Perkembangan Pertuturan | Kini Beralih Ke Bahasa Sarawak Ke???


Selalunyalah kannn? Farah ni kalau nak mengibaratkan corak atau bunyi pertuturan Ash, selaluuuuu jerrr sebut-sebut di dalam entri yang Ash bertutur di dalam Bahasa Jerman ataupun Korea. Hik hik hik...tetapi kini bak kata kawan-kawan dari negara jiran kita Indonesia... "Udah tidak cocok mbah..."...He he he... Sebab... Kalau didengar betul-betul dari mulut bertih goreng Ash sekarang ini...ianya ibarat Bahasa Sarawak ataupun Bahasa Sabah... Bha ha ha... Pekat betul iderammm dan sebutannya... Proses perkembangan pertuturan begitulahhh... Tapi, tak adalah dia sampai langsung tak boleh menyebut perkataan-perkataan yang betul... Antara yang boleh didengari dengan betul melalui mulut bertih goreng Ash... 

Ma... (bermaksud Nek Ma)
Papa.. (bermaksud Atuk...Haiishhh pening pening...Atuk dia dipanggil Papa...)
Bah bah (bermaksud Abah...)
Meeee (bermaksud Mommy)
Anyan (bermaksud jangan)
Kum (bermaksud Assalamuaikum
Ry (bermaksud "Sorry")
Ish (bermaksud "Fish")

Dan sebagainya... kalau nak senaraikan memang banyak jugalah, ha ha ha...nanti sampai ke sudah dok senaraikan semua perkataan yang Ash sebut...Tak jadi cerita kita di dalam entri ini... 

Semakin hampir ke usia 2 tahun, semakin Farah mengingatkan diri untuk fokus terhadap perkembangan Ash... Ini termasuklah ke atas perkembangan pertuturan...Pernah Farah kongsikan di dalam entri sebelumnya yang bertajuk Kenali Isyarat Awal Anak-Anak Bermasalah Pertuturan mengenai cara-cara atau kaedah untuk mengenali serta mengesan sekiranya anak-anak kecil kita mempunyai masalah pertuturan sedari awal...Penting yer ibu bapa semua untuk anda kesan sekiranya anak-anak kecil anda bermasalah pertuturan ataupun tidak... 

Masalah pertuturan juga sinonimnya dikenali sebagai "speech delay"... perkembangan kanak-kanak walaupun setiap dari mereka itu berbeza namun secara kasarnya akan berkembang mengikut suatu kadar yang tertentu. Ini dinamakan "Developmental Milestones". Dari segi pertuturan, ia bermula sekitar umur 11-12 bulan di mana setiap anak akan dapat menuturkan satu perkataan yang memberi maksud tertentu. Selalunya perkataan ringkas sepertimana yang Farah nyatakan di atas. Sekitar umur 2 tahun 5 bulan ke 3 tahun seorang kanak-kanak sepatutnya boleh bertutur di dalam satu ayat yang mengandungi 2-3 patah perkataan serta faham akan arahan ringkas. Berkemungkinan sesetengah kanak-kanak sudah boleh memberitahu nama sendiri dan mengira 1-10 pada umur sekitar 3 tahun. - sumber dari SINI

Anak Mungkin Bermasalah Jika...
  • Tidak menggunakan gerak isyarat, seperti menunjuk atau melambai selamat tinggal ketika usianya sudah menjangkau 12 bulan.
  • Lebih gemar membuat isyarat berbanding lisan dalam komunikasi meskipun usianya telah menginjak 18 bulan.
  • Memiliki masalah untuk meniru bunyi sewaktu usianya menjangkau 18 bulan.
  • Mempunyai kesukaran memahami permintaan lisan yang mudah.
  • Hanya mampu meniru ucapan atau tindakan orang lain dan tidak mengeluarkan perkataan atau frasa secara spontan. 
  • Hanya menghasilkan bunyi atau perkataan-perkataan tertentu secara berulang kali dan tidak boleh menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi dengan serta merta. 
  • Tidak mampu mengikut arahan mudah.
  • Mengeluarkan nada yang luar biasa.
Sumber dari SINI.

Akan tetapi, menurut sumber di SINI, sebagai ibu bapa kita tidak perlu khuatir sekiranya anak kecil kita didapati mempunyai tanda-tanda yang mereka mengalami masalah pertuturan. Ini bukan bermakna anak kita sangat lambat di dalam pertuturannya. Terdapat beberapa sebab kenapa seorang kanak-kanak lambat dalam perkembangan pertuturannya. Sebab yang utama ialah masalah pendengaran. Pertuturan dan bunyi bahasa adalah sangat kompleks yang mempunyai pelbagai intonasi dan gelombang bunyi yang berbeza-beza. Terdapat sesetengah kanak-kanak walaupun mereka boleh mendengar, namun pada gelombang bunyi dan intonasi tertentu kanak-kanak tersebut tidak dapat mendengarnya dengan jelas. Oleh itu, sebagai langkah pertama, anak perlu diberikan evaluasi terperinci daripada pakar audiologi untuk memastikan tiada masalah pendengaran yang mungkin berlaku.

