![]() |
Sumber dari Google |
Marhaban Ya Ramadhan... Doa Malaikat Jibril menjelang bulan Ramadhan... "Ya Allah abaikanlah puasa umat Nabi Muhammad SAW jika apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan tiga (3) perkara...
1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua-dua orang tuanya.
2. Tidak memohon maaf terlebih dahulu antara suami isteri.
3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang di sekitarnya.
Maka Rasulullah pun ucapkan Amin Amin Amin..."... sumber dari SINI
Perkongsian sedikit melalui pembacaan di SINI untuk diri sendiri dan juga anda...
Empat (4) persiapan yang perlu di dalam menyambut Ramadhan:
Persiapan Intelektual
Ilmu sebelum amal. Jangan sampai seorang Muslim berpuasa tetapi tidak mengerti ilmunya. Jangan sampai kita sahur tetapi tidak mengerti ilmunya. Jangan sampai usaha mendapatkan Lailatul Qadar tetapi tidak mengerti ilmunya. Jangan sampai i'tikaf tetapi tidak mengerti ilmunya dan seterusnya.
Persiapan Mental
Mental berjuang mesti sudah dipersiapkan untuk merubah segala yang berbentuk jahiliyah dalam diri, pemikiran, sikap, kebiasaan dan lain sebagainya, sehingga timbul kebiasaan baru; selain berpuasa, memperbanyak amal, solat berjemaah di masjid/surau, membaca Al-Quran, rajin bersedekah, dan lain-lain.
Persiapan Spiritual
Dengan memperbaharui iman dan meningkatkannya, ia merupakan persiapan paling penting. Bersedia untuk menahan diri sari setiap yang membatalkan puasa, mengingati Allah (dzikrullah), tilawah Al-Quran di siang dan malam hari, mengulang-ulang hafazan Al-Quran sambil menghindari perbuatan-perbuatan yang menghakis dan mengurangkan keimanan.
Persiapan Fizikal
Menjaga kesihatan tubuh badan, agar dalam melakukan ibadah Ramadhan sentiasa di dalam suasana segar, bersemangat dan bertenaga. Ketika berbuka, itu peluang untuk mendapatkan tenaga, bukan malah menjadi lemah kerana terlebih makan sehingga melakukan solat tarawih dan membaca Al-Quran dapat dilakukan dengan tenang, penuh semangat dan berkualiti. Tidur yang berkualiti, sehingga mudah untuk bangun qiyamulaildan bersahur.
Oleh itu, sebelum apa-apa... Marhaban Ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang. Dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Farah ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas segala salah dan khilaf Farah kepada sesiapa jua di luar sana. Iyalah, manalah tau kalau-kalau ada yang terkasar bahasa ke, tersindir secara tidak disedari ke, ter"over" tanpa disedari ke, terlebih tanpa disedari ke.... Siapa yang sakit hati dengan Farah, siapa yang terasa hati dengan Farah, siapa yang menyampah dengan Farah, siapa yang marah dengan Farah, siapa yang berdendam dengan Farah, siapa yang benci dengan Farah...Farah minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dengan hati penuh ikhlas dannn... Farah juga memaafkan sesiapa sahaja yang pernah menguris serta merobek-robek hati ini... Hik hik hik...Sungguhlah ni...
Jom kita ulangkaji sedikit, manalah tahu kalau-kalau ada yang terlupa... ok ok gurau-gurau, jangan marah ek? Sama-samalah kita beringat...
![]() |
Sumber dari Google |
Esok jangan buat-buat lupa pula ok??? Tiba-tiba tengah hari elokkk jer pergi "lunch"... Esok kita semua puasa tau? Puasa... Oklah, selamat menunaikan ibadah puasa, semoga kita selalu diberkati di bulan Ramadhan ini dan sekali lagi mohon dimaafkan segala kesalahan-kesalahan Farah ok??? Marhaban Ya Ramadhan 1436 Hijriah...
Selamat berpuasa esok farah..Mohon maaf andai ada perkataan yang mengguris hati..Moga farah dpat menjalani ibadah puasa dengan hati yang ikhlas dan tenang..insya allah
ReplyDeleteTak mungkin lupa Farah sebab niat tu sekadar lintasan dlm hati.
ReplyDeleteTerlintas nak puasa dah kira niatlah tu.
Dari kakak maaf dipohon dan selamat menjalankan ibadah di bulan ramadhan.
selamat berpuasa jugak untuk farah.. semoga amal ibadah kita diterimaNya. Aamiin.
ReplyDeleteSelamat berpuasa esok
ReplyDeleteSelamat berpuasa kak farah..
ReplyDeleteselamat berpuasa dan menyambut Ramadhan buat Farah dan keluarga ^^
ReplyDeleteselamat berpuasa kak..
ReplyDeleteselamat menunaikan ibadah puasa untuk besok mba parah :)
ReplyDeletebangun
ReplyDeletebangun..
sahur sahur...
selamat berpuasa semua
Insya Allah... semoga amalan puasa kita semua diterima oleh Nya...
ReplyDeleteselamat berpuasa kak
ReplyDeleteSalam Ramadhan sis, kosong-kosong yer...
ReplyDeletesamalh juga dgn saya
ReplyDeleteselamat berpuasa buat akak sekeluarga juga :)
Selamat berpuasa dan beribadat farah ... banyak cerita blog farah ni...best
ReplyDeleteassalamualaikum farah...selamat menyambut bulan Ramadhan n selamat berpuasa...:)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya farah
ReplyDeleteeh eh silap ekekek
Selamat menyambut Bulan Ramadan
mana ash mana ashh..ash sahur x tadi hehe
selamat berpuasa kak farah
ReplyDeleteslmt berpuasa Farah
ReplyDeleteselamat berpuasa kak farah
ReplyDeletesalam ramadan..
ReplyDeleteesok puasa ke 2 dah..alhamdulillah...
jom kita bermaafan...terutama org di sekeliling kita