![]() |
Sumber dari Google |
Uhukss, dulu ada cita-cita nak ubah suai bilik tidur utama iaitu bilik tidur Farah di rumah tu dan berfikir-fikir nak ada balkoni. Teringinlah teringin nak rumah berbalkoni kaedahnya. Nak beli rumah di lot selekoh (ahakss, terjemahan yang lurus sangat dari Bahasa Inggeris iaitu "corner lot") tak berkemampuan pula nak membayar ansuran bulanannya... Syukurlah seadanya dengan rumah tengah tu haaa...Banyak dah berjasa rumah tu pada Farah sekeluarga...Tempat berteduh, tempat berlindung dan tempat kasih-sayang dieratkan...
Ramai juga di antara jiran-jiran yang telahpun mengubahsuai kediaman mereka masing-masing dan sememangnya di lorong Farah tu ada jer yang rumah mereka walaupun rumah tengah tetapi telah diubahsuai supaya ada balkoni. Amboiii, ramai sungguh naaa, orang yang minat dengan balkoni nih? Ha ha ha...Cumanya, apa yang Farah nak sampaikan ni bukannya merujuk kepada mana-mana pihak ataupun jiran tetangga Farah yer, ianya adalah secara umum... sayangnyaaaaa dah ada balkoni tetapi tak dijaga atau tak dimanfaatkan.
Anda yang pilih untuk tinggal di rumah jenis kondominium ataupun pangsapuri, kadang-kadang tu pasti puas berfikir untuk hias ruang balkoni rumah. Sudut yang kecil dan sempit itu ada kalanya dibiarkan begitu sahaja tanpa dimanfaatkan dan hasilnya rumah jadi kelihatan tidak kemas. Lagi teruk kalau anda memilih untuk menjadikan balkoni jadi seperti keadaan yang digambarkan oleh artikel di SINI iaitu...
Tempat Sidai Kain
Maaf ini bukan Farah yang kata, tetapi artikel ni yang kata...Ha ha ha...mohon maaf dulu sebelum kena kecam "uolss". Nanti ada yang tak baca sampai habis semberono jer tuduh-tuduh kakak... Huwaaaa... Ramai yang jadikan balkoni sebagai ampai kecil untuk rumah. Paling tidak akan dijadikan penyidai tuala. Tolonglah elakkan situasi ini. Ini akan merosakkan pemandangan paling mudah. Ermmm..Apa nak kata ek? Memanglah macam tak sedap jer mata memandang jika balkoni jadi tempat ampaian, tapi kadang-kadang tu, kita kena faham juga kerana mereka tiada pilihan. Mana lagi nak sidai kalau tinggal tingkat atas....Hu hu hu...Jawapannya pergi dobi layan diri dan gunakan pengering yer?
Pasu Diletakkan Tinggi
Konon-kononnya minat menanam bagai, tetapi kalau anda jenis sekadar buat balkoni akan bertukar nampak lebih semak. Jangan sesekali lakukan hal ini. Selain didenda oleh badan pengurusan rumah, ini juga akan mengancam keselamatan penghuni lain. Ada keadaan yang Farah pernah lihat, pasu tu diletakkan di tebing balkoni...
Tempat Merokok
Juga perlu dielakkan terutama bagi anda yang mempunyai anak kecil. Nak merokok sekalipun, sila merokok di luar rumah kerana asap rokok boleh juga masuk ke dalam rumah melalui balkoni.
Stor Sementara
Paling teruk elakkan jadi stor sementara yang meletakkan pelbagai barangan. Mula-mula nak letak penyapu. Mula-mulalah, lama-lama siap dengan pelbagai barang terbuang. Dah tak nak tu, jangan letak di balkoni, buang saja terus.
Tapi seronok kalau dapat jadikan balkoni itu seperti ini...
![]() |
Sumber dari Google |
Tempat bersantai dan melihat pemandangan malam gittew... "Less is more"... Cumanya, yang beranak kecil tu, kena pastikan pintu ke balkoni sentiasa berkunci yer... Bahaya!
Cantik sangat kalau umah sendiri.. Macam-macam boleh buat..
ReplyDeleteimpian akak nak balkoni macam gambar kat bawah tu...hihihi
ReplyDelete:) singgah sini
ReplyDeletecantik nye balkoni..dapat relax2 kan
ReplyDeleteBest arr umah da balkoni ni blh hias cntik2 buat tmpt brsantai dgn husnnd hihi
ReplyDeleteMencemarkan pandangan je kalau balkoni buat tempat sidai kain..
ReplyDeletetp skrg kebanyakan rumah dah berbalkoni kaca macam ni kan... moden style..
ReplyDelete