Home » , , , , , , » "I Would Say... EGYPTIAN MAGIC Is A MUST HAVE Skin Cream!!!"

"I Would Say... EGYPTIAN MAGIC Is A MUST HAVE Skin Cream!!!"


Farah memang suka "selfie" dan kegilaan "selfie" itu bukan sahaja baru bermula sejak ramai orang suka "selfie". Yang benarnya dari sebelum kemunculan telefon pintar pun Farah sudah mula ber"selfie". Sewaktu zaman-zaman Farah masih lagi memakai telefon bimbit jenama Nokia dulu. Ekekekeke... Cumanya, di dalam keterujaan ber"selfie" itu, Farah pernah juga menerima mesej-mesej peribadi yang bertanyakan, Bagaimana kulit Farah kelihatan "flawless"? Aplikasi apakah yang Farah gunakan sehinggakan kulit Farah kelihatan gebus-gebas? Hai hai hai... Acapkali itu jugalah Farah terpaksa menerangkan bahawasanya Farah tidak memuatnaik sebarang aplikasi untuk mencantikkan gambar diri sendiri di telefon pintar, setiap kali itu jugalah Farah yakin jawapan itu tidak diterima sepenuhnya oleh yang bertanya... Ha ha ha... Ada juga yang bertanya... Apakah rahsianya?... Memang menjadi persoalan dan tanda tanya betul kan??? Mana mungkin kulit wajah seseorang yang bergelar ibu ini, dan juga bekerja siang dan malam terjaga sesempurna itu... Katanya... 

Hari demi hari, pertanyaan tu semakin galak pula masuk ke kotak mesej Farah...Tidak kira di Facebook, tidak kira di Instagram...Sampaikan ada satu masa tu, Farah terpaksa gunakan "hashtag" seumpama #noedit #onlyfilter... Ha ha ha... Hanya semata-mata untuk menerangkan kepada semua orang... "Kakak tak "edit" lahhhhh!!! Itulah kakak yang sebenarnya!!!"... Oleh yang demikian, bila semakin hari semakin banyak pertanyaan...semakin ramai yang bertanya... Keputusan diambil untuk berkongsi dengan anda semua apakah sebenarnya "rahsia" di sebaliknya selama ini!!! Jawapannya ada di dalam kotak di dalam gambar di bawah ini!!! 


Apa ni??? Di dalamnya terkandung "rahsia" yang tidak pernah Farah kongsikan di Bubblynotes.Com selama ini dan hari ini adalah harinya untuk anda mengetahui rasa sebenar di sebalik apa yang menjadi tanda tanya anda selama ini. 


Rahsia Mesir Purba: EGYPTIAN MAGIC - All Purpose Skin Cream. Inilah di sebalik segala apa yang anda lihat pada "selfie" Farah selama ini. Salah satu produk kecantikan yang Farah dapatkan dari Natta Cosme yang mana Farah boleh beritahu bahawasanya ianya adalah sangat berbaloi untuk dimiliki oleh semua orang. Bukan setakat golongan dewasa yang boleh memakainya, akan tetapi ianya mesra kanak-kanak juga. Bila Mommy dah pakai, tentu-tentulah Ash juga pakai.

Sedikit perkongsian mengenai EGYPTIAN MAGIC ALL PURPOSE SKIN CREAM untuk pembacaan serta maklumat kepada anda:

Egyptian Magic is an all-natural skin cream made from 6 of nature's most powerful moisturizing and healing ingredients.

Sumber dari SINI
For more than 20 years, the manufacturer have been blending these ingredients using their unique proprietary process based on a formula that was created thousands of yeras ago in the land of the Pharaohs. The result is a luxurious cream with moisturizing and nourishing properties that are legendary among celebrities, the fashion industry, even doctors and hospitals.

Sumber dari SINI
Sumber dari SINI

Sumber dari SINI
With the support, Egyptian Magic has grown exclusively through word-of-mouth to be one of the most popular and widely endorsed skin creams in the world. 

Apakah Sebenarnya Multi-Fungsi EGYPTIAN MAGIC???

Pelembap Penjagaan Kulit & Krim Kecantikan
Berdasarkan kepada pembacaan Farah, ramai orang yang memulakan penggunaan EGYPTIAN MAGIC ni adalah untuk merawat masalah kulit seperti ruam, kerengsaan kulit ataupun parut. Berdasarkan pengalaman Farah sendiri, sebagai seorang ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, Farah gunakan EGYPTIAN MAGIC ini untuk disapu ke bahagian parut pembedahan. Parut pembedahan tu, bukanlah satu masalah yang besar bagi Farah sebab "gynae" yang melakukannya, telah melakukan satu kerja yang amat-amat bagus apabila cuma satu garisan halus sahaja yang kelihatan. Cumanya kalau dapat dihilangkan garisan halus tu... Ha ha ha...Owhhh, alangkah indahnya. 

Sapu punya sapu punya sapu, semakin lama semakin kelihatan perubahan ke atas parut pembedahan itu. Sekarang ianya kelihatan samar-samar dan Farah yakin jika Farah teruskan penggunaan secara konsisten, parut tu memang tidak akan kelihatan langsung! 

Ia juga sebenarnya sangat bagus digunakan sebagai pelembap kulit dan juga sebagai penjagaan anti-kedut. Bila anda memakai krim ini sebanyak 2 kali sehari, memang ajaib sesangat sebabnya... Ia menjadikan kulit anda lembut dan "smooth". Sebab ini jugalah sebenarnya yang merupakan kunci utama kenapa EGYPTIAN MAGIC ini sangat-sangat popular di kalangan industri fesyen dan juga filem sebagai krim kecantikan untuk kulit wajah dan kulit tubuh. 

Merawat Kesan Kulit Terengsa/Terbakar, Merawat Luka Dan "Scrapes"
Berguna sebagai peti pertolongan kecemasan juga ni. Ianya berfungsi untuk merawat kesan kulit terengsa/terbakar, "scrapes", iritasi kulit dan sebagaianya. Satu kebaikannya, EGYPTIAN MAGIC akan kekal segar dan anda boleh menyimpannya untuk satu jangka masa yang panjang tanpa anda perlu merasa risau kehilangannya kesan efektifnya. 

"Conditioner" Rambut Yang "Natural"
Kalau anda sapukan pada rambut anda, anda akan rasa perbezaannya dan anda akan merasa kelembutannya. Rambut akan jadi lebih bermaya, berseri dan terurus. 

Rawatan Bagi Ekzema & Psoriasis
1/3 daripada pengguna mendapati EGYPTIAN MAGIC adalah salah satu alternatif dengan cara semulajadi berbanding dengan krim komersial untuk merawat ekzema dan juga psoriasis. Sesiapa yang tak tahu apa itu ekzema dan psoriasis sila Google yer? Pasti anda akan mendapat jawapannya...He he he... Dan ini adalah penyakit kulit. Dikatakan, penyakit kulit ini akan dapat dirawat sekiranya anda menggunakan EGYPTIAN MAGIC sebanyak 2 kali sapuan sehari. 

Krim Ruam Kulit
Farah kan pernah berkongsi dengan anda, Kisah Si Putera Lilin, yang mana si anak teruna tidak tahan panas dan bila panas ruam-ruam kecil berwarna merah akan naik dan mengakibatkan Ash menggaru di sana sini di bahagian leher. "Surprisingly" semenjak Farah cuba untuk menyapukan EGYPTIAN MAGIC pada bahagian leher Ash, kini bahagian leher itu telahpun menjadi licin dan bekas-bekas garuan itu langsung tidak kelihatan. :-). Sangat efektif pada Ash.

Penanggal Solekan
Selalunya Farah akan gunakan "makeup remover", akan tetapi kadangkala ada juga kesan solekan degil terutama yang jenis kalis air lah kannn??? yang tidak mahu hilang... Sedikit eksperimentasi yang Farah lakukan... 


Celak kalis air dan memang susah untuk ditanggalkan... Jika guna "makeup remover" pun kadangkala masih ada kesan kehitam-hitaman yang tinggal sedikit. Bermaksud tidak bersih sepenuhnya lah... Akan tetapi, dengan menggunakan EGYPTIAN MAGIC, ianya tanggal dengan begitu mudah dan terasa memang bersih. 




Terasa mudah kerja kakak "uolss"... Bersih pun bersih, memang sangat efektif dan menjimatkan masa kerana anda tidak perlu tonyoh wajah tu teruk sangat sampaikan rasa bilalah nak hilang ni... Sapukan dalam urutan membulat kemudian terus lap dengan kapas. Jika pakai "makeup remover" ada kalanya kena dua tiga kali gosok baru hilang. Suka! Suka! Suka! 


Mungkin ada yang bertanya, teksturnya bagaimana? Seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas... Ianya berbentuk seperti jeli petroleum berjenama Vaseline dan jujurnya teksturnya adalah seperti jeli petroleum tersebut. Cuma, ianya adalah lebih "thick" dari jeli petroleum Vaseline.


Tidak rugi jika anda mendapatkan sekurang-kurangnya satu EGYPTIAN MAGIC dan Farah yakin anda akan suka dengan "effectiveness" EGYPTIAN MAGIC dan anda memang akan suka dengan keupayaan krim ini serta hasilnya. Ia sememangnya, berani Farah katakan, krim yang berkualiti tinggi dan sangat bagus!!! Jujur!!! 

Sumber dari SINI
Kelebihannya jika anda membeli EGYPTIAN MAGIC dari Natta Cosme , adalah ada JAMINAN PULANGAN WANG buat pelanggan Natta Cosme, setiap pembelian EGYPTIAN MAGIC akan didatangkan khas dengan "sachet" percubaan 3ml. Anda perlu gunakan "sachet" tersebut sebagai percubaan percuma buat anda bagi memastikan anda berpuas hati dengan hasilnya. Sekiranya anda tidak berpuas hati denga percubaan itu? Pihak Natta Cosme akan memulangkan 100% wang anda yang telah dibayar untuk produk tersebut tanpa sebarang "hassle".

Sekadar info tambahan buat anda... Natta Cosme bukanlah semata menjual EGYPTIAN MAGIC yer... Natta Cosme telah ditubuhkan semenjak tahun 2011 dan menawarkan "100% authentic product collection" dari 150 jenama dari seluruh dunia yang tidak terhad semata-mata kepada USA, UK, Korea dan Jepun. Produk-produk yang ditawarkan sesungguhnya sangat berkualiti dan terbaik!

*Tidak sia-sia sebenarnya gunakan EGYPTIAN MAGIC...hasilnya memang Farah rasakan dalam tempoh yang tidak lama... Cuba dulu baru tau ok? Tapi Farah memang merekomendasikan produk ini kerana Farah secara peribadi memang merasakan ianya bagus. Bukan sekadar bagus, sangat-sangat bagus...Bukan diada-adakan cerita, tetapi berdasarkan apa yang Farah alami serta rasakan sendiri... Hasilnya? Ahaksss...Sampai orang tak percaya Farah tak "edit" gambar... ;-) ... Tak percaya, cubalah Google...Memang ramai telah memperkatakan tentang EGYPTIAN MAGIC. 

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai EGYPTIAN MAGIC:





Lokasi Natta Cosme:

Natta Cosme
106, Jalan S2D32, City Centre
70300 Seremban 2
Negeri Sembilan, Malaysia

Telefon: 
06-6017555

Waktu Operasi:

Isnin - Jumaat
9.00 pagi - 6.00 petang

Sabtu
9.00 pagi - 2.30 petang

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "I Would Say... EGYPTIAN MAGIC Is A MUST HAVE Skin Cream!!!", diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, February 5, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. suka tgk farah selfie sbb mata farah bulattt hehe...

    ReplyDelete
  2. Bagus betul benda ni... Nak beli la satu...

    ReplyDelete
  3. oh my dear..sgt2 flawless ok..cun sgt (k)

    ReplyDelete
  4. memang femes dri dulu lgi egytian magic ni. lps bca entri ni haishhh terasa nk beli je..

    ReplyDelete
  5. Produk luar... Hmm... Memng susah nk diluluskna ni kalau nak brli ni..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY