Home » , , , , » AirWheel Bakal Menjadi Kegilaan???

AirWheel Bakal Menjadi Kegilaan???

Sumber dari Google
"Big Boys Toys" tapi boleh juga jadi "Big Girls Toys" juga. Nak kata permainan tak juga permainan sepenuhnya. Akan tetapi yang lebih tepat adalah gajet untuk kita namakan AirWheel ni, yang rasa-rasanya tak lama lagi mungkin melambak-lambak atau kerap kita lihat golongan belia menggunakannya. Mungkinlah, mungkin ok? 

Apa sebenarnya AirWheel? Ok sebelum bercerita, jom "close up" sikit rupa AirWheel ni... 

Sumber dari Google

Ni lah rupa AirWheel dari dekat. Salah satu dari jenis AirWheel. Sebab AirWheel ni ada yang satu roda, ada yang dua roda. Ada yang memang dah pernah lihat dan tahu tentang AirWheel? Bagi yang pertama kali melihat di entri ini, AirWheel atau dalam kata lainnya adalah "self balancing unicycle". 

Bagaimana ia berfungsi? Jom lihat gambar-gambar di bawah...

Sumber dari Google
Sumber dari Google
Sumber dari Google
Di luar negara, AirWheel ni seakan dah menjadi "trending" dan "in" tetapi di Malaysia masih sukar lagi nak kelihatan kot? Tapi ada... Contohnya ada masa anda boleh lihat kelibat sekumpulan anak-anak muda ataupun belia peringkat awal, he he he... bermain-main serta memahirkan diri dengan AirWheel ini di Taman Ekstrem, Seksyen 13, Shah Alam. 

Namapun "unicycle"...Apa yang penting kalau nak naik AirWheel ni anda kena belajar untuk imbangkan diri sebab AirWheel ni memerlukan kita untuk mengimbangkan diri. Macam menarik jer? Kalau masuk ke IKEA seronok juga ni guna AirWheel...Ha ha ha... IKEA tu kan luas? Kadang-kadang tak daya sangat nak tawaf... Masuk pusat membeli-belah yang luas serta besar, gunakan di tepi kaki lima untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Buat penghilang bosan di waktu lapang, petang-petang tak ada buat apa. Lagipun, AirWheel ni adalah satu inovasi mesra persekitaran. ;-).

Harga AirWheel di Malaysia? Boleh tahan juga oiiii... Kalau Ash lah, kalau Ash tiba-tiba minta AirWheel dari Mommy bila dah besar nanti...Ahaksss... Harap-harapnya harganya tak adalah mahal sangattt dan minta-minta harganya yang mampu milik ler yer tak? Tapi buat masa sekarang ni, melalui rujukan Farah di laman web AirWheel Malaysia, harganya boleh cecah dekat RM3,00) untuk AirWheel yang jenis macam ni. Walaupun agak tinggi tapi mampu miliklah juga kan? Sebulan simpan RM300, cukup sepuluh bulan bolehlah beli sebiji yer tak? 

Kalau tak percaya apa yang Farah kongsikan mengenai harga AirWheel ni, boleh jer terus rujuk laman web AirWheel Malaysia. Macam-macam jenis AirWheel dan juga aksesorinya yang dijual di laman web tersebut. Untuk maklumat juga anda boleh juga merujuk Laman Facebook AirWheel.

Jom lihat video AirWheel sebentar... 



Banyak lagi sebenarnya video AirWheel ni di YouTube yang anda boleh tonton. Bila lihat di YouTube nak kata baru pun tak baru sangatlah AirWheel ni sebab golongan yang menggunakan AirWheel ni banyak juga dah di Malaysia. Ermmm, macam menariklah! Nak juga cuba kalau ada kesempatan serta peluang ni. ;-)... Anda pula, ada rasa nak mencuba tak? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel AirWheel Bakal Menjadi Kegilaan??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, October 10, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Wah menarik juga ni. Tp nnt lama2 org malas nak berjalan. Huhu

    ReplyDelete
  2. macam best je. tapi rm3k? erkkkk tak mampu lagi huhu

    ReplyDelete
  3. PC nampak airwheel ni kat tasik titiwangsa..remajalah khususnya yang menggunakannya..

    ReplyDelete
  4. kat dtrn hari tu ada booth airwheel ni, tp kita tak masuk tgk pun, tp nmpk la diaorang try2 benda alah tu.... trend skrg...mhl gak weih

    ReplyDelete
  5. Hmm... Menampakkan manusia akan semakin malas nak gerakkan kaki... Alat sesuai la kalau orang tua atau sakit lutut.. Kalau yg sihat guna je kaki Allah kurniakan kan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY