Sumber dari Google |
"Maaaa Myyyy"... Sekarang dah pandai panggil Farah dengan panggilan penuh dah... Sebelum ini cuma panggil "Meeee..."....Zuuuupppp berdesup tiba-tiba ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata bila dengar dia panggil Farah macam tu...Ahaksss entah kenapa entah, walhal biasa jer kannn??? Tapi gembira lah gembira bila dengar Ash panggil macam tu.
Bila dah mahir berjalan dan berlari dah semestinya kita sebagai ibu bapa nak melihat anak kita boleh bercakap pula. Rasa tak sabar jer hendak mendengar perkataan pertama keluar daripada mulut comel tersebut. Ash dah lama dah bercakap, banyak juga perkataan yang boleh difahami... Contohnya...Ma (Nek Ma), Pa (Atuk), Ba bah (Abah), Meee (Mommy), "No!"... "Kokok" - (Chicken), "Moo" (Cow), "Mau" (Cat), Pinnn (Upin), Og (Frog) dan banyak lagi...He hehe... Cuma cakapnya tu tak penuh lerrr...
Sejak 2-3 hari ni dah mula penuh menyebut sesuatu perkataan... Bagaimana cara terbaik hendak mengajar anak bercakap? Ada teknik tertentukah?
Menurut artikel di SINI, sebenarnya bayi mula belajar bercakap sejak dia pandai mengeluarkan bunyi lagi pada usia 3-4 bulan. Pada usianya 8 bulan ke atas, bayi sudah pandai membunyikan perkataan tetentu. Galakkan anak anda banyak bercakap dengan cara kerap melayannya berbual. Walaupun dia kelihatan tidak faham tetapi percayalah dia sedang menyimpan apa yang didengarkan itu dalam kotak memorinya. Jangan melarang anak belajar bercakap, biarpun perkataannya tidak difahami atau berulang-ulang. Nek Ma Ash pun pesan perkara yang sama pada Farah... Rajin layan anak tu bercakap...Rajin...Ihikss...
Berikut adalah 6 cara merangsang anak supaya lancar bercakap:
Teruskan Peniruan
Biarkan anak meniru apa yang anda ucapkan. Sebab tu bercakap yang baik-baik, berkata yang baik-baik, jangan sesekali menyebut "vulgar words" di hadapan anak-anak. Ini kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan mengumpul perbendaharaan kata. Menghalang anak meniru percakapan anda akan membuatkan anak hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarkannya.
Berbual
Ini teknik mudah yang boleh dipraktikkan sejak anak lahir lagi. Kekerapan ibu ayah melayan anak berbual membuatkan si anak lagi cepat bertutur. Dalam masa yang sama dedahkan anak dengan penggunaan bahasa asing seperti Bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin.
Ajar Sebutan Betul
Jangan mengada-ngada untuk mengajar anak anda bercakap pelat yer... Ajar anak bercakap dengan cara sebutan yang betul. Tidak semestinya bercakap dengan anak kecil perlu bahasa yang pelat.
Kata-Kata Negatif
Pendedahan kepada pelbagai bahasa negatif daripada persekitaran seperti orang sekeliling, televisyen dan sebagainya boleh membuatkan si kecil pandai menuturkan kata-kata negatif. Nasihatkan anak kecil yang tidak tahu apa yang dituturkan itu.
Ajar Perkataan Positif
Beri dorongan kepada anak untuk bercakap bahasa yang sopan. Misalnya, ajar ungkapan "terima kasih", "minta maaf" untuk semua perbuatan yang dia atau anda lakukan. Secara tidak langsung anak tahu penggunaan perkataan itu pada situasi yang bagaimana.
Pengulangan
Si kecil bukan belajar bercakap dalam masa sehari sahaja. Tetapi ibu ayah perlu rajin mengulang perkataan yang sama setiap hari. Lama kelamaan dia akan pandai bertutur dengan sendiri. Yang penting ibu ayah tidak malas melakukan rangsangan ini.
Mesej yang jelas dan nyata... ibu bapa kenalah rajin...Kena rajin yer rajin...Ha ha ha...Jangan malas... Walaupun kadang-kadang tu rasa malas... Tapi setakat ni, Alhamdulillah, belum rasa malas lagi malahan seronok... Tazzabar tunggu dia lancar bertutur ni sebenarnya nih... Tapi dalam tazzabar tu, ada "another side of it" yang In Shaa Allah, bakal Farah kongsikan di dalam entri yang seterusnya mungkin??? ;-)
sbb tu skrg ni melayan je arfan kalo dia byk tanya walaupon benda yg sama je.
ReplyDeleteHehehe tang jangan ajar cakap pelat tu memang saya setuju sangat. Sapa cakap pelat ngan anak saya mmg kena tegur. Hehe
ReplyDeleteLepas ni ash tegur amoi pakai skirt pendek..hihihi..
ReplyDeleteWahh bagus ni :)
ReplyDeleteyg penting komunikasi dan masa yang kualiti yang kita spend bersama anak kan;)
ReplyDeletewaktu bersama anak memang perlu. tambahan pula sekarang ini dizaman gadjet, mungkin ada ibubapa yang sibuk dengan tablet sehingga lupa berkomunikasi dengan anak-anak
ReplyDeleteibu ayah memang kena rajin mengajar baru anak rajin juga belajar :)
ReplyDeleteperanan kita untuk didik mereka kan..tq farah
ReplyDeletemaksudnya dari awal lg dah kena latih.. hehehe..
ReplyDeleteNice tips.. Tapi setiap anak memang berbeza... Si kakak cepat cakap dan mudah ikut, si adik mencabar nak ajar dia cakap..
ReplyDelete