"Getting Better @ It & No More Tears!!!"

Cerita gunting rambut...cerita biasa-biasa dan cerita perkembangan Iman Firash....:-)... Serasa Farahlah kannn??? Baru jer lagi sebelum Raya hari tu hantar anak teruna ni pergi gunting rambut... Ekekekeke...Cepat benau panjangnya yer? Memang punnn, rambut Iman Ash memang cepat panjang... 

Dan salah satu cerita yang sering dan kerap diceritakan di Bubblynotes.Com adalah cerita di mana, Iman Ash gunting rambut. Sebabnya, ada satu perkara yang sinonim dengan Ash bila gunting rambut, iaitu, setiap kali gunting rambut setiap kali tu lah dia akan teriak sampai desibel "sound system" dia tu boleh dengar sehinggakan ke kedai mamak di penghujung "shop lot" tu...

Mamak di kedai mamak tu pun sampai datang ke kedai gunting rambut tinjau apa yang tak kena, macam dipicit-picit jer menangis dia tu. Ha ha ha, taklah gurau jer, bila keluar dari kedai gunting rambut, mamak tu senyum jer tengok Ash...Sambil tegur..."Adiiiikkkk... kenapa adikkkk...nangis ka?"...Ha ha ha... Gunting di "barber" jerlah punnn...Kita orang semekin, makan semekut, tinggal semejid...Mana mampu nak gunting rambut anak di Jantzen ke hapa ke.... Ekekekeke... Setakat nak gunting rambut Ash nak ke "professional hairstylist"??? Ha ha ha, tak payah!!! Dia kecil lagi jer punnn... 


Haaa, cuba tengok ni... Muka serius jer kann??? Tapi kening tu merah jer tu...Berpujuk-pujukan ok? Yang penting yang pegang mesti Nek Ma bukan Mommy...Manja Nek Ma kannn??? Nek Ma dia marah macam mana pun...alih-alih...Nek Ma dia juga yang dia cari "uolss"... Dah tu??? Dari merah Nek Ma yang dok ulit dan belek dia? Hari-hari tinggal berdua dengan Nek Ma di rumah? Peneman dan jantung hati Nek Ma sangat nihh.... 


Agaknya dalam hati dia, alahaiiii, bilalah nak siap ni? Bilalah nak habis ni? Menyerah dalam keterpaksaan dan redha jer dia ni sebenarnya ni. Tapi memang Mommy dia buat macam-macamlah nak bagi dia diam supaya tak nangis. Ash ni kalau Uncle Suria ni yang guntingkan rambut dia, dia nak juga duduk diam dan kurang nangisnya...Tapiii, jangan Uncle lagi sorang yang Farah pun tak tau apa namanya...Ha ha ha...Memang ligat dan legatlah dia menangis... 

Tapi kannn...di penghujung tu, akhirnya... 


Menitis jugalah airmata dia sedikit...Alo alo alo...sedihnya anak manja Mommy ni yer? Alaaa...nak bagi "handsome" jer punn... Kan kena ada pengorbanan jika mahukan kecantikan...Ekekekeke... Ash kena belajar tu dari sekarang tau!!! Nak "handsome" kena "sacrifice" sikit... La la la la... 

"Summary"nya... secara keseluruhan, oklah dia sewaktu sesi memotong rambut semalam...Ha ha ha... Taklah teruk sangat menangis...Hurmm..mungkin dia akan semakin baik dan baik apabila memotong rambut di masa akan datang nanti? Sebab dah terbiasa dah itu rutinnya setiap bulan kann??? Dan selepas itu mungkin juga tangisan-tangisan gunting rambut akan perlahan-lahan lenyap ditelan masa...Ahakss... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Getting Better @ It & No More Tears!!!", diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, August 17, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. Alahai kesian auntie tengok Aish tu..
    Jgn nangis ye..
    Lepas gunting rambut Aish tersangatlah hensem.. :)

    ReplyDelete
  2. alolololo [-( ash menahan perasaan ye sayang..hehehehehe..

    ReplyDelete
  3. alololo...shian dia mummy kasi pendek rmbut ensem tu...hihihi...xpa2...lama2 steady mcm abg Aqil...hihihi

    ReplyDelete
  4. hahaha...mommy ni dok suspen je laaa... tp memg anak buat apa pon, nangis ke, gembira ke mak nya yg lebih... ash dah berap akli gunting rambut? si irine ni adoiii sekali je kot cukur rambut masa 2 bulan..tp rambutnya sampai sekrg segitu je la..hahaha.. pakai skirt pon org dok kata laki..adeh

    ReplyDelete
  5. Anak akak masa kecik pun mcm tu...sedih nau kalau nak potong rambut...

    ReplyDelete
  6. semakin besar semakin ok
    nnti anak sendiri akan decide nak potong rambut mcm mana....

    ReplyDelete
  7. alahai siannye dia... dah macam kena cekik ngan mak dia... hehe... jgn marah.. dulu danial pun macam bergaduh bila nak potong rambut dia. skang ni baru la dia ok.

    ReplyDelete
  8. Heheh. Menitis jugak ye dekat akhir tu. Lepas ni mesti dah tak nanges dah :D

    ReplyDelete
  9. lama2 nanti dia biasa ok la..kan??bila lgai nak mula kalau bukan sekarang..kalau tak jenuh la mommy jadi tukang gunting pulak kat rumah..eekek

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya lebih geram tengok pipi dia yang layut tu... apsal Ash ni ensem sangat sangat ni.. bergegar tulang rusuk aunty... wahhh gittew... *tetibe*

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY