan roti, sediakan roti, jem, coklat atau kaya di atas meja. Biar mereka menikmati makanan dengan selesa dan cara tersendiri. Jika anak-anak sudah besar dan boleh diharap, anda boleh sediakan pembakar roti di atas meja. Biar si kakak atau si abang yang membuat roti bakar istimewa untuk adik-adiknya. 

6. Jadi sementara mereka menjamu selera, anda boleh bersiap. Tidak perlu lagi bergegas ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk anak-anak setiap hari. 

7. Dia juga mempraktikkan membeli air kotak perisa coklat dan susu. Boleh juga perisa lain, ikut selera anak-anak. Maka jimatlah masa untuk membancuh air. 

8. Untuk bekal ke sekolah, dia sediakan roti pelbagai perisa seperti coklat, kacang merah dan kaya. Roti pelbagai jenama ini boleh dibeli di pasar raya. Selang selikan dengan biskut seperti oatmeal dan pelbagai perisa lain agar anak tidak bosan. Beli biskut dalam bungkusan kecil supaya mudah anak membawa bekal ke sekolah. 

Katanya kaedah ini memang sangat-sangat berkesan, menjimatkan masa dan praktikal untuk ibu yang bekerjaya. Peringatan - JANGAN BEKALKAN ANAK DENGAN JAJAN YANG TIDAK BERKHASIAT! 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hyeee..salam jumaat :D akhirnya dapat juga Syira Lokman blogwalking sekejappp ! saja jenjalan tengok entry baru tuan blog and nak doakan supaya berjaya dunia akhirat ye :) tulis yg baik2 oke ^_^

    ReplyDelete
  2. Hehe walaupun saya tak kahwin lagi tapi suka baca posts pasal budak budak. Macam macam kerenah kan

    Kalau rajin, singgah lah baca blog :) http://husnawho.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !