![]() |
Sumber dari Google |
Nak dijadikan cerita... semalam ke dulu semalam, heee...kurang ingatan pula sebab tengah fikir benda lain ni dalam masa yang sama... Nak dijadikan cerita, orang gaji lagi seorang tu bergaduh besar dengan orang gaji kawan baik Farah ni. Dengan penuh emosi semua bagai, dia bercerita kepada mak kawan baik Farah.
Rupa-rupanya selama ini... Hurmmm... orang gaji separuh masa kawan baik Farah ni membawa anak-anak kecil kawan baik Farah ke rumah jiran sebelah dan rumah orang gaji yang lagi seorang tu sebab dia nak tidur. Tak cukup tidur kannn??? Nak "cover" tidur lah tu... Kemudiannya...caranya...letakkan anak kedua kawan baik Farah di celah peha (kita guna bahasa sopan sikitlah yer)...kepit anak kedua kawan baik Farah ni, tak bagi bergerak si kecil tu. Kalau si kecil tu menangis...Dia akan sumbat dengan botol susu...Sampaikannn....
![]() |
Sumber dari Google |
Tak cukup dengan itu... Ada masa-masa kalau dia tidur, dia biarkan anak kedua kawan baik Farah tu, pergi korek tong sampah dan ambil sisa makanan dalam tong sampah dan biarkan anak kedua kawan baik Farah ni makan apa-apa entah dari tong sampah. Ko rasa lagi???
![]() |
Sumber dari Google |
Penyelesaiannya, sampai hujung bulan ni jer kawan baik Farah gajikan dia. Sekarang ini, kawan baik Farah sedang di dalam proses untuk mencari orang gaji separuh masa yang baru. Payah juga macam ni kan? Bukan setakat kata di nurseri, kadang-kadang benda nak berlaku, depan mata kita pun boleh berlaku. Kannn??? Cumanya, Farah pesan, jangan beri orang gaji tu bawa anak-anak dia ke mana-mana. Yerlah, takut-takut kalau berlaku penculikkan kan? Kita tak tau...Lagipun memang kawan baik Farah kata, orang gaji tu macam berminat jer nak ambil anak kedua dia. Haihhh....
Memang kawan baik Farah dah tak bagi orang gaji tu bawa anak-anak dia ke mana-mana pun. Dan salah satu intipati perbincangan kami di pagi hari juga... Ada jugalah cadangan untuk menyelesaikan masalah ni. Mungkinlah mungkin, bergantung kepada situasi dan keadaan... Salah seorang akan diletakkan di "playschool" sementara kawan baik Farah bekerja... "Playschool" yang berdekatan dengan pejabat kawan baik Farah supaya kawan baik Farah boleh pantau... Bagi membantu meringankan beban mak dia... Jaga seorang sahaja.... Ataupun, letakkan di "playschool" separuh hari kemudiannya tengah hari ada van transit yang menghantar pulang ke rumah. Mungkin kanak-kanak dah pergi sekolah letih kann??? Balik setengah hari, mungkin akan tidur. Tengoklah macam mana...
Bila dengar cerita ni dari kawan baik sendiri, terfikir tentang anak sendiri. Alhamdulillah-lah sehingga ke setakat ini Ash masih di bawah jagaan Nek Ma dia sepenuhnya dan nasib baiklah dia seorang sahaja buat masa dan ketika ini. Sekurang-kurangnya, daya juga Nek Ma dia membela sementara Mommy kerja kan? Tapi tulah, buat masa sekarang, buat masa akan datang kita tak tau lagi. Hurmmm... Jujurnya macam Farah kata pada kawan baik Farah tadi, Farah risau juga kalau katalah Nek Ma Ash tak ada, mau tak kelam kelibutnya Farah nak uruskan segala? Iyalah, Allah tu tahu dan Allah tu tak akan uji kita sesuatu yang di luar kemampuan kita kannn???
Dalam hal kawan baik Farah ni, mak kawan baik Farah ni boleh jer jaga kedua-dua sebenarnya. Memang dia berkeras nak jaga cucu-cucu dia...Yer, kami-kami ni anak yang dijaga nenek, memang berat hati dan tak sampai hati, tetapi kadang-kadang tu atas permintaan nenek yang tak boleh nak dikata tidak. Macam dalam kes Ash, sebut jer...baru bayang jer, bayang ok... nak hantar Ash ke mana-manalah...dah mogok tak mau makan 2-3 hari, tak mau bercakap... kadang-kadang boleh tahan perut tak mahu makan 4-5 hari... Cucu kann? Sayang cucu kaedahnya...dan risau dengan macam-macam kes yang terjadi melibatkan kanak-kanak serta tak ada keyakinan cucu-cucu mereka diletakkan di pusat jagaan atau rumah pengasuh....
Kadang tu kasihan lihat mak kita yang dah jaga kita masa kecil, susah payah, selepas itu bersusah payah pula jaga anak kita. Tetapi kadang-kadang tu atas alasan yang tertentu dan sebab musabab tertentu... tetap mak juga yang jaga anak kita... Jadi tak perlulah nak pertikaikan yer kalau ada ibu bapa yang memberi anak-anak dijaga oleh atuk nenek... Dan tak perlu nak fikir yang kami-kami ni mendera mak ke apa ke...Fikir positif sikit!!! Masalah dalaman sesebuah keluarga kita tak tahu, jadi siapa kita nak menilai kehidupan orang lain yer tak??? Atas sebab tak sampai hati, kasihan dan berat hati tulah, kawan baik Farah mengambil orang gaji separuh masa untuk membantu.... Hurmmm...
Moga-moga selepas ini adalah penyelesaian yang terbaik buat kawan baik Farah tu....Tapi memang geram bila dia buat anak-anak kawan baik Farah macam tu... Farah geram, mak dia lagilah geram... Sampai kata tak tau nak nangis ke? Atau nak marah ke.... Dush dush dush.... Hati-hati yer sesiapa yang mempunyai orang gaji di rumah tidak kiralah sepenuh masa atau separuh masa... Sila pantau!!!
ish3.. ssh nak percaya org jaga anak skang ni..
ReplyDelete
ReplyDeleteEntry terkini.. Jemput singgah "Lantai Cilik Musim Ke-3"
takutnya ada maid yang macam gitu,, siap tidur sambil mengepit baby,, alahaiii,, semoga dapat pembantu baru yang baik dengan budak2,,
ReplyDeleteeish eish..
ReplyDeleteTakutnya yaAllah..lind apun dulu ssh nak percayakan org lain jaga anak-anak. Tapi, akhirnya kami redha juga hantar ke rumah pengasuh. Dekat dengan rumah dan ofis. Boleh jenguk2.
ReplyDeleteYa allah...lucky anak akak dan anak2 buah akak mak akak jaga...kesiannyaa...mintak dijauhkanlah...
ReplyDeleteini kira orang gaji separuh masa ke farah? dia kerja full la..tapi dia dibayar dengan upah 1100, memang dah besar pada saya, sebab saya hantar anak saya umur 3 tahun lebih dari bayi lagi sebulan rm300. dari jam 8 pagi hingga 6.30 ptg (smpai umah dia la).
ReplyDeletethanks for sharing
ReplyDeleteish kuang ajar btl org gaji nih.x sdr diuntung.dh la dtg negara org..nak cri mkn, tp mcm tu dibuatnya.org dh layan elok, tp pangai kalah setan..adeh la kesian baby tu..huhu.mjr rahsia dia dh terbongkar.kalau sy lah kan, sy xtggu la smpi ujg bulan, terminate trs je...lambat lg tau smpi ujg bulan..ape2 pn blh jadi.arap kwn sis blh pk blk..
ReplyDeleteAllah.erm macam tu yang tak nak tu..bila majikan kerja..pembantu rumah ambil kesempatan pula..kita nak kurangkan risiko..dia pulak menambah masalah..
ReplyDeleteYa Allahhh nak nangis la baca sebab terkenangkan anak-anak tuh!
ReplyDeleteLorrr smpai macam tu skali maid tu..hmm sgt xde sifat kemanusiaan.
ReplyDeletejemput datang ke blog saya 😊
thecikaann.blogspot.com
Ya Allah... Moga Allah lindungi anak2kecil itu.
ReplyDelete