![]() |
Sumber dari Google |
Ibu bapa memang "protective" terhadap anak-anak masing-masing. Siapa yang tidak "protective" kann??? Itu dah jadi tugas dan tanggungjawab untuk melindungi anak-anak. Cuma ada kalanya, bila sudah terlepas ke alam persekolahan, bila sesuatu berlaku di luar kawalan ibu bapa dan ketika ibu bapa tiada bersama mereka, nak melindungi pada waktu dan ketika itu memang agak payah atau tidak mungkin.
![]() |
Sumber dari Google |
Farah faham kenapa ada sesetengah ibu bapa tak kisah berkorban membayar yuran pra sekolah yang dah ibarat yuran satu semester pengajian Diploma di universiti dan Farah faham kenapa ada sesetengah ibu bapa yang amat "fussy" di dalam pemilihan sekolah buat anak-anak mereka. Jadi umum juga perlu faham, bukan saja-saja setiap tindakan individu pasangan ibu bapa dan bukan niat mereka untuk menunjuk-nunjuk bahawa mereka berkemampuan menghantar anak ke sekolah yang tinggi perbelanjaannya walaupun hakikatnya ibu bapa itu terpaksa mencerut perut ataupun beralah di dalam perbelanjaan mereka sendiri.
Ini adalah salah satu perkara yang ibu bapa boleh lakukan untuk anak-anak... Tidak timbul isu tadika mahal, tadika murah... Jika mahal tetapi tiada kualiti pun tidak berguna, jika murah tetapi berkualiti pun bagus juga.
Menurut Jawathi Perera, pengerusi kepada Malaysian Association of Kindergartens di dalam satu artikel di SINI
Parents should take their child to the school and see if this is a school the child is happyto go, rather than shopping from one school to the next.
Adalah dinasihatkan supaya ibu bapa:
1. Berhati-hati ketika memilih pra sekolah atau tadika. Carilah sekolah yang mana anak anda selesa dan gembira.
2. Pastikan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri yang mana kebiasannya digantung di dalam bilik pengetua.
3. Baca segala terma dan syarat bila mendaftar anak-anak anda untuk memeriksa sama ada anda boleh mendapatkan pulangan pembayaran sekiranya anda mahu memberhentikan anak anda dari sekolah tersebut.
4. Ibu bapa sepatutnya cuba menyelesaikan apa jua permasalahan bersama pihak sekolah dan sekiranya tidak berjaya serta isu adalah serius, ibu bapa ambillah tindakan yang sewajarnya dengan memfailkan aduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Tapi sebelum tu, ibu bapa perlu mengumpulkan bahan bukti untuk dibawa ketengah.
Owh ya, sebenarnya tidak kira sama ada pra sekolah atau tadika itu di bawah kerajaan ataupun swasta, ibu bapa masih boleh membuat aduan di Jabatan Pendidikan Negeri yer? Ini pun Farah baca dari artikel yang Farah maksudkan.
Sebenarnya, memang ibu bapa perlu berikan perhatian apabila anak-anak mula memasuki alam persekolahan. Kena sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan anak-anak dan juga pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan dan apa yang terjadi serta mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan segala permasalah yang mungkin timbul.
Bukan bermakna bila anak dah mula bersekolah, kita lepaskan segala-galanya kepada pihak sekolah. Peringatan kepada diri sendiri. Anak kita tetap perlu kita pelihara kebajikan mereka. Kita bayar yuran setiap bulan bukannya untuk memberikan kesan emosi dan psikologi yang negatif kepada anak-anak yer tak? Kita mahukan perkembangan yang positif berlaku kepada anak kita. Jadi marilah kita rapat-rapatkan diri kita kepada suasana persekitaran persekolahan anak-anak kita dan mengambil tahu setiap inci yang berlaku dengan cara yang paling bijak.
Macam-macam kemungkinan boleh terjadi dan boleh berlaku sepanjang sesi persekolahan anak-anak... Isu tetap akan berlaku tetapi kitalah yang menentukan bagaimana kita nak menyelesaikan dan berhadapan...
xtahu lah arfan nt nk masukkan skolah mn...skrg ni semenya mhl2 hehe....mtk2 ad rezeki lebih utk dia
ReplyDeletebetol tu..kne pilih tadika yang betoi3 bagus..takot ade kes buli ke kan
ReplyDeleteTak kisahlah ambil masa yang panjang sedikit mencari yang terbaik..
ReplyDeleteInsya Allah, anty doakan Ash akan dapat tadika yg terbaik nanti...
ReplyDeletehehe sekarang dalam perot elok lusa dah sekolah #eh
ReplyDelete