Beg Sekolah & Bekalan...


Dia memang nak sangatttt beg sekolah... memang nak sangat sangat... Dah sekian lama dah... Lama tak lamalah juga... Lebih kurang dalam 2 bulan yang lepas bila sel-sel otak dia sudah mula menghantar "impulse" yang mana bila sudah mencapai sekian-sekian tahap umur dia perlu ke sekolah...Hik hik hik... Tak taulah kann??? Mungkin dia terfikir begitu dan mungkin juga disebabkan dia melihat abang-abang, kakak-kakak di kawasan kejiranan hari-hari naik turun van dan bas sekolah, bawa beg sekolah dan juga mungkin disebabkan kerana selalu menonton kartun yang menjadikan dia juga turut sama nak ada beg sekolah... Biasalahhh... bila anak sudah mula membesar dan di dalam proses perkembangan...Inilah di antara cerita-ceritanya yang ada di dalam diari seorang ibu dan seorang bapa kannn???

Dia nak beg sekolah, tetapi Mommy dia tak belikan punnn...Ha ha ha... Sebab rasanya ibarat macam tiada keperluan lagi buat waktu dan ketika ini. Jangan membazir.... Tapiii...dia dah nak sangattt... Tak layan tak layan Mommy...Hamikkk... Hari Isnin akhirnya Mommy kena "tag" juga... Sendiri yang tunjuk, sendiri yang pilih dan disebabkan dibiarkan bebas ("bebas bertali") di ruang legar pusat membeli-belah... Dia pegang beg itu dengan mulut tak henti-henti menyebut... "Mau...mau..."... yang bermaksud "mouse" lah tu pada dia... Yang Farah... "Okkk..."mouse"... "mouse".."put back"..."... Lagi suruh letak, lagi dia pegang erat...Ha ha ha... ko rasa macam mana??? Kalau anak dah peluk ketat-ketat macam ni, terus automatik membayangkan andailah...andailah diambil dari dia, sudah pastinyaaa...akan ada drama tangis menangis yang berlaku... Habis tu macam mana??? Mahu atau tidak, rela atau tidak, membazir atau tidak... belikan jugalah.... Kalau tak beli ni dalam hati ni berkata-kata...mesti terima qasidah dari Nek Ma Ash yang berbunyi... "Kerja penat-penat siang malam, cari duit untuk siapa? Untuk anak kann?"... Dush dush dush...Bila dengar qasidah yang sebegitu mesti tertusuk dan menusuk.... Baiklah Mommy belikan... 

Puas hati dia... Senyum lebar dia sepanjang hari... Gembira jelas terpancar dari wajah dia...Iyalah, macam kita juga masa kanak-kanak dulu... ataupun sekaranglah...Kalau kita nakkan sesuatu tu sangat kalau kita dapat, kita punya gembira tu macam tak tergambar kannn??? Begitulah juga kanak-kanak... Mereka juga sama... Rasa ingin tu tetap ada tak kira kanak-kanak ataupun dewasa... Sudahnya, jadinya, semenjak dari hari Isnin sampailah sehingga ke saat semalam, tak mahu berenggang langsung dia dengan beg sekolah itu... Asyik pakai dibahu dan membawa beg plastik yang dia isi dengan botol susu dia ke hulu ke hilir berjalan sekeliling rumah... Ha ha ha... Tu "fefeeling" macam ke sekolah lah tu kot??? Siap berbekal lagi tuuu.... Errr...Ash, pergi "school" tak boleh bawa botol susu, malulah kalau dah "school" bawa botol susu... 

Alahaiiii Ashhh, dah  nak ke "school" sangat ke??? Ha ha ha, boleh... kena lengkapkan "potty training" dulu... kena bercerai dengan lampin pakai buang tu dulu...lepas tu boleh pergi "school".... Ihikss...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Beg Sekolah & Bekalan... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, June 17, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. tak nak..tak nak..kerana anak kena mengalah juga. Itulah keadaan yang selalu akak kena dengan anak-anak kalau tak memang drama airmata yang akan terjadi..kadangkala terpaksa biarkan juga berlakunya drama airmata sebab malas ikut sangat kehendak diorang. Setiap ibubapa memang akan menghadapi situasi macam ni..Sabarlah wahai mummy, Ash tengah membesar banyak lagi kerenah yang akan mummy jumpa nanti hihi...

    ReplyDelete
  2. Comey beg Ash...

    Abg Aqil pon dpt beg skolah td.Abah beli pstu dok galas la beg tu xmo bukak

    ReplyDelete
  3. ha ha ha emosi anak yg semakin besar kan?
    cute sesgt...
    ijat da ada beg jugak, songlap beg abg muhd, cousin :)
    bwk pistol. tapi setakat ni ijat x nak bwk gi skola la...

    ReplyDelete
  4. Yeaaaaa Ash nak g sekolah dah ye :D

    ReplyDelete
  5. Ash dapat beg sekolah baru yer... Comelnyer...

    ReplyDelete
  6. yeay ! akhirnya mommy belikan juga
    seronok tak terkata la kan. hihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY