Farah ni, kalau boleh mudah, nak mudah lagi. Siapa tak nak yer tak? Semua orang pun mahukan begitu. Jika ada cara yang lebih mudah, yang kita rasa "convenient" pada diri kita, pasti kita akan gunakan cara itu. Untuk keselesaan diri sendiri kan? Biarlah melabur sedikit asalkan berbaloi.
Terbaru, Farah dah dapatkan klip pemegang telefon pintar di "stereng" kereta. Ya, Farah sangat-sangat perlukan ini. Sangat perlu. Disebabkan gaya hidup yang aktif (aktiflah sangatttt....Ahaks) dan selalu bergerak ke sana ke mari dengan kereta, memang dah sesuai sangat Farah gunakan klip telefon pintar ini.
Harganya taklah mahal mana. Harga mampu milik iaitu sebanyak RM 15.00 sahaja. Kebetulan ada warna merah jambu lagilah sukaaa kannnn???
Haaa.... Gittew ha... Tak ke mudah. Farah ni dalam sehari memang sibuk dengan macam-macam. Disebabkan tak nak terlepas pandang apa-apa maklumat terkini di What's App "group" yang berjuta-juta "lemon" tu... Ha ha ha, tak adalah berjuta-juta "lemon", kira banyaklah banyak... Farah rasa ini adalah sesuatu yang praktikal juga bagi Farah.
Lagi satu kalau gunakan peta Google pun mudah juga ni. Tak adalah sebelah nak pegang telefon, sebelah nak memandu. Lebih selamat macam tu kan? Tengah-tengah jalan jem dan sesak, kenderaan tak bergerak, bolehlah layan "movie" ke? Berita ke? Blog ke? Apa-apa yang patutlah. Mudahkan?
Cumanya, peringatan kepada diri sendiri... Keselamatan jalan raya perlulah diutamakan di dalam apa-apa hal sekalipun. Jangan leka dan jangan lalai. In Shaa Allah tak... :-)
ala...comelnya..mana beli ni farah..pinky pulak tu
ReplyDeleteWahhh bagus ni. Beli dekat mana kak Farah?
ReplyDeleteAahkannn...selagi perkara boleh memudahkan...selagi itu manfaatkan semaksimumnya..
ReplyDeleteKalau pusing stereng dia xgerak2 sekali ke?
ReplyDeletekalau bleh lagi mudah..sebut jer blog update..boleh x macam tu..hhehehehe
ReplyDeletesalam singgah sini farah....comel lah....
ReplyDeleteHahhaha pink tak larikkk !
ReplyDeletememang mudah gunkan klip pemegang macam tu.. comel dan murah pula tu..
ReplyDeletebeli kat mana tu...
ReplyDeleteOk ke farah buat camtu. Tak menggangu kita driving ke.
ReplyDeleteMenarik juga nih... Senang nak tgk jalan...
ReplyDelete