Home » , , , , » Perarakan THAIPUSAM Nasional | Elak Lalu Jalan-Jalan Ini!!!

Perarakan THAIPUSAM Nasional | Elak Lalu Jalan-Jalan Ini!!!

"Yesss!!! It's a long weekend!!!" ... Sabtu, Ahad dan Isnin... Ke mana kita? :-)... Duduk rumah diam-diam ajer sudahhh... Tak ada perancangan, tak ada nak ke mana-mana kecuali bersantai dan menghabiskan masa bersama anakanda nan seorang yang lagi dikasihi serta disayangi. Ecewahhh... Lagipun minggu hadapan bermula hari Selasa, berkemungkinan setiap hari akan lewat pulang dari pejabat. Semakin dekat tarikh acara rasmi pejabat yang diuruskan bersama rakan sekerja semakin sibuk nampaknya Farah. Alhamdulillah, syukurlah kan? "I'm happy!"... Alhamdulillah... 

Pastinya ramai dah dapat agak yang masa-masa begini, musim-musim Thaipusam ni, memang jalan akan sesak. Tahun 2016 ni pula, dikatakan ada Perarakan Thaipusam Nasional. Besar-besaran kali ni ok? Dan sememangnya bermula semalam iaitu Jumaat, ada jalan-jalan yang telah ditutup bersempenan dengan Perarakan Thaipusam Nasional ni. 


Menurut sumber di SINI ... Perarakan itu akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S Lee pada pukul 10 malam Jumaat semalam. Ia dijangka tiba di Kuil Sri Subramaniar pada pukul 3 petang tadi. Dalam tempoh tersebut, polis akan menutup jalan-jalan yang dilalui oleh kumpulan perarakan ini iaitu Jalan Tun H.S Lee, Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi.

Turut ditutup ialah jalan menghala ke pusat beli-belah Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak (pusingan U di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Tun Razak), Jalan Ipoh (Jalan Salah), Jalan Konvil Hilir, Lorong Konvil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves. Jalan-jalan yang ditutup itu hanya dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah kumpulan perarakan melaluinya.

Memang sesak semacamlah nampaknya jalan-jalan yang terlibat kan? Dan memang taklah nak melalui atau menuju ke jalan-jalan tersebut. Silalah elakkan jika anda tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Pada rakan-rakan yang meraikan perayaan Thaipusam, Selamat Ber-Thaipusam... Pada yang dapat cuti hujung minggu panjang termasuk diri ini...Selamat menikmati cuti hujung minggu yang panjang di bulan Januari 2016. :-). 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Perarakan THAIPUSAM Nasional | Elak Lalu Jalan-Jalan Ini!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, January 23, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. jalan tun HS lee tu mmg esok pun penuh dah org2 depa :P




    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    ReplyDelete
  2. Selamat berhujung minggu Farah ☺

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY