Kelas Karate Untuk Kanak-Kanak | The Little Gym

Sumber dari Google
Wachaaa!!! Terbayangkan Ash melakukan aksi sepertimana gambar di atas pula. Ahaksss... Sibuk betul hidup Farah ni sejak kebelakangan ni. Sejak baru mula bekerja, sejak Ash nak cecah usia 2 tahun. Otak ligat memikirkan serta menggariskan program-program untuk Ash sejajar dengan usianya. Makin membesar bermakna semakin Farah harus fokus kepada perkembangan dia. Alhamdulillah, sejak lahir apa yang Farah rancangkan untuk Ash setakat ini ianya berjalan dengan sempurna. Segalanya dengan izin Allah. Syukurlah...

Waktu terperap di rumah, main sorang-sorang, asyik dengan Nek Ma, asyik dengan Mommy, asyik dengan Atuk akan mula berkurangan dan akan mula diisikan dengan aktiviti santai serta bermain sambil belajar. Dengan cara ini, taklah Ash bosan dan rasa kesunyian sebab dia seorang jer kan? Haaa... Ni nak habaq mai pada ibu bapa yang hanya mempunyai anak tunggal atau belum lagi merancang untuk memberikan adik kepada anak-anak anda... Hidup tanpa adik-beradik itu tidak semestinya membosankan. Terpulang kepada ibu bapa "on how to make the best of it" dan berfikir secara kreatif bagaimana untuk mengisi masa anak-anak. Percayalah, sentiasa ada jalannya. Jika betul caranya anak tidak akan kesunyian atau sepi. In Shaa Allah. Tak sanggup weiii tengok Ash kadang-kadang termenung dari balik "sliding door" merenung ke luar rumah macam menandakan dia seolah-olah sangat kesunyian... Jadi marilah Mommy ceria-ceriakan hidup Ash yer? 

"Martial arts" sememangnya antara perkara yang telah melekat semenjak Ash mula-mula duduk dalam perut Farah. Pada waktu itu, jujur Farah katakan, di kotak pemikiran Farah, tidak kira lelaki tidak kira perempuan, tetap akan ke kelas seni pertahanan diri. Farah tetap akan daftarkan dan hantar anak Farah ke kelas seni pertahanan diri. Itu cita-cita tu..dan itu juga rancangan yang Farah letak dalam jadual perkembangan anak... Taklah kata, macam mana pun akan jadi. In Shaa Allah dengan izin Allah SWT dan juga bergantung kepada usaha Farah jugalah kannn?

Dalam kotak pemikiran ni dah mula menggariskan jika boleh seawal umur 3 tahun Farah dah mula nak menghantar Ash ke kelas seni pertahanan diri. Pilihannya sama ada Taekwondo ataupun Karate ataupun mungkin ada pilihan lain? Bermakna sekarang ni tengah "sourcing" lah ni... Mommy kan "Procurement Executive" untuk Ash juga...Ha ha ha... Disebabkan itu, gigih jugalah Farah malam semalam untuk mencari pilihan-pilihan yang ada... Farah bermula dengan pencarian karate untuk kanak-kanak dan Farah kongsikan di sini. Manalah tau jika ada ibu bapa yang sealiran dengan pemikiran Farah juga kan?


Muahahaha, macam-macam Mommy ko nak buat nak untuk ko... Tapi tak adalah kalut mana pun... "One step at a time"... Sibuk benar hidup Ash akan datang ni nampaknya, dan bila Ash sibuk, Mommy pun sibuk jugalah kannn? Bukan setakat "Procurement Executive" tetapi juga "Chaffeur" untuk Ash... Ahaksss... 

Sedikit mengenai Kelas Karate Untuk Kanak-Kanak yang Farah jumpa di The Little Gym untuk perkongsian kita bersama:

Sumber dari SINI
A Kick in the Right Direction
The most important self-defense technique is self-confidence - and that's exactly what your child will gain throuhg The Little Gym Karate Classes for kids. Students learn fundamental karate blocks, punches and kicks in a positive, noncompetitive environment, with the addition of gymnastics techniques for a fun twist on the ancient martial art. Obstacle courses, highenergy music, skill-based activities and games creat fun learning opportunities to help kids gain the focus need to excel in the gym, in the classroom and everywhere else they go in life. 

Three-Dimensional Learning
  • Get Moving! Increased flexibility, coordination and balance, specific martial arts and gymnastics techniques, enhanced agility and athleticism. 
  • Brain Boost! Improved concentration and memory rentention learning through visualisation, increased focus.
  • Citizen Kid! Improved self-control and respect for others, developing self-assurance and confidence. 
The Little Gym offer two non-contact / huge-impact karate classes:

Chopsticks : 4- 6 years old
Choppers: 6 - 12 years old

Owhhh, yang ini mula pada usia 4 tahun. Kira-kira ok juga sebenarnya... Maknanya tunda setahun... Hari Isnin - Jumaat pergi ke "school" dan hujung minggu pergi ke kelas Karate. Ok juga tu Farah rasa. 

Lokasi Cawangan The Little Gym:

The Little Gym of Sri Hartamas
Plaza Ground Floor
Hartamas Shopping Centre (Plaza Damas)
Sri Hartamas
+603 6211 9233

The Little Gym of Kota Damansara
1st Floor
Encorp Strand Shopping 
Kota Damansara
+603 2201 6292

The Little Gym of The Intermark Mall
348, Jalan Tun Razak 
Kampung Datuk Keramat
50400 Kuala Lumpur
+603 2181 6580

Alamat E-Mel:
info@thelittlegym.com.my


Ini baru pencarian yang pertama, masih lagi melihat ke arah pilihan-pilihan lain yang mungkin ada dan apakah pakej yang ditawarkan... Cepatnya anak Mommy membesar, kini dah mula kena fikir ke arah lain pula dah ni dan memang sangat perlu nak fokus kepada keperluan perkembangan Ash... Bukan sebab apa-apa, tetapi inilah cara Farah berfikir dan inilah cara Farah melihat sesuatu perkara itu... Apa yang penting...Apakah keperluan Ash buat masa sekarang? Apa yang diperlukan untuk menyokong perkembangan semasa Ash... Apa yang boleh Farah sumbangkan dan apa yang perlu Farah lakukan... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kelas Karate Untuk Kanak-Kanak | The Little Gym, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, November 19, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. kan...huhuhu....k.sal pun sampai sekarang nak cari class lego untuk anak anak tak dapat lagi...kalau ada info..farah sharing ya...

    ReplyDelete
  2. Hahhaha teringat pulak akak , anak akak Nabil..
    Minta nak masuk kelas Takewando tahun depan..
    Tapi abahnya tak kasi sebab kurus sangat..
    Nanti patah tangan kata abah nya..
    Cukuplah kelas memanah tu..

    Seronok kalau yg betul2 sado masuk petandingan Kerate ni Farah..

    ReplyDelete
  3. aida pun memang looking forward nak sign in kat ijat kelas martial art ni, farah.
    kakak2 ijat dulu pernah masuk kelas, tapi ha ha ha lembut bebeno.
    tu yg aida kuar kan aje. diorang x minat.
    but tgk ijat ni asyik melompat and belasah org aje, mcm ok kot. ha ha ha....

    ReplyDelete
  4. tak ada area putrajaya..hehee.. Harap kat sekolah mikhail akan datang masih ada seni silat tuk dia belajar.. jimat kos ibunya hehehheee

    ReplyDelete
  5. Menarik juga tuh... Tapi anak-anak MF akan dilatih sepenuhnya oleh bapa mereka sendiri nanti...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY