Home » , , , » Kalau Boleh Mudah, Nak Mudah Lagi...

Kalau Boleh Mudah, Nak Mudah Lagi...


Farah ni, kalau boleh mudah, nak mudah lagi. Siapa tak nak yer tak? Semua orang pun mahukan begitu. Jika ada cara yang lebih mudah, yang kita rasa "convenient" pada diri kita, pasti kita akan gunakan cara itu. Untuk keselesaan diri sendiri kan? Biarlah melabur sedikit asalkan berbaloi. 

Terbaru, Farah dah dapatkan klip pemegang telefon pintar di "stereng" kereta. Ya, Farah sangat-sangat perlukan ini. Sangat perlu. Disebabkan gaya hidup yang aktif (aktiflah sangatttt....Ahaks) dan selalu bergerak ke sana ke mari dengan kereta, memang dah sesuai sangat Farah gunakan klip telefon pintar ini. 

Harganya taklah mahal mana. Harga mampu milik iaitu sebanyak RM 15.00 sahaja. Kebetulan ada warna merah jambu lagilah sukaaa kannnn??? 


Haaa.... Gittew ha... Tak ke mudah. Farah ni dalam sehari memang sibuk dengan macam-macam. Disebabkan tak nak terlepas pandang apa-apa maklumat terkini di What's App "group" yang berjuta-juta "lemon" tu... Ha ha ha, tak adalah berjuta-juta "lemon", kira banyaklah banyak... Farah rasa ini adalah sesuatu yang praktikal juga bagi Farah. 


Lagi satu kalau gunakan peta Google pun mudah juga ni. Tak adalah sebelah nak pegang telefon, sebelah nak memandu. Lebih selamat macam tu kan? Tengah-tengah jalan jem dan sesak, kenderaan tak bergerak, bolehlah layan "movie" ke? Berita ke? Blog ke? Apa-apa yang patutlah. Mudahkan? 

Cumanya, peringatan kepada diri sendiri... Keselamatan jalan raya perlulah diutamakan di dalam apa-apa hal sekalipun. Jangan leka dan jangan lalai. In Shaa Allah tak... :-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kalau Boleh Mudah, Nak Mudah Lagi..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, September 11, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. ala...comelnya..mana beli ni farah..pinky pulak tu

    ReplyDelete
  2. Wahhh bagus ni. Beli dekat mana kak Farah?

    ReplyDelete
  3. Aahkannn...selagi perkara boleh memudahkan...selagi itu manfaatkan semaksimumnya..

    ReplyDelete
  4. Kalau pusing stereng dia xgerak2 sekali ke?

    ReplyDelete
  5. kalau bleh lagi mudah..sebut jer blog update..boleh x macam tu..hhehehehe

    ReplyDelete
  6. salam singgah sini farah....comel lah....

    ReplyDelete
  7. memang mudah gunkan klip pemegang macam tu.. comel dan murah pula tu..

    ReplyDelete
  8. Ok ke farah buat camtu. Tak menggangu kita driving ke.

    ReplyDelete
  9. Menarik juga nih... Senang nak tgk jalan...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY