Dari RM 530.00 Kepada RM 991.00!!!

Farah Waheda Wahid
6

Buka peti surat, dan dapat 2 pucuk surat. Surat apa lagi  kalau bukan surat hutang yer tak? Selain dari barangan "review", surat-surat hutang jerlah yang rajin sampai ke peti surat. Takkanlah pula surat cinta pula? Bha ha ha... Kali ni betul-betul rasa nak bebel walaupun sebelum-sebelum ni tak pernah lagi nak membebel tentang sesuatu yang seumpama ini. Sebab beratnya tuh di bahu kakak ni oiiii! Yang menanggungnya kakak! Bukannya siapa-siapa! Haippp!!! Tak baik berkeluh-kesah tentang ujian dan dugaan hidup dari Allah SWT!!! Bukan ko sorang sahaja yang terasa tentang keperitan hidup di zaman nilai mata wang ringgit ni telah menjadi susut nilai... Orang-orang kat luar sana pun sama turut merasakannya. Semua orang terasa tempiasnya. 

Ceritanya begini... Lebih kurang 12 tahun yang lepas, Farah memulakan langkah kehidupan untuk membeli aset atas nama sendiri iaitu rumah. Rumah yang kami anak beranak berteduh sekarang ni. Alhamdulillah, ada tempat untuk berteduh dan berlindung. Masa tu harga rumah teres 2 tingkat yang Farah beli ni adalah RM 141,800 dengan keluasan 18 x 65. Jadilah tu kan? Ikut mana yang termampu. Kenapa tak beli rumah pangsa ataupun "apartment" sahaja yang jauh lebih murah sebagai rumah pertama? Jawapannya mudah... Sedari kecil Farah dah duduk serta dibesarkan di "apartment".  Selalu perhati jer kawan-kawan yang duduk di rumah teres dan suka dengan keadaan rumah teres bila pergi "group study" di rumah kawan-kawan. Dari situ pasang cita-cita dan impian untuk membeli serta memiliki rumah teres sebiji. 

Bila ada kemampuan pada waktu dan ketika itu, atas alasan nak beri ibu bapa peluang merasa tinggal di rumah teres sementara hayat mereka masih ada... Farah usahakan untuk membeli rumah teres. Dengan duit muka sebanyak RM 40,000.00... Alhamdulillah, berjaya juga Farah adalan sesuatu untuk ibu bapa Farah. Perasaan tu? Lega kerana sempat juga buat sesuatu untuk mereka sebelum terlewat. Cumanya disebabkan keadaan kewangan pada waktu itu tidak mengizinkan Farah untuk mengambil pakej pembiayaan perumahan secara Islamik yang mana kadar bayaran ansuran pembiayaan perumahannya adalah lebih tinggi dari kadar bayaran ansuran pembiayaan perumahan konvensional. Farah pun memilih pembiayaan secara konvensional. 

Bila dah memilih pembiayaan perumahan secara konvensional ni, ko faham-faham jerlah... Ianya adalah  bergantung dan berdasarkan keadaan "Base Lending Rate" semasa... Kalau rendah "Base Lending Rate" tu, rendahlah bayaran ansuran bulanan pembiayaan perumahan. Kalau tinggi "Base Lending Rate" tu, makanya akan tinggilah juga kadar bayaran ansuran bulanan pembiayaan perumahan. Tidak ada waranti di situ yer? 

Selama kini, sewaktu mula-mula membayar ansuran bulanan penbiayaan perumahan dulu, ia bermula dengan RM 650.00 sebulan. Kemudiannya turun kepada RM 530.00 sebulan. Kira agak sedaplah juga membayar kan? Dan sedang-sedang eloklah dengan kemampuan semasa. Tiba-tiba??? Tahun 2016 ni betul-betul menduga weiii... Dapat pula surat cinta dari pihak bank... "Base Lending Rate" dah naik kepada 6.92%. Mak aihhh... Dari RM 530.00 sebulan dah naik ke RM 991.00 sebulan. 

Tak lah nak kata terkejut mana pun... Tapi buntang jugalah mata bila nampak figura sebanyak itu. Pasal naik turun kadar bayaran ansuran tu taklah nak terkejut "chimpanzee" sangat pun... Sebab memang dah sedia maklum begitu perjalanannya. Tapi kenaikan yang sangat ketara jauh perbedaannya tu yang tak tau nak menangis ke atau nak gelak. Ha ha ha... Ko menangis air mata darah sekalipun tak membawa apa-apa perubahan daaa... Ko bising-bising pun tak ada apa-apa perubahan pun. Tetap juga kena bayar kannn??? Ko nak kata apa? 

Cumanya nak nasihat sikitlah ni pada yang belum memberi rumah dan bercadang nak membeli rumah tu. Biarlah tinggi sedikit bayaran ansuran bulanannya asalkan tidak terjadi peristiwa gini dalam kehidupan anda sebagaimana yang berlaku pada Farah ni. He he he... Pilihlah pembiayaan Islamik kawan-kawan dan adik-adik yer? Kerana pembiayaan secara Islamik ni walaupun bagaimana keadaan ekonomi semasa, bayaran ansuran bulanannya tidak naik sesuka suki hati yer? Tetap "stay" pada kadar yang sama. Kalau tak silap Farah lah, apa yang Farah faham sewaktu Farah bekerja sebagai Sales & Marketing Executive di Glomac Berhad dulu. Kakak dulu jual rumah ok? Ha ha ha... Pengalaman tu ada dalam bidang hartanah dan perumahan ni serba sedikit. Nak kata meluas sangat tu tidak. Tapi ilmu pengetahuan tu ada. 

Bila jadi begini, terencat jap cadangan nak memiliki aset kedua. Ha ha ha... Memang tak mampu pun nak memiliki aset kedua sorang-sorang. Kalau berdua tu mungkin gagah jugalah kot? Biarlah dan syukurlah apa yang ada ni kan? Itu yang Allah nak beri buat masa sekarang... Syukur jer dan tak perlu nak meminta yang lebih-lebih di luar batasan dan kemampuan diri sendiri. Takut-takut nanti sendiri yang terseksa, menderita dan merana. Kata kawan Farah, kalau berdua pun dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, tak berani juga nak menambah aset dan menambah hutang. Yer yer kufaham maksudmu itu. 

Bila dah gini, banyak nak kena dirombak balik. Banyak nak kena disusunatur kembali. Mungkin juga Farah akan singgah ke bank untuk tanyakan prosedur menukar ke pakej perumahan Islamik dan ada beberapa kerja dokumentasi yang perlu dilakukan. :-). Tak apa, kita anggap jer ini ujian serta rahmat dari Allah SWT. Pasti ada cara penyelesaiannya dan pasti ada cara untuk menghadapinya kan? Yang penting? Kena positif dan terus serapkan aura positif dalam diri... Cabaran kehidupan untuk menjadikan kita lebih kuat lagi dalam menghadapi hidup yang penuh liku dan pancaroba ini... Ecewah... ;-)

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Dah dekat sangat dengan seribu tu mummy..9 hinggit je lagi...hai....

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah ada rumah teres tu dah cukup mewah...dgn zaman skrg ni nak dapat rumah teres bukan main mahal lagi..

    betul tu gunakan loan islamic adalah lebih baik.

    ReplyDelete
  3. pergh byk tu sis... byk benda blh bt tu..adeh dugaan utk sis

    ReplyDelete
  4. ingatkn duit beranak dri lima ratus lebih ke sembilan ratus..hehe..terkejut tengok..apa-apa pun,sabar ye kak..

    ReplyDelete
  5. 2016 yang makin mencabar! Bertabahlah wahai Farah. InsyaAllah Allah permudahkan urusanmu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !