Brek Angin???
Biasa
nampak papan tanda AWAS BREK ANGIN ketika anda sedang memandu di atas jalan
raya? Pasti pernah terjumpa kan? Semalamlah punya cerita ni… Sewaktu dalam
perjalanan pulang ke rumah dan tersekat di kesesakkan lalu lintas. Lepas tu
lori ni berhenti di hadapan kereta Farah… Boleh? Tiba-tiba terfikir nak jadikan
brek angin sebagai topik entri hari ini? Chia chia chia… Apa pun boleh… Sebat
jer… Ngee…Asalkan ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi dan juga ilmu
kepada diri sendiri dan juga kepada pembaca Bubblynotes.Com walaupun
sememangnya memang ada yang dah tahu kan? J.
Ini
tandanya, selama ini, Farah tidak pernah mengambil pusing atau mengambil tahu.
Ha ha ha… Semalam jer baru terfikir tentang perkara ini secara tiba-tiba. Lepas
tu sebabkan perasaan ingin tahu tu tiba-tiba jadi menebal, cepat-cepat pergi
cari maklumat sana sini. Bha ha ha… Dan hasil dari pencarian? Meh sini nak
kongsi jika anda berminat nak tau lahhh… Kalau tak nak tak apa, boleh jer tekan
butang pangkah di hujung sebelah kanan “browser” anda…Tiada paksaan… J.
Sumber
pertama dari SINI
Sistem brek angin, semasa “idle”
(kaki tidak menekan brek dan sistem brek angin dicajkan oleh kompressor), tekanan
udara mengatasi diafragma atau s-cam dalam kedudukan tertutup sehingga sistem
brek dilepaskan. Apabila pedal brek dilepaskan, tekanan udara akan menurun,
s-cam tidak berfungsi dengan maksima dan “brake shoe” tidak mencengkam
permukaan brek drum. Kemudian, kompressor bekerja semula mengepam udara untuk
mengisi tangki “reservoir” dan tekanan udara meningkat kembali ke keadaan
semula.
Alamak!!!
Macam saintifik sangat penjelasan…Ha ha ha…Sah tak berapa nak hadam dan faham…
Sumber
kedua dari SINI
Bila enjin bergerak, tekanan angin
“maintain”. Jika enjin berhenti, tekanan angin akan berkurangan, jadi kena
tunggu tekanan naik baru boleh jalan (kena tunggu ½ jam) baru ok. Kalau tak berbahaya
sebab tak ada brek.
Haaaa,
tu jerlah sebabnya kot… Lepas tu “signage” tu nak beritahu kita sebagai pemandu
kita kena “alert” yang lori kat depan kita tu guna brek angin. Supaya kita
berhati-hatilah…Nak kata faham sangat, tak lah faham sangat, tapi boleh
dikatakan faham jugalah…Ha ha ha… J … Cumanya pesanan khidmat masyarakat, kalau dah suruh hati-hati
tu, kita hati-hati jer lah…Mungkin ada yang lebih arif dan faham boleh tolong
terangkan supaya faham betul-betul? Uhuksss…Taklah benak, tapi kurang kefahaman
jer…
Dibuatnya pemandu lori tu nak cepat dan tak tunggu tekanan angin naik tu yang jadi macam-macam cerita kat atas jalan raya tu... Hu hu hu....
Terimakasih telah membaca artikel Brek Angin???. Jangan lupa share ya
Share
1 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
sama la sebelum ni tak pernah ambil tau pun :-d
ReplyDelete