Kisah Si PUTERA LILIN...

Farah Waheda Wahid
5

Bil elektrik yang tidak kurang dari ratusan ringgit setiap bulan bukannya disebabkan tak reti-reti nak berjimat ataupun bukan disebabkan sengaja memanjakan anak sampaikan tak boleh langsung nak tutup penghawa dingin di rumah tu. Kisahnya si PUTERA LILIN Mommy ni akan diceritakan hari ni di dalam entri ini. Kalau ada pilihanlah kannn??? Memang siapa yang tidak mahu berjimat bil elektrik yer tak? Dari membayar bil elektrik beratus-ratus, baik gunakan untuk keperluan lain. Akan tetapi bila sudah tidak ada penyudahnya... Mahu atau tidak, demi anak terpaksa juga membayar bil elektrik yang bernilai ratusan ringgit itu. Uhukss...jangan nak memandai-mandai nak "speculate" pula yang entri ni, ayat dalam entri ni kisahnya Farah nak lagak sebab bayar bil elektrik bulan-bulan beratus-ratus dan rumah Farah berpenghawa dingin pula yer...Ini bercerita ok? Namanya cerita...Cerita jer... 

Iman Ash kulitnya sensitif dan tidak tahan panas. Bila panas akan jelas kelihatan pipi memerah ibarat dua biji epal di kiri kanan pipi. Itu tak jadi hal lagi... Itu masih ok lagi...Yang perlu risau bila dia terdedah kepada cuaca panas adalah jika kalau-kalau dia dihinggapi demam. Bila demam...Hurmm...Al-maklumlah kannn??? Orang yang paling susah hati dan orang yang paling tak senang duduk adalah Mommy dia. Disebabkan "sejarah itu"... Memang boleh jadi trauma dan fobia kalau dia diserang demam. Seboleh-boleh tak akan mendedahkan dia kepada punca demam dan seboleh-boleh cuba mencegah. Kalau dah nak demam tu, akan demam juga, semua kuasa Allah SWT... Bila dah demam, memang akan jadi "extra care" supaya "sejarah itu" tidak lagi berulang. Tak sanggup!!! Doktor pun dah pesan sekurang-kurangnya risiko untuk perkara itu berulang kembali adalah sehingga dia berusia 6 tahun. Selepas 6 tahun perkara itu akan hilang... Apa pun tetap perlu berjaga-jaga!!! Tidak mahu sejarah hitam itu berulang lagi. 

Selain dari itu, Ash bukanlah mempunyai masalah kulit atau ekzema yang serius. Masalah Ash adalah pada bahagian leher dia. Jika berpeluh harus segera dilapkan supaya peluh itu kering. Jika hanya berkipas sahaja di dalam rumah, walaupun 2 biji kipas siling di ruang tamu dan juga 1 unit "cooler" dipasang... masih tidak mampu menghalang dari alergi bahagian bawah leher itu terjadi. Bila cuaca panas, "humid", dan Ash mudah berpeluh, bahagian leher itu akan mudah naik ruam-ruam kecil merah dan ianya akan merebak dengan cepatnya sehingga ke bahagian bahu. Bila dah digaru, masa tulah boleh rasa ibarat macam kertas pasir kasarnya dan Mommy tak suka bila keadaan ini berlaku pada Ash. Sebabnya? Kesian pada dia! Gatal dan tidak selesa... Sebab tu... Penghawa dingin perlu dipasang setiap hari untuk elakkan perkara ini berlaku. 

Ada orang kata, alasan jer tu... Anak orang lain boleh jer "survive" tanpa senantiasa perlu memasang penghawa dingin. Ginilah...Ini bukan alasan, Farah cuba lakukan apa yang Farah rasakan terbaik untuk Ash... Dan semestinya bekalan ubatan seperti di bawah ini tidak pernah putus di rumah... 




Takkanlah sebagai ibu Farah nak biarkan ianya melarat sampai menjadi kudis? Mana-mana ibu pun akan susah hati bila melihat anak tergaru-garu dan menderita gatal serta kulit kemerah-merahan dengan ruam. Yang paling tak nak sampai kalau-kalau berdarah...Setakat ni tak pernah lagilah jadi begitu... Alhamdulillah, yang nak kena tahannya adalah poket lah kannn??? Wakakaka...Jika penghawa dingin sentiasa dipasang, masalah ini sememangnya tidak akan berlaku dan Ash akan bebas dari masalah bahagian leher tu... Hu hu hu... 

Bekalan ubat memang senantiasa ada dan tidak pernah putus. Jika ada tanda-tanda jer terus sapukan ubat sapu yang diberi oleh doktor ataupun lebih tepatnya... Calamine Lotion... dan terus suapkan ubat gatal yang dibekalkan oleh doktor. Agak-agak ubat nak kehabisan stok jer, terus cepat-cepat ke klinik dan dapatkan bekalan ubat. Macam malam semalam. Doktor pesan, jangan pakaikan Iman baju tebal-tebal atau berkolar sewaktu musim panas ni, takut-takut kalau naik lagi ruam-ruam di bahagian leher tu... Biarkan dia memakai baju tidak berlengan dan sentiasa pastikan badan dia sejuk. Yerlah cuaca sekarang ni kan panas melahar... Memang mudahlah ruam-ruam merah tu naik... Sebab tu jugalah, jarang nak bawa dia keluar ke sana ke mari musim-musim panas ni... Banyak nak kena jaga... Orang akan kata juga, terlalu memanjakan anak...Panas sikit tak boleh... Alahaiii, jika sesuatu berlaku pada Ash, demam ke, ruam tu naik secara serius ke, bukan anda yang jaga ok? bukan anda yang susah hati ok? Ni ha...ni... Mak ni yang jadi tak keruan... Hu hu hu... Sudah-sudahlah tu... 

Itulah alasannya, Iman Ash tak boleh berengang dengan penghawa dingin dan itu jugalah alasannya bil elektrik mencecah ratusan ringgit setiap bulan. Nak tak nak, rela tak rela, untuk Ash, apa pun Mommy sanggup redah dan korbankan... Asalkan keadaan dia baik-baik ajer...PUTERA LILIN? Memanglah kot? Tak tahan panas... Heee.... Kalau keluar berjalan, mesti bawa baju persalinan dan kalau ada mana-mana stesen pasti akan mandikan dan salinkan pakaian dia. Kalau tak pun, bila sampai jer rumah terus mandikan dia...Supaya badan dia sejuk dan tidak dibiarkan berpeluh sehingga memudaratkan dia... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ash...mudah mudah semakin ash membesar..semakin oklah daya ketahanan kulit ash pada persekitaran tanpa aircond kan mummy...amin...acik PC doakan moga ash terus membesar dengan sihat...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. kesiannya ash.. kes dia sama mcm sepupu sy.. kulit dia masahaaALLAH teruk sgt.. pastu x boleh langsung pakai brg2 antiseptik mcm dttol dsbg.. smoga sihat sntiasa ash n mama dia.. (k)

    ReplyDelete
  3. Cian ash... moga semakin membesar penysait kulit ash makin sembuh. Aamiin

    ReplyDelete
  4. I'iiiii~ Mummy Farah nak lagak sebab bayar bil elektrik bulan-bulan beratus-ratus & rumah berpenghawa dingin laaaa~!!!

    Ehehe, memain je!

    Kesian Ash.... May Allah give him quick & complete shifaa, ameen! :)

    Bila baca kisah orang kulit sensitif ni, selalu teringat dekat drama "Taiyou no Uta". Harap-harap kulit Ash tak se-sensitif tu. And again, may Allah cure Ash. Take care okeh.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !