Home » , , , , , , » Lebih Mudah Dengan What's App Web...

Lebih Mudah Dengan What's App Web...

Hidup jadi Farah Waheda Wahid tau tau jer lah, sibuk semedang... Kalau telefon pintar tu, memang jarang nak lepas dari tangan kecuali waktu bersama si anak teruna kesayangan, tidur ataupun sibuk dengan kerja-kerja rumah. Selain dari tu, memang bergantung jer dengan telefon pintar yang satu ni. Ahakss...bukannya mahal sangat pun telefon pintar Farah. Tak mampu nak beli yang mahal-mahal... Yang murah-murah pun dah memadai... Bersyukurlah dengan apa yang ada yer tak? Asalkan lepas untuk ber-blog, lepas untuk berkomunikasi dan lepas untuk keperluan-keperluan lain sudahlah... Tapinya kalau ada rezeki dapat telefon pintar mahal idaman hati tu... Alhamdulillah, syukran Ya Allah... 

Salah satu yang tak pernah sehari pun tak hadap adalah aplikasi What's App... Iyalah zaman sekarang ni semua orang dah ber- What's App dan hidup pun jadi lebih mudah dengan What's App yer tak? Kalau di luar, kalau di rumah, Farah sememangnya menggunakan aplikasi What's App di telefon. Tetapi kalau di pejabat ataupun di kafe internet, Farah lebih selesa menggunakan What's App Web... Bukan apa, lebih mudah untuk ber-What's App...sambil-sambil melakukan kerja... 

Bagaimana mekanisme What's App Web ini bekerja? Begini... 

Sumber dari Google
Mula-mula anda perlu pergi ke laman web https://web.whatsapp.com/. Dan gambar seperti yang tertera di atas akan keluar. Apabila gambar di atas tu keluar. Apa yang perlu anda lakukan adalah "scan" kod QR yang ditunjukkan dengan telefon pintar anda. Bagaimana... 

Buka aplikasi What's App di telefon pintar, kemudian pergi kepada menu dan sentuh pada What's App Web... 

Sumber dari Google

Semudah ABC... Cara "scan" kod QR rasanya semua orang telah jelas...bukannya susah mana pun kann? 

Sumber dari Google
Ha gini haaa...bukannya susah kann? Selepas "scan"... anda kemudiannya akan dibawa ke "interface" baru... 

Sumber dari Google
Apa yang terlihat di telefon pintar anda, itulah yang terlihat di paparan "browser" anda...Selepas itu, bolehlah bersembang sampai lebam punn... He he he... Yang pentingnya... bila menaip dengan menggunakan papan kekunci di komputer, pastinya akan menjadi lebih cepat kan? ;-)... Semenjak dua menjak kebelakangan ini, kalau Farah di hadapan komputer, memang salah satu perkara yang Farah cepat-cepat lakukan, adalah buka aplikasi What's App Web ni...lebih mudah begini... 

Pada yang belum mencuba, silalah cuba...pasti anda akan rasa suka dan mudah dan guna sekali nak lagi...Ha ha ha.... Jadi yang di pejabat tu tak adalah sekejap-sekejap nak tengok telefon atau melekat di telefon jer kan? Bukan mengajar buat sesuatu yang tak baik ok? Cuma memberi cadangan untuk mempermudahkan sahaja... ;-)...Gunakan sebaiknya dan jangan sehingga mengganggu kerja-kerja hakiki... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Lebih Mudah Dengan What's App Web... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, September 17, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. lebih selesa pakai phone utk berwhatsapp hehehe

    ReplyDelete
  2. senangnye cm nie.. time kasih atas info nie sis..

    ReplyDelete
  3. Satu ketika mungkin PC perlukan kaedah ini..terima kasih mummy tomel share info..eh..ash mana mummy..hikhik..finger mana finger...ash cat mana cat..eh..salah..

    ReplyDelete
  4. Cepat guna phone.. Penah juga guna.. Cuma kena on je handphone.. Kalau internet connection lost dia akn lost connection juga..

    ReplyDelete
  5. lagi selesa menaip apetah lagi nak send gambar2..

    ReplyDelete
  6. salam kak! pernah la jugak dengar pasal ni, tapi tak pernah try. ni tgk akak update rasa nak try lak , heehe tq kak

    ReplyDelete
  7. assalam singgah sini.lebih selesa untuk taip.tq farah

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY