Berjaga-Jaga Di Tengah Malam...


Mujurlah Mommy ni masih belum mula bekerja lagi hari ni. Jika tidak, mahu haru juga jadinya kan? Kurang sihat Ash ni yang benarnya. Suhu badan 39 selepas Maghrib semalam. 

Pengalaman yang lepas-lepas banyak mengajar, makanya tidaklah menggelabah atau panik yang melampau. Lakukan apa yang perlu dilakukan bagi membantu menurunkan suhu. Ingat dan belajar dari apa yang pernah berlaku.

Bila naik sahaja suhu, yang utama sepertimana yang Farah pernah kongsikan di dalam beberapa entri yang lepas. Terus bukakan baju yang boleh memerap haba. Pakaikan baju tipis supaya haba panas tidak terperangkap. "Sponge" dengan air pili dan bukannya air ais. Masukkan "suppository" di bahagian punggung dan memastikan pemberian ubat selang 4 jam sekali secara konsisten.

Semua ini dilakukan dengan pantas tanpa menunggu apa-apa pun lagi kerana tak sanggup lagi dah peristiwa 12.30 AM: Berkejaran Ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam. Kalau boleh biarlah itu cuma sekali.

Alhamdulillah, secara perlahan-lahan sehingga ke tengah malam dan pagi, suhu turun juga. Syukran Ya Allah, segala usaha memberikan maklum balas yang positif. Lega rasa hati ini...

Sehingga ke jam 3.00 pagi tadi, suhu telahpun menurun kepada 37 bacaannya. Sejam sekali letak termometer pada telinga si kecil tu, dan dah macam lagak jururawat semasa di KPJ pula ko... Siap ada buku catatan suhu khas yang bila mana Ash tak sihat jer semenjak insiden "fits" a.k.a. sawan tarik  yang berpunca dari demam, memang jadi seorang ibu yang terlalu teliti dan melindungi sangat.

Siap ada buku khas. Siap ada "table" untuk mencatatkan bacaan, setiap letak tarikh dan pukul berapa lagi catat suhu. Ini kalau Ash dah besar sok-sok dan dah faham, bagus juga kalau tunjuk pada dia nih... Ha ha ha... Biar dia tau macam mana Mommy susah payah menjaga dia dan macam mana Mommy lakukan.

Bukan nak mengungkit dengan anak oiii atas apa yang dilakukan pada mereka untuk mereka. Akan tetapi, "life skills" kot? Bila kita terangkan pada mereka, moga-moga satu hari nanti begitulah juga mereka akan lakukan pada anak-anak mereka nanti. :-).

Seperti biasa, Ash tidur dan Mommy berjaga bila Ash tak sihat. Kena ambil bacaan suhu badan anak kannn??? Setiap 2 jam sekali... Sambil-sambil tu, "touch" sana, "touch" sini, godek sana, godek sini. Bila Ash kurang sihat "Emergency Response Plan" diaktifkan. Kalau mulanya kod merah, haruslah pastikan turun ke kod kuning seterusnya hijau dan seterusnya ERP ditutup.

Bila anak pernah sekali terkena "fits", memang tak akan pernah culas memantau perkembangan dan lakukan apa yang patut dilakukan...Beginilah caranya dan perkaranya yang mana salah satu perkara sebagai ibu ataupun bapa perlu hadapi dan lalui.

Moga cepat sembuh yer sayang? Sebelum Mommy "start work" minggu ini. In Shaa Allah, mudah-mudahan... Amin... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Berjaga-Jaga Di Tengah Malam..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, August 10, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. Amin..bila ash sihat..aktif..mummy pergi kerja pun senang hati..

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh.risau jugak budak2 demam.sekarang musim demam kan.kite pon demam.huwaa

    ReplyDelete
  3. hebat mommy, ada emergency response plan...i likeeee... :))

    http://puteriyusof.com

    ReplyDelete
  4. Ibu mana tak risau bila anak tak sihat. Alhamdulillah Ash dah ok :D

    ReplyDelete
  5. semoga ash cepat sembuh...demam nak dapat adik kot ni?

    ReplyDelete
  6. anak x sihat, kita yg x tido.
    exactly, tiap kali anak sakit, ibu jadi misi :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY