 |
Sumber diubahsuai dari Google |
Hujung
minggu, waktu berkemas, dan kali ini kita masuk ke stor pula dan tengok
kasut-kasut yang tersimpan di dalam kotak yang dah lama tak dijenguk dan tak
dipakai tuh. Konon-konon simpan sebab nak pakai pada waktu-waktu tertentu
sahaja dan sayang nak belasah kasut-kasut tu. Banyakkk…Koleksi dari zaman anak
dara sehingga zaman jadi mak dara. Cuma selepas melahirkan Ash, memang jarang
dah buat koleksi kasut untuk diri sendiri. Semuanya jenis beli satu jenis
kasut, pakai sampai lebam hancur lunyai selepas itu baru beli kasut yang lain.
Kasut murah-murah jer dah sekarang. Tak mampu nak beli kasut mahal-mahal macam
dulu lagi dah… J Ahaksss…
Bila
buka kotak-kotak kasut tu, alamakkk, macam sayangnya…Haaa…Tulah simpan punya
simpan punya pasal, konon-konon sayang dan nak jaga biar tahan lama. Kan ada
yang dah rosak disebabkan tak kena gaya penyimpanan dan penjagaan. Padan muka
diri sendirilah kan? Dah jadi macam ni, baru ada kesedaran dan terhegeh-hegeh
nak mencari informasi apa yang salah, apa yang kurang cara penjagaan kasut oleh
diri sendiri. Hu hu hu… Gali punya gali informasi terjumpalah sedikit maklumat
dari sumber di SINI yang
mungkin bermanfaat buat anda semua juga.
- Jika
kasut didapati basah atau sebagainya, biarkan
kasut kering di kawasan bersuhu bilik. Elak menggunakan tenaga haba yang kuat
atau alat pengering kerana ia menyebabkan kasut longgar, terkupas, pudar warna
dan mudah merekah.
- Kotak
kasut yang bersusun di pintu hadapan rumah mahupun di dalam bilik tidur mungkin
mencacatkan kekemasan di rumah. Oleh itu, dinasihatkan
untuk anda membeli “pokok kasut” yang dapat menggantung kesemua koleksi kasut
anda. Ini membolehkan kasut bernafas dengan lebih baik.
- Elak menjemur kasut di bawah
cahaya matahari yang terik dan membahang dalam kadar masa terlalu lama kerana
boleh menyebabkan kasut jadi reput.
- Anda
perlu tahu jenis kasut dan kesesuaiannya ke majlis yang anda tuju. Jangan pakai kasut kulit untuk perjalanan
lasak kerana memungkinkan kasut untuk cepat rosak, malah ia memberi
ketidakselesaan semasa memakainya.
- Jangan longgokan kasut di satu
tempat. Asingkan mengikut
jenis kasut, dikhuatiri kasut berlaga satu sama lain terutamanya bagi jenis
bertumit tinggi dan tajam.
- Jika
kasut terkena kotoran, bersihkannya
dengan segera. Membiarkan kotoran pada kasut akan menyebabkan kotoran kekal
dan meninggalkan warna kuning yang merosakkan kecantikan kasut.
- Melenturkan kaki ketika memakai
kasut adalah perkara yang tidak digalakkan. Ini akan menyebabkan kesan lipatan dan garisan pada bahagian
depan kasut.
- Sumbat bahagian depan kasut
dengan kertas serta penahan khas di dalam kasut agar bentuk kasut kekal dan
tidak membengkok mahupun terlipat.
- Jangan biarkan kasut yang
terkena lopak tanpa membasuhnya. Lumpur
yang terlekat menjadikan kasut mereput dengan pantas.
- Elak memakai stokin yang sama
setiap hari kerana ia memerangkap bau peluh kaki anda di dalam kasut.
- Letak pewangi di dalam rak
kasut bagi menghilangkan bau kaki yang
terperangkap sekaligus menjadikan kasut lebih segar.
- Kasut
berjenama dengan harga mahal selalunya adalah pilihan terbaik bagi mereka yang
inginkan kualiti dan tidak cepat rosak. Cuma apa yang perlu adalah tukar pelapik kasut bagi menjadikan kasut
yang terus-terusan memberi keselesaan kepada si pemakai.
- Ketika
mengilatkan kasut kulit, berus dalam
arah membulat dan kasar. Jangan terlalu berlembut bagi memberi kilatan yang
kemas dan cantik.
- Bagi
kasut kulit, sering kilatkan ia bagi
memberi perlindungan yang lebih baik. Ini dapat mengelakkkan kasut daripada
reput.
- Tidak digalakkan memakai kasut
yang sama setiap hari kerana ia mudah lusuh dan berbau juga tiada kelainan dalam penampilan anda
sehari-hari ke tempat kerja.
- Kasut
yang diperbuat daripada fabriK ataupun kanvas boleh dibasuh menggunakan mesin
basuh atau cucian tangan. Letak gumpalan
surat khabar lama di dalam kasut bagi mengekalkan bentuknya ketika kasut itu mengering.
- Kasut jenis baldu kalis air
tidak boleh dibersihkan dengan berus yang kasar. Guna berus lembut dan gosok perlahan-lahan.
Sifatnya yang sensitive amat
mudah terkoyak dan rosak.
Itu
menurut tips yang disenaraikan, lagi satu, kasut yang terlalu lama tidak
dipakai pun boleh jadi rosak. Dan nak-nak lagi kalau tersimpan lama. “Humidity”
boleh merosakkan struktur kasut juga. Macam yang terjadi pada kasut-kasut Farah…Hua
hua hua… Sedih oooo… Penat kumpul ok?
Wahh,, niceeee.. tq kak Farah..bleh praktikkan ni :D
ReplyDelete