Musim cuaca panas melahar... Kesian pula tengok Ash berpeluh-peluh satu badan sampaikan kadang-kadang tu sampai basah rambut dia. Walhal, mainnya cuma di dalam rumah sahaja. Seperti yang dikisahkan di dalam entri Kisah Si PUTERA LILIN..., Ash ni bukannya boleh terlalu berpeluh sangat-sangat, kalau berpeluh tu memang kena segera lap satu badan dia dengan kain basah dan memang terpaksa pasangkan penghawa dingin supaya suasana sejuk jer sekeliling. Tak larat nak tengok bahagian leher dia tu mula dinaiki ruam-ruam halus berwarna merah dan seterusnya menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada dia.
Rasanya baru jer lagi lebih kurang 2-3 minggu yang lepas rambut Ash digunting... Tak sampai sebulan lagi pun, cepat benar rambutnya memanjang... Bila dah tengok berpeluh-peluh sampai tahap rambut pun basah gittew terus Farah ambil keputusan untuk melawat ke "barber" dan menggunting rambut Ash sekali lagi. Bukannya 20-30-100 nak menggunting rambut dia... RM6.00 sahaja... Oklah tu kan? "He was like..."...

He he he...Nampak tak pipi tu dah kemerah-merahan akibat cuaca panas? Sungguh Ash tak tahan panas oiii... Dia tak meragam, dia tak "tantrum", dia tak merungut pun tetapi mak dia ni, mak dia jadi rimas bila tengok rambut tu asyik basah dengan peluh dan tak nak sampai mendatangkan mudarat pada dia. Jaga sungguh naaa? Haruslah... Tu jerlah satu-satunya intan payung oiii... Kalau boleh nak dia sentiasa dalam keadaan baik-baik jer... Alaaa... Itu "standard", semua ibu-ibu pun begitu...

Muka risau jerrr... Risau sangat gamaknya kalau rambut dia jadi tak senunuh hasilnya... Alaaa... Ash... Tak perlu risau sangatlah! Taulah Abang Suria tu kerjakan rambut Ash... Ha ha ha... Memang dah tak menangis dah gunting rambut tetapi sekarang ni tak berapa nak diam pula bila sedang menggunting rambut... Sekejap terpusing kiri, sekejap terpusing kanan... Geli mungkin...

Dah hampir nak siap dah... Tapi tak taulah kenapa aksi spontan anak teruna ni macam ni. Ha ha ha... Dan secara tiba-tiba juga Mommy "capture at the right moment and right timing"... Itu ajerlah kerja Mommy kan? Ha ha ha... Yang jadi tukang pegang Nek Ma... Harapnya satu hari nanti tak lama lagi, Ash dah boleh dibiarkan duduk dengan sendirinya lah pulak... Ngee... Hasilnya?

Siap!!! Bila dah gunting rambut memang muka tu nampak kembang sikit... :-)... Dan kecapangan telinga pun terserlah... Bha ha ha... Dan baru nampak dia selesa sedikit... Dulunya sebelum ada anak, sibuk singgah "saloon" setiap bulan untuk diri sendiri, sekarang ni sibuk singgah "barber" untuk anak pula... Dah kurang dah singgah "saloon" untuk diri sendiri... Ini pun rasanya nak kena singgah juga ni... Nak tarah sikit rambut yang dah semakin memanjang... "I used to have a long hair... but for this time being" tengah dalam "mood to keep it in BOB hair style at least for sometime"... Wakakaka... Biar ada kelainan sikit dari kebiasaan... Kalau asyik sama jer pun, bosan juga...
*Cuaca panas-panas gini, kena selesakan budak... Sedangkan diri sendiri pun rasa rimas dan nak berendam jer dalam air sepanjang masa kalau boleh, apakan lagi kanak-kanak yer tak?
Makin tembammmm makin comelll.... Tapi cuaca skrg memang agak panas sobss
ReplyDelete