Owhhh... "Ribbon Cutting Ceremony"!!!

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Yang nak dicarinya cuma bebola riben yang mempunyai tali di kiri kanan untuk digunakan untuk upacara perasmian pembukaan pejabat baru kami jer... Anda faham apa yang Farah maksudkan kannn? Untuk acara gunting menggunting riben... Punyalah "hi and low searching for it"... Letih dah Google nak keluarkan keputusan carian...Bha ha ha... Di mana nak dapatkan bekalan bebola riben ni ha... Tapi tentulah nak yang gempak punya...Wakakakaka...Nama pun upacara perasmian pembukaan...Yang nak memotongnya tu adalah VVIP... Takkan nak bagi riben biasa-biasa jer... Matilah kakak kena jelingan maut dengan H dan A nanti kalau riben tak semengah... Ha ha ha... 

Diakui memang agak payah nak cari pembekal perkhidmatan sebegini... :-P... Ada jer kedai riben melambak dan merata...Cuma tak berkesempatan nak jalan-jalan kerja disebabkan banyak perkara yang perlu diselesaikan untuk majlis upacara perasamian pembukaan pejabat baru yang perlu difokuskan terlebih dahulu...Kira-kiranya macam riben ni diletakkan di dalam prioriti yang kemudian...Walhal itulah yang penting pun... Tak ada riben tak jadi "ribbon cutting ceremony" oiiii...Dush dush dush...Ting tong betul kepala... 

Malam semalam sebelum tidur, kepala ligat berputar dan berfikir... Manalah Farah beli barang-barang sewaktu menguruskan syarikat pengurusan acara Farah dan rakan kongsi dulu ek? Dan manalah kugagau membeli barang-barang kahwin dulu... Fikir punya fikir punya fikir... Ingat lokasi dulu...Kemudian baru ingat nama tempat... SSF!!! Adoiiii punyalah payah nak ingatkan memori zaman ligat membeli barangan "event" dan juga barangan "kahwin" dulu...Ha ha ha... 

Mula-mula telefon ibu pejabat SSF, mereka rujukkan Farah ke SSF Puchong...Kemudian SSF Puchong memaklumkan bahawasanya, hanya satu SSF jer yang menawarkan perkhidmatan tempahan bebola riben seumpama itu yang ingin Farah cari... Iaitu SSF Pertama... Nak tak nak kena hubungi SSF Pertama...Jadi nota di sini...Ha ha ha...Jika anda nak mencari bebola riben untuk sebarang acara...sila ke SSF Pertama... 

Alhamdulillah, dapat bercakap dengan "person-in-charge" yang sangat membantu dan baik hati...Siap dia hantar "sample" lagi melalui What's App... 



Haaa gittew... Lega rasa hati bila dah bertemu...Bila bab-bab dekorasi dan juga barangan yang berkaitan dengan kraf dan riben, Farah akui Farah memang peminat SSF...Ha ha ha.... Bila dah tengok gambar yang dihantar... Tiba-tiba jadi teruja melampau nak pergi SSF dan siapkan "task" yang ni... Hik hik hik... Sebabnya...Cantiknya bebola riben nih! Lepas tu mulalah terbayang-bayang "set up" pada hari kejadian...Melampau betul teruja dan imaginasi...Hanya semata-mata kakak suka riben... Ko dah kenapa? 

Motif? Saja cerita... :-P...Terasa macam nak kongsi pula cerita tentang ni walaupun tak lah penting mana pun dan berinformasi mana pun...Yang informasi tang kat mana nak dapatkan dan cari jer...Manalah tau, kot-kot ada sesiapa yang Google mencari benda yang sama tapi tak ketemu...Mungkin entri ni dapat membantu ke kan? Ihikss.... 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !