Mahu Makan Sendiri...

Farah Waheda Wahid
16

Ini sikit jer ni kannn??? Ada yang lagi teruk sepahnya dari ini kannn??? Setakat ini belum lagilah sepah tahap ekstrem, tetapi bersepah jugalah... Belum merasa lagi, air tumpah, kuah tumpah ataupun nasi terburai di atas permaidani atau lantai... Hu hu hu, harapnya tidaklah sampai ke tahap begitu kannn??? Harap jer... Ha ha ha, kanak-kanak ni kalau nak dilakukan berlaku juga... Phewww... Sekarang ni, kalau agak-agak nak sepah tu, letakkan duduk di satu kawasan beralas ataupun di "baby chair" dia, jadi sepah setempat... Sepah tu biasa...Semua kanak-kanak buat sepah... Tapi sepah seluruh alam tu macam pengsannn jerrr??? Ha ha ha... Makanya, boleh jika nak menyepah wahai anak... tapi tunggu Mommy letak di satu kawasan khas ataupun tempat yang beralas... Hik hik hik... Kalau tak bagi menyepah seolah macam menyekat pula yer tak??? Hishhh, jangan disekat, sel-sel otak sedang berkembang dan berhubung di antara satu sama lain tu... 

Kalau ditanya-tanya memanglah lebih selesa untuk menyuap anak makan dari membiarkan mereka menyuap sendiri... Sebabnya, nanti makanan entah ke mana, comot entah ke mana, sepah entah ke mana... Ha ha ha... Tetapi bila anak sudah mahu makan sendiri... Sepertimana Ash sekarang ini... Setiap kali waktu makan, Farah atau Nek Ma Ash akan sediakan satu bekas makanan khas bersama sudu untuk dia suap makanan sendiri dan satu lagi bekas makanan tak kiralah pinggan ke mangkuk ke, untuk Farah atau Nek Ma Ash suapkan dia makanan... Nak harapkan dia suap sendiri mana nak datang kenyangnya...Bila perut lapar, mulalah nanti macam-macam rengek yang keluar kan??? Nak bagi kenyang, tak apa...biarkan dia menyuap sendiri dan dalam masa yang sama, sambil-sambil dia menyuap diri sendiri, Farah atau Nek Ma akan suap Ash juga.... Bagi dia kepuasan yang dia mahu dan biarkan dia bereksplorasi... 

Berdasarkan sumber di SINI tentang isu anak mahu makan sendiri ni... Apabila anak anda sudah berusia lebih kurang 9 bulan, dia biasanya telah mempunyai koordinasi yang diperlukan untuk mengambil makanan dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya - pegangan sepit (princer grasp). Pada peringkat ini, bayi atau anak kecil sepatutnya telah biasa dengan makanan seperti bijiran nasi dan daging atau sayuran puri. Anda boleh terus menggalakkannya dengan memberi "finger food" seperti potongan kecil betik atau pisang yang boleh dipegang dengan jarinya dan dimakan sendiri. Ha ha ha...lepas tu nanti dia akan buat lenyek kann pisang tu??? Anda juga boleh memberikannya sudu bayi supaya dia dapat belajar memegang atau bermain dengan sudu walaupun belum pandai menyuap dirinya. 

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh membantu anda memperkenalkan dan menggalakkan anak kecil anda menggunakan sudu dan garpu:

Perhatikan Petandanya
Jika anak anda boleh memegang makanan menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya. Alahaiii comelnya bila dibayang-bayangkan...ekekekeke... maka dia mungkin sudah bersedia untuk menggunakan sudu. Ramai kanak-kanak mula menunjukkan minat untuk menyuap sendiri sekitar usia 9 dan 14 bulan.