Jikaaaa...anak mempunyai pendengaran yang normal, sebab-sebab lian yang boleh menyebabkan masalah lambat bertutur adalah komunikasi itu sendiri.

Komunikasi dua hala perlu mempunyai kiu-kiu non-verbal seperti mimik muka serta gerakan lidah. Jika seseorang kanak-kanak itu tidak dapat melihat pergerakan muka dan bibir ketika bercakap, agak sukar baginya untuk meniru gaya percakapan seterusnya bertutur. Untuk itu...adalah penting jika kita bercakap dengan kanak-kanak, kita perlu melihat ke wajah mereka supaya mereka dapat meniru dan memahami gerakan lidah bagi mengeluarkan perkataan tersebut, seterusnya bertutur dengan jelas. 

Tindakan mengajuk cara percakapan secara bayi atau "baby talk" juga tidak sesuai. Ini seolah-olah memberikan dorongan kepada mereka untuk terus bertutur di dalam bahasa mereka sendiri tanpa memahami cara sebenarn sesuatu perkataan disebut. 


Akhir sekali, sekiranya evaluasi pendengaran mendapati pendengaran seorang kanak-kanak yang lambat bertutur itu normal, dia akan dirujuk kepada ahli terapi pertuturan (speech therapist). Ahli Terapi Pertuturan pada waktu ini boleh didapati di hampir kesemua Hospital Besar Kerajaan. Namun disebabkan bilangan mereka terlalu kecil, mungkin senarai menunggu agak lama. 

Ibu bapa jangan anggap sekiranya anak-anak tu ada masalah pertuturan anak tu cacat ok? Dan jangan pula merendah diri kerana bukan anak anda sahaja yang mengalami masalah tersebut...Ramai kanak-kanak di luar sana yang mengalami masalah yang sama...Lambat pertuturan bukannya tidak boleh bertutur langsung... Cuma lewat sahaja...Tak apa, bersabar... Sebab tu penting kita sebagai ibu bapa untuk memantau secara rapat ke atas perkembangan pertuturan anak-anak kita... Bukan Farah cuma pandai berpesan kepada anda semua, tetapi juga peringatan kepada diri sendiri... Sekiranya ada tanda-tanda yang anak kecil kita mungkin mengalami masalah pertuturan... Silalah bertindak segera dengan berjumpa doktor pakar yang berkaitan bagi merawat ataupun membantu anak-anak kecil kita dengan masalah pertuturan mereka... 

Oh ya... ada dua jenis masalah pertuturan ini yer... menurut sumber di SINI, Kelewatan Ekspresif iaitu kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi dan Kelewatan Reseptif iaitu sukar menafsir atau memahami percakapan orang.

Bagi Ash yang kini berusia 18 bulan dan bakal mencecah 19 bulan... dia telah memahami arahan mudah seperti "don't touch" / jangan sentuh, bercakap kurang 20 patah kata mudah seperti "mama" atau "nak", memberi maklum balas kepada pertanyaan mudah seperti "where's your tummy?", "where's your shoes?" dan telah kenal lebih dari 3 anggota badan mudah seperti kepala, hidung, mata, perut bila ditanya. Setakat ini positif perkembangannya, Alhamdulillah dan adalah diharapkan agar ianya berterusan. Cumanya... Itulah... sekarang ni cakapnya berbunyi seakan-akan Sarawak atau Sabah kadang kala tu...Ihikss.... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Perkembangan Pertuturan | Kini Beralih Ke Bahasa Sarawak Ke??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, June 25, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. Atuk jd papa...fuhhhh...rs muda trus atuk tu...hihihi...

    Aqil pon masih x pndai sebut cntum2 ayat...tp jenuh gak la nk phm

    ReplyDelete
  2. Adik ni berat mulut.. Ikutkan ciri yg disebut tu dah ada... Tapi tu lah.. Kena bagi air ayat quran juga ni... Nanti minta abi dia buatkan.. Risau pula.. Sebab tak nak ikut apa kita cakap..

    ReplyDelete
  3. suka dgr anak besar belajar ckp.. comel jer!

    ReplyDelete
  4. izzat lambat bercakap, farah.
    risau hati aida.
    but now, menjelang nak masuk 3 thn next month, ok la skit.
    da boleh construct ayat dgn 3 perkataan.
    boleh kira 1-10.
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY