Semakin Hari Semakin Manja


Topik tentang Iman Firash hari ini, Semakin Hari Semakin Manja. Iya, terlebih-lebih manja dah nih! Tapi tak adalah sampai peringkat tidak boleh dilarang atau tidak boleh ditegur langsung. Masih “manageable”. Manja itu kan tidak salah? Asalkan manja itu adalah bertempat yer tak? Kalau manja tidak bertempat itu, itu bermakna adalah anda sedang merosakkan anak anda dan anda sedang menempah perkara-perkara yang boleh buatkan anda susah hati dan tidak tidur malam di masa akan datang. Manja memang perlu ada hadnya. Manja memang perlu ada batasnya. Walaubagaimanapun, untuk Iman Firash, manja tetap manja, tetapi didik tetap didik. Sama seperti ibu bapa lain di luar sana yang suka memanjakan anak-anak masing-masing. :-). Yang tak suka nak manja-manjakan tu, mungkin itu adalah cara anda mendidik. Iyalah, cara dan corak didikan ibu bapa ni berbeza-beza, tidak sama, tidak serupa.

Apa yang manja sangat ni Ash? Ermmm… Inilah ni, dah beberapa malam kalau dia nak tidur, dia akan merengek-rengek manja tak bagi Mommy dia baring! Habis tu dia nak apa? Dia nak Mommy dia duduk, pandang dia, usap-usap dahi dan rambut dia, tepuk dia sampailah dia tidur. Ha kooo… Adoilahhh anak…”Not a chance ok?” untuk Mommy luruskan pinggang atau terlelap. Memang kena betul-betul tunggu dia lena baru boleh luruskan pinggang dan melelapkan mata. Dush dush dush…

Lagi satu insiden, asal nampak muka Mommy jer, tak boleh berenggang… Sama ada duduk di antara peha dan melembik-lembikkan badan (nak suruh Mommy pegang badan dia yang dilembik-lembikkan tu) sambil memanggil… “Mommy…Mommy…” atau dengan singkatan “Mee…Mee…”…. Mommy nak naik mandi, solat segala bagai, menangis… Kena tunggu dia leka bermain, perlahan-lahan Mommy dia ni terjengket-jengket naik ke atas dengan harapan dia tak sedar. Kalau dia sedar? Habislahhh…Kena turun anak tangga balik… Kena buat cubaan yang seterusnya…

“Out of sudden, out of nowhere”… “Mommy, ukungg…” ~ Mommy dukung??? Ha ha ha, tiada alasan atau surat menyurat rayuan yang boleh diterimapakai oleh Ash. “When he says… ukunggg”…Bermakna harus dukung “no matter what”. Salahkah ibu bapa terlalu manjakan anak? Tidak salah memanjakan anak. Sebanyak mana pun nak manjakan anak, manjakanlah… Cumanya jika kita terlalu memanjakan ianya kelak akan memakan diri sendiri. Itu jer perkara yang harus diingat.

Menurut satu artikel yang menarik perhatian Farah di SINI. Sifat manja adalah sifat semulajadi dalam berkasih sayang. Ibu dan bapa secara nalurinya akan memanjakan anak-anak dengan cara menimang-nimang, bergurau senda, bermain-main, berkejar-kejaran dan sebagainya. Si anak-anak pula sejak bayi lagi pandai merengek manja dan meminta dibelai. Apabila besar sedikit, disondol-sondol pula ibu atau bapa dengan penuh manja. Ha ha ha…:-). Sangatttt… Apabila semakin besar, si anak comel itu makin pandai memanggil ibu dan bapa dengan sungguh mesra dan menggoda. 

Maka panggilan itu disahut pula dengan panggilan yang penuh manja. Macam dalam kes Ash dan Farah… Ha ha ha… “Ya sayanggg…”… Gittew. Bahkan anak-anak ini kadang-kadang menangis manja minta disantuni dan diberikan perhatian. “Attention seeker” diaorang ni…Ha ha ha… Maka datanglah ibunya mendakap manja bagi memujuk anak yang syahdu itu. Demikianlah sifat kemanjaan dalam cinta keluarga.

Sifat Manja Adalah Sifat Manusiawi
Jika tiada, maka gersanglah tabiat kemanusiaan. Ia perlu dipupuk dan digunakan untuk membajai kasih dan merapatkan cinta dalam keluarga. Namun, manja memang indah tetapi dalam indah ada pahitnya. Kemanjaan akan membawa punah jika ia keterlaluan. Tanpa disedari ibu dan bapa mungkin akan merosakkan anaknya jika mereka terlalu memanjakan anak.

TERLALU MEMANJAKAN ANAK DENGAN KEMEWAHAN MELAMPAU
Memberikan apa sahaja yang diingini oleh anak-anak tanpa batas. Kesannya anak-anak akan merasakan bahawa hidup ini terlalu mudah. Mereka tidak akan memahami keperluan untuk berusaha gigih bagi mencapai sesuatu impian. ~ Ini memang taklah. Bak pesan Nek Ma Ash…Jangan biasakan!

TERLALU MEMANJAKAN ANAK DENGAN TIADA DISIPLIN
Kasih sayang sepatutnya tidak menjadikan ibu bapa alpa untuk mendisiplinkan anak-anak. Apabila menyentuh soal disiplin, ibu bapa perlu bertegas dan tidak memanjakan anak dengan menggadai prinsip. Bertegas tidak bermakna menggunakan cara keras tetapi berprinsip dan jelas.

TERLALU MEMANJAKAN ANAK DENGAN TIDAK MEMBERIKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang terlalu kasihankan anak-anak sehingga enggan memberikan tugas dan tanggungjawab kepada anak-anak. In Shaa Allah, tak…Ash akan ada tugas dan tanggungjawab dia yang tersendiri nanti. Hik hik hik. Hatta, tugas-tugas mudah seperti mengemas bilik, menyapu sampah dan membasuh pinggan tidak disuruh anak-anak melakukannya. Padahal tugas sebegini penting kepada mereka untuk berdikari. “It’s what you called as the life skills”.

Anak-anak yang menginap di asrama sekolah biasanya akan terlatih dengan tugas dan tanggungjawab seharian. Walaupun setiap ibu bapa terasa berat untuk melepaskan anak daripada menghuni rumah sendiri, namun demi kebaikan anak-anak, perasaan gusar itu perlu disingkirkan. Biar anak merasai sendiri, pengalaman mengemas bilik, membasuh, melipat dan menyusun pakaian, menyusun meja belajar dan menguruskan masa dengan berhemah.

TERLALU BERGANTUNG DAN TIDAK MAMPU BERDIKARI
Semakin anak membesar, semakin banyak yang perlu anak-anak berdikari, sama ada dalam soal pendidikan, hubungan sosial, kewangan dan pengurusan diri. Kasih dan sayang ibu bapa tidak seharusnya menyebabkan latihan berdikari ini diabaikan. Anak-anak perlu didedahkan dengan reality sebenar kehidupan kerana cabaran dan persaingan hidup masa depan tentu lebih hebat dan mencabar.

TIADA KETAHANAN JIWA
Anak-anak perlukan ketabahan, keteguhan perasaan dan ketahanan jiwa. Jiwa kena kental tau Ash! Sekali-sekala mereka perlu rasa kesusahan dan kesulitan yang biasa dihadapi dalam hidup manusia. Sekali-sekala biarlah anak-anak merasai kesusahan yang biasa dialami oleh orang lain. Galakkan anak-anak mengikuti program-program seperti kem, tamrin atau kursus kepimpinan supaya keteguhan jiwa anak semakin kuat.

Dan sebenarnya, latihan ibadah dalam Islam juga mempunyai ciri-ciri yang dapat membina kekuatan jiwa, agar anak-anak tidak terlalu lemah dan manja. Contohnya ibadah berpuasa satu latihan hebat yang menjadikan anak-anak teguh semangat, punya keyakinan diri, membara keazaman dan sanggup menggendong amanah. Keazaman anak-anak untuk menahan diri daripada makan dan minum serta kesanggupan mereka untuk menanggung keletihan secara sukarela merupakan satu latihan yang efektif.

Tidak terlalu memanjakan pula bukan bermakna anda boleh mengabaikan kebajikan anak-anak. Tidak juga bermakna mereka perlu dimarahi dan diabaikan. Hakikatnya, mereka amat perlukan belaian dan kasih manja. Cuma kasih manja itu biarlah sesuai dan tidak melampau-lampau. Bahkan sebaliknya sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu keras, tegas tidak bertempat dan tidak mempamerkan kasih sayang juga boleh menyebabkan anak-anak hilang keyakinan diri. Hal ini berlaku kerana mereka berasa tidak selamat dan hilang tempat untuk bergantung harap.

Binalah kekuatan jiwa anak-anak dengan menguatkan jiwanya dengan disiplin, tanggungjawab dan kemampuan berdikari dan usah terlalu memanjakan mereka, kerana kemanjaan yang melampau akan merosakkan masa depannya.

*Memang Ash seorang sahaja, memang Ash tunggal, tetapi itu bukan bermakna Ash dimanjakan dari segala segenap segi sampaikan tidak boleh ditegur atau diperbetulkan. J. In Shaa Allah, kasih, sayang dan manja itu memang akan Ash dapat sentiasa dari Mommy tetapi??? Tetapi ada batasnya yang Mommy sendiri tetapkan… Semakin Hari Semakin Manja, Semakin Hari Semakin Mommy Sayang… Gittew… Anak kan? Siapa yang tak sayang anak yer tak? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Semakin Hari Semakin Manja, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 16, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY