Sumber diubahsuai dari Google |
Semakin
hari, anak-anak kecil kita akan semakin meningkat usia. Suka ke? Tak suka ke?
Masa tetap akan berlalu, anak-anak tetap akan membesar. Waktu tu, mulalah kita
yang jadi ibu-ibu ni akan terindu-rindukan waktu-waktu semasa mereka masih
kecil dan bagaimana kita lalui detik dan waktu itu. Sobsss… #ehhh kenapa tetiba
syahdu ni? Firash kan masih kecil lagi??? Ha ha ha… “Over” Mommy ni kannn???
Itulah dah panjang dan jauh sangat imaginasi tu, sebab tu kadang-kadang boleh
jadi sedih tanpa sebab…Wakakakaka… Biasalah…Mak-mak sentiasa akan berfikir ke
depan dan sentiasa akan berfikir tentang bagaimana masa akan datang…
Sebab
dah lalui kan? Sewaktu kecil dok berkepit jer dengan Atuk dan Nek Ma Ash.
Semakin hari, apabila semakin meningkat usia, dah mula dah, konon-konon nak
bawa haluan sendiri. Hu hu hu…Bila Atuk dengan Nek Ma Ash nak pergi ke
mana-mana, berjalan ke? Atau ke rumah saudara-mara ke? Masa tu dah mula
letakkan pilihan kepada diri sendiri sama ada nak ikut atau tidak. Jadi,
pesanan kepada diri sendiri, jangan terkejutlah sewaktu zaman remaja nanti jika
nak ke mana-mana Firash tak nak ikut dan memilih untuk tinggal di rumah kan?
Alaaa… Janganlah biar Mommy jalan sorang-sorang Ash…Ha ha ha…Ash kan “bodyguard”
Mommy??? Gittewww…
Usia
remaja adalah usia yang mencabar di dalam mendidik anak. Macam-macam perkara
yang akan datang dan macam-macam perkara yang akan timbul. Orang kata bukan
mudah nak mendidik anak remaja. Kadang-kadang tu ada ibu bapa sampai pening
kepala dan buntu memikirkan bagaimanakah caranya lagi hendak mendidik atau
mengawal anak-anak di usia remaja. Walaupun jauh lagi perjalanan itu, tetapi
otak ni asyik dok terbayang ini terbayang itu. Memanglah, kita doakan yang baik-baik
dan doakan supaya anak kita menjadi anak yang baik. Akan tetapi kena tahu cara
juga yer tak? Sekurang-kurangnya, kita mempersiapkan diri kita untuk sebarang
kemungkinan di masa akan datang.
Bagi
sesetengah ibubapa, mendidik anak remaja merupakan satu fasa yang paling sukar.
Semakin meningkat usia remaja ini, mereka seakan lebih cenderung untuk berubah
sikap dalam satu misi yang mereka katakan mencari jati didi yang sebenar. Masa
tulah kita kena memainkan peranan!
Tips
selok-belok mendidik anak remaja dari artikel di SINI,
mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita sebagai ibu bapa di dalam
menghadapi fasa atau peringkat ini di dalam kehidupan.
PERANAN YANG BETUL
Kebanyakan
ibu bapa gemar menunjukkan kuasa terhadap anak-anak dengan peranan yang salah.
Sebagai ibu bapa yang berdepan dengan anak remaja berusia belasan dan awal
20an, anda harus menangani situasi dan peranan anda dalam mendidik anak remaja.
Berbanding ketika mereka masih kecil, mereka boleh mendengar kata kerana belum
pandai bertindak mahupun membuat keputusan.
JADI TEMAN BAIK
Sebagai
contoh, apabila mereka sedang mengalami masalah, anda tidak sepatutnya
bertanyakan banyak soalan dan memaksanya menceritakan keadaan sebenar dengan
terburu-buru. Hal ini akan menimbulkan kemarahannya dan kurang yakin untuk
berkongsi masalah dengan anda. Tempatkan diri anda sebagai teman yang boleh
mendengar luahan tanpa banyak soal dan memarahi secara terburu-buru.
DIDIKAN AGAMA
Berikan
pendidikan agama yang kuat sejak mereka lahir supaya mereka tahu membezakan
yang mana betul dan salah. Didikan agama membantu mereka supaya tidak mudah
terjerumus dengan perkara-perkara negatif seperti yang kerap berlaku terhadap
remaja masa kini.
KEBEBASAN BERSYARAT
Tidak
salah mengongkong tetapi biar kena pada situasinya. Sekiranya anda terlalu
mengawal mereka, justeru mereka akan semakin cuba mahu lari dan memberontak
dari anda. Sebaiknya, guna kaedah “tarik tali” agar mereka faham apa yang cuba
mereka dan anda lakukan. Berikan mereka kebebasan tetapi beri syarat apa yang
boleh dilakukan dan sebaliknya. Kesilapan berlaku apabila anda terlalu mengawal
tanpa mengambil tahu kemahuan mereka dan terlalu memberi kebebasan tanpa
mengenakan syarat batasan yang perlu mereka lalui.
ELAK BAHASA KASAR
Sikap
anak-anak biasanya terhasil dari sikap anda sendiri. Oleh itu, elak menggunakan
kata makian saat menegur atau memarahi mereka. Apabila anda menggunakan
kata-kata yang kasar, kata-kata ini akan sentiasa berlegar di fikiran mereka
sehingga membuatkan mereka memusuhi anda. Malah, kata cacian boleh melukakan
hati mereka yang sememangnya sedang berjiwa sensitive pada usia ini. Jangan
pula anda menggunakan kekerasan seperti mengurung, memukul atau memalukan
mereka di depan orang ramai kerana tindakan ini akan merenggangkan hubungan
anak-beranak.
Bukan
mudah untuk mendidik anak-anak yang menginjak remaja. Namun, kita sendiri
pernah melalui zaman remaja. Kaji semula apa yang anda mahu dari ibu bapa anda
masa dulu. Apa yang penting, didikan agama dari kecil adalah yang paling utama
kerana didikan agama ternyata mampu membentuk jati diri anak-anak yang
membanggakan! In Shaa Allah…Amin…
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.