HappyTots: Pertama Kali Ash Bersekolah Main...

Farah Waheda Wahid
8

Kalau dah dikata pasti akan dikotakan. Demi mengisi masa lapang anak dan juga bagi membantu di dalam perkembangan mindanya, akhirnya buat pertama kali pada hari Ahad yang lepas baru-baru ni, Ash, Mommy dan Nek Ma sama-sama pergi sekolah. Muahahaha... Habis semuanya pergi ke sekolah. Sekolah main jer pun... Kira-kiranya rasa sedikit juga debaran menghantar anak ke sekolah oiii walaupun sekadar sekolah main. Nama program Ash adalah HappyTots iaitu untuk kanak-kanak seawal 18 bulan sehingga usia 2 tahun setengah. Program ini sebenarnya kelas eksplorasi sensori, pergerakkan fizikal, skil mendengar, skil nada, koordinasi tangan serta mata, muzik, skil motorik halus, "tidy up time", skil sosial, perkongsian, ambil giliran dan perkembangan minda awal. 

Kelas Ash adalah pada pukul 2.15 petang pada hari yang pertama. Ingatkan menangis tetapi rupa-rupanya teruja sungguh dia apabila sampai di situ. Awal-awal dah berkawan dengan rakan sebaya. 



Itulah rakan sekelas dan rakan sebaya Ash yang bernama Bella. Itu juga keadaan di dalam kelas Ash pada hari tersebut. Seronok betul dia bermain...sebab ada bola kan? Ash kan minat sangat dengan bola? Sebab tu bertambah-tambah gembira dia bila nampak kelibat bola-bola plastik yang banyak. Bebas berlari ke sana ke mari. Sebagaimana dia bermain di rumah, macam tu jugalah dia bermain di kelas. 


Bila lihat pelekat-pelekat 3d di dinding sepertimana yang ada di rumah, dia rasa seolah-olah seperti di rumah. "Meeee...Jaff...Jaff" katanya yang bermaksud "Giraffe"... Memang Farah lepaskan sahaja dan biarkan sahaja dia bebas ke sana ke mari bereksplorasi di dalam kelas. Lagipun kawasan selamat, biarlah dia merasa kebebasan itu dan Farah tidak ingin menyekat. 


Di dalam kelas tersebut, ibu bapa turut sama terlibat dan harus ada dengan anak-anak masing. Tak ramai pun... Di dalam satu kelas cuma ada 5 orang kanak-kanak sahaja jadi tumpuan sememangnya sepenuhnya kepada mereka. Di dalam masa yang sama, ibu bapa yang hadir boleh berkenal-kenalan dan bersosial sambil bertukar-tukar cerita, pengalaman serta informasi sesama kami. Bersosial secara keibubapaan kaedahnya... Ihiksss... Ash dapat kawan, Mommy pun dapat kawan-kawan baru. Nampak tu??? Dia main balun jer, asalkan lelaki tak kisah siapa dia tunpang bermanja kerana dia sangkakan Abah dia. Hu hu hu...Ash oh Ash... 



Bagi kelas yang pertama kalinya ini, Alhamdulillah-lah... Dia mampu untuk mengikuti kelas tersebut dengan caranya yang tersendiri, seronok mengikut cara dia. Kembang bertaman-taman hati Mommy dia tengok perkembangan dia. Menangis? Adaaaa.... Mustahillah tak menangis kan? Menangis bila mana "teacher" ambil barang dari tangan dia. Ash ni memang... Kalau kata Mommy bagi jiran lauk ke, kuih ke, atau apa-apa sahaja barang dari rumah pun menangis. Bagi dia itu kepunyaan dia tak boleh beri pada orang lain. Sebab tu perlahan-lahan nak kena ajar dia dan didik dia. Dan lagi satu! Menangis bila tiba waktu tidur dia... Ha ha ha..



Seronok dia sesekali ramai kawan. Sampaikan tak nak balik "chuolls"... Tiba masa diangkat untuk balik dia menangis dan meronta-ronta nak "stay" lagi di situ. Ha ha ha... Tapi tak bolehlah Ash...Takkan kita nak tidur situ... Ash kena balik, kena tidur... Memang yer pun keletihan... Tidurnya sepanjang pantang dan Mommy terpaksa kejutkan bila menjelang waktu Maghrib. Letih betul tu... Letih tapi menyeronokkan kan Ash sesekali begitu? 

Permulaan yang agak baik buat dia. Sehingga hari ini dia masih ingat apa yang diajarkan di dalam kelas tempoh hari. :-). Yurannya adalah mampu untuk semua ibu bapa... RM 170.00 sebulan bersamaan 4 jam sebulan dan anak-anak perlu menghadiri 10 sesi untuk melengkapkan satu kitaran pembelajaran. Untuk bulan pertama, anda hanya perlu membayar RM 100.00 deposit dan RM 50.00 yuran kelas bermaksud RM 150.00 untuk bulan yang pertama. 

Cawangannya pula ada di Bukit Jalil, Bandar Botanic Klang, Kemuning Utama Shah Alam dan juga Setia Alam. Untuk maklumat lanjut: 


Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Yeyyyy ash dah pi school, see dia suka sgt dengan peer group, yessss ash nak lagi pi school tu mommy great session dear, boleh perkembangkan minda ash

    ReplyDelete
  2. first day ash pergi school ye..tengok muka excited gitu..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. ELOK LA DIA DEDAH DGN KAWAN SEBAYA...TAKDE LA MASUK SEKOLAH NANTI TERKEJUT KAN...EH...lupa tutup capslock..hahaha...maapkan saia!

    ReplyDelete
  4. Haha..yg klaka dia main duduk je dgn sape2 yg disangka abah dia..

    ReplyDelete
  5. Satu cara memberi pendedahan awal pada anak dgn cara yg baik Farah
    Kakak lihat Ash pun jenis mudah berkawan itu yg tak menyusahkan..

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa class camni...tenkiuu kak for the info..seronok sangat nampaknya abg Ash tu..heheheh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !