Home » , , , , , , , » PraSekolah | Tips Membantu Anak Di Hari Pertama Persekolahan

PraSekolah | Tips Membantu Anak Di Hari Pertama Persekolahan

Sumber dari Google
Masa itu berlalu dengan pantas, ibarat semalam baru sahaja keluar dari bilik pembedahan bersalin dan hari ini secara sedar tidak sedar (sebenarnya sedar) anak yang dikandung selama 38 minggu di dalam perut kini perlahan-lahan akan mula memasuki fasa "preschooler" daripada "toddler". Bila usia anak sudah semakin meningkat, perlulah bergerak seiring dengan fasa perkembangan anak-anak yer tak? Makanya, tidak salah sekiranya mempersiapkan diri dengan apa sahaja perkara yang mungkin boleh membantu di masa akan datang. Nak capai usia 4 atau 5 tahun tu bukannya lama walaupun nampak lama.Tau-tau jer nanti, dah tiba masa nak menghantar dia ke tadika. 

Oleh yang demikian, marilah berfikir-fikir dan mengali-gali apa sahaja kemungkinan dan bagaimana untuk mengendalikan, menghadapi dan dalam masa yang sama membantu anak sendiri di dalam berhadapan serta melalui hari pertama persekolahannya nanti. Bila cerita bab masuk sekolah ni memang ada macam-macam cerita. Untuk yang sudah biasa dihantar ke taska mungkin itu bukanlah satu masalah yang besar pada mereka, untuk yang tidak pernah dihantar ke taska? Ianya mungkin satu perkara baru yang memberikan idea yang macam-macam di dalam kotak pemikiran mereka. Macam kitalah, bila contohnya katakan kita berpindah ke syarikat yang baru, pejabat yang baru...Ada orang ok jer, macam tak ada apa-apa berlaku tak fikirkan apa-apa... Akan tetapi jenis yang "complicated" sedikit, mereka akan memikirkan pelbagai perkara, contohnya, pejabat baru aku ni orang-orangnya macam mana? Adakah mereka kaki cucuk? Kaki tikam belakang? Kaki mengenakan orang? Adakah di pejabat baru ni politik pejabatnya sangat teruk? Haaa lebih kurang macam tulah... Lebih kurang... Diibaratkan...

Bagaimana sebenarnya kita sebagai ibu bapa dapat membantu anak-anak kita yang pertama kali memasuki alam persekolahan? Sebab apa yang ada di dalam jiwa, hati dan perasaan mereka, ada kalanya kita kata kita tahu, hakikatnya tidak semua perkara yang kita fikirkan adalah perkara yang mereka fikirkan. Mungkin kurang daripada itu, mungkin lebih daripada itu. 

Caranya untuk membantu anak menghadapi hari pertama persekolahan adalah mungkin:

Beli Barangan Kesukaan Mereka

Sumber dari Google
#Ehhh tiba-tiba macam comel pula beg sekolah Mickey Mouse ni...Ha ha ha...Ini maknya yang lebih teruja ke? Atau anak yang lebih teruja nanti nih? Wakakakaka...Ibarat melabur lah ni, bermain dengan psikologi anak serba sedikit. (Ash memang suka watak kartun Mickey Mouse punnn... Bila nampak jer... Mee Mau katanya ~ iklan sikit). Belikan anak-anak barangan perkakasan serta kelengkapan persekolahan mengikut watak kartun yang mereka sukai. Tak kiralah, botol air Frozen ke? Bekas makanan Winnie The Pooh ke? Jam Garfield ke? Beg sekolah Mickey Mouse macam gambar di atas ni ke? Logik di sebaliknya adalah untuk membantu anak-anak supaya berasa teruja untuk ke sekolah dan membawa barangan kegemaran mereka. Kalau nak pakai semua benda tu, kena pergi sekolah dulu, ha ha ha...baru boleh... 

Bersedia, Bersedia Dan Bersedia


Pendedahan kepada anak-anak itu penting. Memang penting! Macam Ash ni kan? Tidak didudukkan di taska, di sini adalah di mana "playgroup" sangat membantu di dalam mendedahkan serba sedikit tentang bagaimana suasana persekolahan itu yang sebenarnya. Dapat jumpa ramai kawan, dapat bermain dengan kawan-kawan, ada cikgu yang baik, bla, bla dan bla.... :-) ... Sebab tu, jika ada kesempatan atau ruang waktu yang terluang, Farah tidak pernah melepaskan peluang untuk menghantar dan turut sama serta bersama Ash di "playgroup" yang "available" untuk usia dia. Pernah Farah kongsikan di dalam entri:



Terima Dengan Hati Terbuka Ketakutan, Kerisauan Atau Kebimbangan Anak
Jangan marah, jangan pukul, jangan tinggikan suara dan jangan herdik, sebaliknya teruskan memberikan kata-kata semangan dan motivasi kepada anak-anak untuk membiasakan diri dan bagi mereka rasa selesa serta tidak merasa terancam. Sentiasalah ceritakan perkara yang baik-baik tentang sekolah seperti dapat bermain bersama kawan-kawan yang ramai dan ia menyeronokkan. Cikgu pun baik. Sekolah tu seronok, ada macam-macam perkara yang boleh dilakukan. Kiranya, pandai-pandai ko lah nak "influence" anak macam mana. Ha ha ha...Di sini bermula tugasnya ibu bapa sebagai "influencer". 

Bawa Satu Barang Yang Mereka Paling Gemar

Sumber dari Google
Sebenarnya, bab yang ini, kalau boleh tak perlulah nak bawa...Hu hu hu, tetapi kalau itu dah caranya untuk menenangkan, pastikan anda kena berbincang dulu dengan cikgu dan minta kebenaran dari cikgu yer? Bawa satu barang yang mereka paling gemari dan boleh membuatkan mereka rasa yakin. Tidak termasuk haiwan peliharaan yer? Ha ha ha, barangan yang kecil, ringan dan boleh muat di dalam beg sekolah. Pesan pada anak-anak sekiranya mereka berasa tidak selesa, silalah ambil barang itu pegang ke, tengok ke, atau letak di atas meja mereka ke? Mungkin ini dapat membantu mereka.

Sila Stabilkan Emosi Anda Sebagai Ibu Atau Bapa Terlebih Dahulu
Bagi yang baru pertama kali melalui pengalaman ini, mungkin ada rasa yang terlebih di situ. Ha ha ha...Terlebih cemas ke? Terlebih risau ke? Belum melalui tetapi boleh membayangkannya... Pesanan untuk diri sendiri, bila tiba masanya itu, silalah stabilkan emosi dan letakkan kepercayaan pada guru-guru untuk mendidik dan menjaga anak tu. Hubungan anak dan ibu bapa ni kan unik? Apa yang ibu atau bapa rasa secara tidak langsung sebenarnya memberikan impak kepada perasaan dan psikologi anak-anak. Kita rasa macam ni, anak boleh "sense" ohhh...Jadi tolonglah bantu anak tu yer...Hu hu hu.... 

Setakat tu jer yang boleh Farah fikirkan, semoga menjadi persiapan serba sedikit untuk diri sendiri dan semoga Farah mampu membantu Ash melalui hari pertama persekolahan dengan lancar...In Shaa Allah, Amin... Dan semoga entri ini memberikan manfaat buat anda ibu bapa yang di luar sana yang mungkin akan datang akan menjadi pengalaman pertama di dalam menghadapi situasi seperti ini... ;-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel PraSekolah | Tips Membantu Anak Di Hari Pertama Persekolahan, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, February 25, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Tips berguna. anak-anak dalam mak ayah duk begurau, duk bebel tahu-tahu dah besar.

    ReplyDelete
  2. bagussss...boleh refer kt sini..ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY