Bermacam
cerita hari demi hari, bermacam perkembangan hari demi hari. 2 tahun 3 bulan,
kini sudah mula pandai mengekspresi rasa diri kepada mereka yang berada di
sekelilingnya.
SAKIT
“Akit…Akit”…yang
bermaksud sakit sambil menunjuk-nunjuk sama ada tangan yang sakit atau kaki
yang sakit atau mana-manalah yang sakit. Sudah pandai mengekspresi rasa sakit
dan sebenarnya ada kelegaan di situ. Bila anak sudah pandai mengekspresi rasa
sakit itu, sekurang-kurangnya jika mereka berada di dalam kesakitan, kita akan tahu
di mana sakitnya. Sedikit sebanyak membantu ibu bapa untuk tahu punca jika
anak-anak berada di dalam kesakitan.
Perkataan
sakit ni pun jadi modal Iman Firash untuk meraih perhatian juga ni.J. Ha ha ha… Selepas mandi dan bermain air,
tangan sedikit kecut. Dia akan menunjukkan jari jemari dia kepada Farah
kemudiannya mengatakan sakit. Sebenarnya tangan tu main air sampai kecut jer….
Apa yang sering Farah lakukan adalah meniup-niup dan mengelap lembut tangannya.
Lepas tu ok dah! Ha ha ha…Pandai tarik simpati dan perhatian sekarang nih!
UUUUU DAN YEKKK
“Uuuu…”…
Sebenarnya kalau difahami perkataan yang sebenarnya adalah “Uuuu… Sedapnya”…Seperti
gambar yang anda lihat di permulaan entri ini. J. Sudah mula pandai jadi hakim sama ada makanan itu kena dengan
tekak dia ataupun tidak. Jika sedap begitulah ekspresi dia. Jika tidak dia akan
keluarkan sambil mengatakan… “yekkk” sambil mengeluarkan semula makanan yang
telah dimasukkan ke mulut… Phewww… “Demand” ni tentang makan ni…Nak yang
sedap-sedap ajer…
FUHHHH… FUHHHHH (HEMBUS
MAKANAN)
Jika
makanan baru di masak dia akan meniup-niup dengan lagak gaya untuk menyejukkan
makanan yang baru sahaja dimasak dan sememangnya panas. Dia tahu makanan itu
panas dan jika dimasukkan juga ke dalam mulut itu akan menyakitkan mulut dan
lidah. J.
Ekspresi
diri adalah aspek perkembangan kanak-kanak yang sangat penting. Penting untuk
anak-anak sepatutnya boleh meluahkan perasaan, emosi, fikiran dan kreativitinya
dengan bebas dan selamat. Menyediakan persekitran yang dipenuhi rasa hormat,
kasih sayang dan belas kasihan merupakan cara terbaik untuk membantu anak-anak
mengekspresikan dirinya, kerana tanpa ini adalah amat sukar untuk anak-anak
meluahkan perasaannya.
Sedari
kecil, memang Farah ajar Ash untuk belajar ekspresi diri supaya dia tidak
menjadi seseorang yang “always holding something back” dan tidak bersikap
keterbukaan dengan Farah di dalam sebarang masalah dia. Didikan hari ini, untuk
akan datang. Macam tulah… Sebab? Sebab Mommy nak apa jua yang Ash hadapi, apa
jua masalah Ash, Ash jadikan Mommy sahabat baik dan kongsi dengan Mommy “instead
of” berkongsi dengan orang lain. Ihiksss… Sebab, Mommy bertanggungjawab ke atas
Ash! Sebab? Sebab Mommy kan Mommy Ash? Jadilah Mommy-lah orang yang sepatutnya
tahu sakit pening, susah senang, gembira duka Ash…
hahaha.. swweet je bahasa budak2 kan..
ReplyDeleteSeronok melayan anak2 yg baru belajar bercakap nih..Silap2 kite pun join dieorg punya language..huhu
ReplyDeleteBudak kecik yang baru belajar bercakap, ohhh geramnyaaaa... Lagi2 yang petah bercakap.. Nak peluk kuat2 je rasa
ReplyDeletebahasa basic dieorg
ReplyDelete