Melekitnya!
Berikan makanan yang separa melekit seperti keledek lecek yang tidak mudah jatuh daripada sudu. Ini meningkatkan kejayaan anak kecil untuk menyuap makanan sendiri. Makanan yang mudah jatuh daripada sudu mungkin menyebabkan anak kecil putus asa. Ha ha ha... Macam Ash...bila tergelincir makanan dari sudu atau jatuh makanan dari sudu... Menjerit lepas tu menangis.... Hu hu hu... 

Puji Usaha Anak Anda
"Good boy"... "Pandaiiii..."...Ha ha ha... antara kata-kata pujian pada Ash bila dia berjaya memasukkan makanan ke dalam mulut dengan jayanya... Bina keyakinan anak anda dengan memuji percubaanya menggunakan sudu. Gunakan komen yang boleh menggalakkan kemajuan anak anda. 

Jangan Paksa
Jangan paksa anak anda jika dia masih belum bersedia. Ketepikan sudu dan cuba semula dalam beberapa minggu lagi.

Jadilah Teladan Yang Baik
Bayi atau anak kecil sering memerhatikan bagaimana anda menggunakan perkakas makan anda. Oleh itu, gunakannya secara betul.

Jangan Marah Jika Tempat Menjadi Kotor
Biasa lettew... kalau tempat makan menjadi amat kotor apabila anak anda belajar menyuap diri. Letakkan lapik lantai di bawah kerusi tinggi bayi untuk mengurangkan kerja kebersihan. Gunakan alas dada bayi agar bajunya tidak kotor. 

SILA GUNAKAN PERKAKAS MAKAN YANG BETUL!!!
  • Dapatkan sudu khusus untuk kanak-kanak bertatih yang mempunyai pemegang pendek serta senang dipegang, pinggan berpinggir getah yang tidak mudah bergerak dan alas dada bayi yang sesuai.
  • Perkenalkan cawan sedut yang diisi air atau susu apabila anak anda menghampiri usia setahun. Apabila bayi itu memegang cawan dengan kedua-dua belah tangannya, ia akan menggalakkan perkembangan kemahiran motor dan juga penyuapan sendiri.
  • Perkakas yang mudah digunakan akan menggalakkan kejayaan penyuapan sendiri.
  • Perkakas makan yang digunakan perlulah bebas plumbum, bebas PVC dan bebas BPA.
Membenarkan anak kecil menyuap sendiri ni sebenarnya memang memerlukan kesabaran dan masa. Menggunakan perkakas makanan seperti pinggan, sudu dan cawan merupakan satu proses pembelajaran dan koordinasi dan kemahiran motor anak-anak akan bertambah baik dengan peningkatan usianya. Pastikan anak tidak bersendirian semasa makan kerana takut-takut kalau tercekik pula... Jangan paksa dia makan dan cuba perkenalkan makanan dan tekstur baru dalam kuantiti yang kecil. Bersabar, berkreatif dan nikmatilah setiap saat anak kita melalui proses ini!

Sedikit tips bagi mengelakkan anak tercekik ketika makan... dari sumber di SINI
  • Apabila bayi atau anak kecil mula menyuap sendiri makanan, pastikan mereka berada di bawah pengawasan ibu bapa. Jangan sesekali membiarkan mereka makan bersendirian.
  • Makanan seperti gula-gula, kacang dan buah-buahan yang keras perlu dielakkan. Anak-anak memang suka gula-gula atau makanan manis tetapi sebagai ibu bapa anda perlu tegas dan cuba mengelak daripada memberikan kepada anak-anak.
  • Buah-buahan berbiji seperti tembikai, anggur dan pear perlu dibuang bijinya terlebih dahulu. Buah itu pula perlu dipotong kecil atau nipis supaya senang dikunyah.
  • Bayi akan makan dengan banyak ketika lapar dan akan berhenti selepas kenyang walaupun ketika itu ibu masih menyuap makanan. Bayi tidak boleh dipaksa untuk terus makan dan ibu harus berhenti menyuap makanan apabila anak-anak sudah kenyang.
  • Sebelum menyediakan makanan, pastikan tangan bersih kerana bayi mudah dijangkiti kuman sekiranya ibu bapa tidak menjaga kebersihan.
*Bukan setakat nak makan sendiri jer, sekarang ni semua nak buat sendiri.. yang paling "sweet" tak menahan... Mommy balik bawa susu dia, dia nak tolong Mommy angkat kotak susu dia walaupun berat... dia nak pegang satu hujung kotak, dan Mommy pegang satu hujung kotak lagi, walaupun sebenarnya Mommy yang tampung kotak yang berat itu... "Tacing" kejap Mommy... Sebab sudah mula pandai hendak menolong, sudah mula pandai nak buat sendiri semua perkara... Errr...sebak pun ada sebenarnya... Hu hu hu... Sebabnya??? Adalah "cannot tell"... Ha ha ha... 

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Arfan dulu stat makan sendiri masa setahun rasanya...sbb dia tgk budak2 kat umah pengasuh makan sendiri agaknya..sbb secara tetibe je dia xnak disuap..sampai lah skrg...dia kalo makan, kdg2 ok, kdg2 byk tumpah hehe

    ReplyDelete
  2. Mungkin bila anak dah nak belajar menyuap makanan sendiri ibu bapa boleh nampak kekuatan tangan yang bakal digunakan..kiri atau kanan..maka latihan yang betul akan berlaku..kalau anak lebih gemar makan menggunakan tangan kiri..ibu bapa boleh latih untuk anak ubah ke tangan kanan..hihi..ash..ash..

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. memang comel bila tgk dia nak buat semua sendiri dan nak menolong kita..
    Tapi kalau bab makan nie, kadang2 je bagi dia makan sendiri.. Selalunya suapkan..
    Anak saya yang 2 tahun skrg nie nak amik baju sendiri.. nak pakai sendiri..
    Yang x menahan bila dia pakai baju tido waktu siang.. x bg karang menangis..
    Layankan ajelah..

    ReplyDelete
  4. alololo baiknya ada bujang sorang ni... ;-)

    ReplyDelete
  5. p/s menjwb soalan... choco pie tu x tau laa sedap ke x tu cuma photoshoot je ;-)

    ReplyDelete
  6. Apa pun perkembangan anak akan tiba masa memang dia akan mula nak juga makan sendiri. Sepah atau tak sempurna tu biasalah..

    ps: org tua-tua kata budak makan guna tangan sendiri jadi daging (maksudnya dia kenyang dan puas) hihi...

    ReplyDelete
  7. kadang2 punyalah taknak bagi besepah....mak sangguh suapkan anak..hihi...pada saya, sepah tu boleh kemas....bagilah mereka peluang jadi explorer & belajar melalui pengalaman..:)



    Singgah blogwalking...:)
    Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html

    ReplyDelete
  8. good boy ash... takpe biarkan dia makan sendiri.. explore sendiri ...

    ReplyDelete
  9. sodara aku juga sekarang mulai besar makan nya selalu pengen sendiri padahal dia masih kecil :)

    ReplyDelete
  10. biar dia dapat teroka dunia keliling dia.. ;)
    macam ai.. adakala anak2 nak ai suapkan walau memasing dah besar.. tapi ai suka keadaan macam tu.. ;)

    ReplyDelete
  11. bila makan sendri, dia makan banyak.so biarkan.sepah kena lah kemas, tu yg lemah tu.hehehe

    ReplyDelete
  12. Boleh dah Ash nak suap sendiri ni tapi kena guna sudu plastik la hehe. Yang berterabur tu takpe...asalkan yang masuk lebih banyak dari yang bertaburan di atas meja/lantai kan kan kan mummy haha :D

    ReplyDelete
  13. biasa tengok makanan berterabur ni time anak2 masih kecik. dah tak nak disuap,.nak sendiri jugak yang buatkan..hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !