Home » , , , , , , , » Ibu Dan Juga Bapa... Masa Di Restoran Bersama Anak Kecil...

Ibu Dan Juga Bapa... Masa Di Restoran Bersama Anak Kecil...


Ada banyak perbezaannya bagi pasangan suami isteri sewaktu makan di restoran ketika masih belum mempunyai anak dan setelah dikurniakan cahaya mata. Sangat-sangat banyak perbezaannya... Farah rasa anda mungkin bersetuju dengan Farah? Jika dahulu sebelum mempunyai cahaya mata, apa yang perlu dibawa cumalah diri sendiri, masuk ke restoran, lihat menu dan lakukan pesanan. Pesanan sampai, makannn.... setelah makan bayar dan berlalu pergi. Semudah itu, semudah ABC... Heee... 

Akan tetapi ada perbezaannya setelah bercahaya mata kann??? Bergerak masuk menuju ke restoran bersama beg khas yang membawa bekalan anak kecil yang mengandungi pelbagai keperluan mereka seumpama bekalan susu, bekalan air suam, bekalan baju lebihan, bekalan lampin pakai buang dan sebagainya. Sampai di restoran, minta kerusi bayi jika anak sudah pandai duduk, bagi bayi yang terlalu kecil adakala si ibu akan memangku ataupun diletakkan di dalam "carrier" berbentuk bakul itu sepertimana yang biasa kelihatan. 

Jika bayi masih kecil, dapatlah melihat pilihan menu yang disediakan dengan sedikit tenang, jika sudah mencecah usia dengan banyak akal di dalam fasa bereksplorasi dan juga melasak? Haaa... pada waktu dan ketika itu, kamu bakal merasa bagaimana berperang ataupun dalam kata lain"struggling and juggling". Ha ha ha. Itu sewaktu melakukan pesanan. Ketika menunggu pesanan??? 

Sumber dari Google

Anak kecil yang sedang giat bereksplorasi dan di dalam proses tumbesaran memang payah atau memang jarang kelihatan mahu duduk diam lebih dari seminit. Kalau dapat 5 minit anak itu duduk diam pun dah kira "a blessing to the parents" dah. Bukan selamanya mereka akan begitu... jangan risau... ketika di fasa tertentu sahaja... minda mereka sedang berkembang tetapi kita ni lah sebagai ibu bapa perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan perlu pandai mengawal situasi. Ngeh ngeh ngeh... Kalau tak betul-betul, kadang kala tu tak jadi makan jadinya. Itu yang ada kalanya, Abah makan dulu sementara Mommy kawal Ash, Mommy makan, Abah kawal Ash. Supaya ada yang memantau dan ada yang mengawasi. 

Tentu tentulah kita sebagai ibu bapa tak akan membiarkan anak kecil kita yang masih tidak tahu apa-apa keseorangan kan? Nak nak lagi, seperti Ash yang peramah dan rajin sangat menegur sesiapa sahaja. Kes penculikan kanak-kanak semakin berleluasa sekarang ni. Bahaya ooo... jika dibiarkan sebegitu sahaja... lebih-lebih lagi jika kanak-kanak kecil jenis yang senang mengikut... Nauzubillahminzalik... Bukan sekadar itu, kita akan jadi risau dan perlu mengawal supaya anak kita tidak menyepahkan atau memecahkan serta merosakkan barangan di restoran tersebut. Pertamanya, kita tidak mahu kecederaan berlaku kepada anak dan yang keduanya kita sebolehnya mahu mengelakkan dari menanggung sebarang kos kerugian pihak restoran. Tak sedaplah macam tu kan? Kawal dan jaga sebaiknya sekali boleh. Ha ha ha... mana ada istilah makan dengan tenang bila beranak kecil ni? Melainkan ibu bapa jenis yang tak kisah dan lantaklah anak tu nak buat apa sahaja. 

Ketika pesanan makanan sampai juga... bagaimana nak buatkan anak supaya duduk diam di kerusi bayi? Phewww... itupun cabaran juga... muahahaha... Mereka ni bukannya mahu duduk lama sangat sekiranya jenis yang aktif. Kalau jenis yang duduk diam sahaja tu, syukur Alhamdulillah, mudah kerja ibu bapa. Di sinilah sebenarnya bagaimana kita mengambil ruang dan peluang mengajar anak-anak bagaimana untuk berdisiplin di meja makan dan ketika makan. 

Bagi Farah, ermmm... Farah bukanlah cuba membayangkan atau mengatakan Farah sebagai bagus sangat yer? Ha ha ha, nanti ada yang rasa jiwa merengat-rengat pula menyampah dengan kenyataan Farah. Sekadar berkongsi pengalaman sendiri... Kebiasaannya ketika waktu makan, Ash akan didudukkan di kerusi bayi dan Farah akan meminta set pinggan mangkuk plastic berserta sudu untuk diberikan kepada Ash untuk dimain. Memandangkan dia sekarang sibuk bereksplorasi mahu makan sendiri... Farah akan meletakkan sedikit "portion" makanan untuk Ash berekplorasi... Euwww memanglah orang kata anak akan comot akan menyepah dan itu bukannya rumah. Betul... tapi perlukah menyekat perkembangan anak? Ada anak kecil memang begitulah, takkan semuanya nak ambil mudah sahaja? Kenalah bekerja sedikit... Sebab tulah ada baju persalinan, ada "wet tissue", ada tuala... Selepas makan bersihkan anak... dan apa yang disepahkan biasanya Farah akan minta penyapu dari pigak restoran ataupun cuma kumpulkan sepahan tersebut di satu tempat supaya tidak terlalu membebankan pihak restoran. Ngeee... kita pun ada rasa segan yer tak? Walaupun pihak restoran faham dan kadang-kadang tak kisah kerana itu tugas mereka untuk melayan pelanggan dan membersihkan. 

Begitulah keadaannya bila beranak kecil dan makan di restoran... hurmmm... agak-agak jika tidak mahu penat, tidak mahu melalui fasa-fasa sebegini... jawapannya mudah... sama ada "tapau" ataupun masak sendiri di rumah dan makan di rumah...Betul???

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ibu Dan Juga Bapa... Masa Di Restoran Bersama Anak Kecil..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, June 4, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

18 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih kerana sentiasa sudi singgah di sini anum.... :)

      Delete
  2. tu la antara cabaran nye hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini namanya cabaran yang manis yang akan dikenang sepanjang hayat ni...

      Delete
  3. skrg ni sy dh xmampu nk mkn kat kedai.arfan mmg xnak duduk lgsg bila dh nampak kucing..mn kucing pegi dia akan ikut.mmg xtenang nak makan, last2 tapau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, dia minat sangat dengan kucing tu....

      Delete
  4. yes betul tu..
    kadang2 tu makan gilir2 dengan husband..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terpaksa makan gilir-gilir, tapi kalau seorang diri makanya kena makan sambil berhenti-henti...hik hik hik...

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah jika benar bijak...he he he....

      Delete
  6. Tapi kalau anak tak didedahkan situasi dlm restoran pun kesian juga Farah
    Tak apalah sesekali kita jadi tukang bersihkan simen/meja restoran yg anak kita sepahkan
    Kepuasan kena ada ye tak?

    ReplyDelete
  7. pening kepala bila bawa anak makan kat luar..belum bab sudu terpelanting..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh bab sudu terpelanting tu memang biasa...ngeh ngeh ngeh.... jadi tukang kutip pula kita kannn???

      Delete
  8. memang bukan sennag bila ade baby..nak makan pun susah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar yer nad, nanti merasa juga tak lama lagi... he he he....

      Delete
  9. dah lalui dr anak pertama smpi la ke empat, memang sgt2 mencabar, yang penting kita tau handle. Betul, kalau tak mau risiko, tak payah masuk restoran, tapau. Kalau nak sgt mkn di restoran (sesekali nak lah makan di restoran kan) kena pandai/tahu tengok mood anak2, dan kalau nasib kita baik, anak-anak sangat baik di restoran, dan ia satu bonus untuk kita, dan jangan lupa puji anak-anak, "sayang bagus hari ni, sayang cerdik, sayang pandai, sayang baik" etc ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood yang tak menentu tu yang susah nak jangka tu....

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY