"Hye uolss..."... Ahaksss tibalah mood gedik di bulan Ramadhan "I is" tu... Hari ni "I is" cuti jadi harap mahaplah yer kalau kurang ber-blogwalking tu... (Tak menahan "disclaimer" dulu...)...Kalau tidak waktu rehat laju jer Farah menyinggah kann??? Esok yer esok...
Dan hari ini jugalah seorang Mommy telan air liur ibarat gulp gulp gulp... Puasa kannn??? Takkan nak minum air pula... Ekekekeke... Kerana? Kerana anak teruna Farah telah bertukar menjadi "Hulk"... Bha ha ha... Apa yang anda lihat di atas itu adalah laci kepada "tv console" Farah di rumah... Huwaaaa dah nak raya pula dia buat perangai... Phewww, apa pun tak boleh.
Apa yang anda perasan? Cuba teka? Cuba teka... Ha ha ha, suruh main teka-teka pula yer? Sudah terang lagi bersuluh...Perbezaannya besi pemegang laci yang di bawah sudah tercabut!!! Siapa yang cabut??? Raksasa anak kecil Mommy yang bernama Iman Ash lah... Siapa lagi...Aduhhh makkk... Apa pun tak boleh... Kuat betul tenaga awak Ash... Terkejut sekejap Mommy tadi... Nek Ma pun terkejut... Dia yang cabut lepas tu dah tau melakukan kesalahan, datang pasa Mommy tunjuk besi pemegang tu sambil muka nak nangis...Sebab tau dia dah buat salah kan? Sambil jari telunjuk tangan sebelah kanan menunjukkan tanda... "Ha ha..tak tau siapa buat..."... #ehhh Ash yang buat takkanlah ha ha kat Mommy pula...
Ihikss... Pening jap kepala Mommy... Rasa nak pengsan pun ada juga... Agak-agak Ash kena marah Mommy atau kena bap Mommy tak??? Takkk... Mommy cuma tanya kenapa Ash cabut? Kuatnya tenaga Ash??? Tak marah dan tak bap, tapi cuba berkomunikasi dan menggunakan pendekatan secara lembut untuk terangkan kepada Ash agar Ash faham lain kali jangan melakukan perkara yang sama... Hujungnya dengar... "Ryyy..." yang bermaksud "sorry"... Ha ha ha... Rasa nak gelak pun ada...
Hurmm... Ni tengah usaha nak fikir macam mana nak pasang balik ni... Sama ada bertukang? Atau cara mudah guna "super glue"...Ha ha ha... bila ada anak yang aktif dan giat bereksplorasi ni, memang ginilah gayanya yer tak? Selagi boleh diperbaiki dan nampak seperti sediakala kita cubalah baiki...Takkan nak beli yang baru pula??? Sebab yang lain masih baru dan elok lagi kondisinya...Tak perlu membazir kan???
eheheh mencabar jugak ada anak yang sel-sel otak berhubung kaw-kaw ni..
ReplyDeleteabeh diusik sana sini..
takpe, proses tumbesaran kateko..hikss
selagi boleh glue, glue kan ajelah
adoi laaa..dah pandai cabut2.. memang saja nak buli mommy..mommy kan cuti kannnn..haha
ReplyDeleteIlmu baru ash..sabar ye mommy..ash pun dah minta maaf..hehe..
ReplyDeleteHahhahha kuat bebenau Ash.... ni mesti pemegang laci bagi kerjasama pada Ash ! muahahahhaa
ReplyDeletemula tadi dok perati amenda ni. hahaha
ReplyDeleteBoleh repair tu...
ReplyDeleteadehhh...menguji kesabaran tu..hehe
ReplyDeleteBoleh lekat balik kot tu... Selagi boleh repair.. Repair aje..
ReplyDeleteha ha aduhai.
ReplyDeletesabo le farah.
repair kalau boleh :)