Home » , , , , , , , » RAYSHA PERFUMES | Rahsia Wangian Berpanjangan....

RAYSHA PERFUMES | Rahsia Wangian Berpanjangan....


RAYSHA PERFUMES??? Pernah dengar? Tak pernah dengar? Yang pastinya minyak wangi lah kann??? Farah ni penggumpul minyak wangi dan penggemar minyak wangi dan selalu jer kena perli dengan Nek Ma Ash yang Farah ni mandi minyak wangi...Ha ha ha...Jadi segalanya yang berkaitan dengan wangi-wangi ni memang Farah sukalah... Tidak kira apa saja jenama, apa saja baunya, asalkan bersesuaian dengan kehendak dan citarasa Farah, memang taklah lepaskan peluang untuk memiliki minyak wangi tersebut dan buat koleksi.... Kegemaran Farah adalah... Jika hari ini berbau Burberry, esok nak berbau Givenchy, jika esok bau Givenchy, esoknya pula nak berbau Gucci, esok lagi bau Estee Lauder, esoknya lagi bau Nina Ricci... Sampailah lengkap pusingan Marc Jacobs, Elizabeth Arden, Dior...bla bla bla... Kalau nak senaraikan memang tak habis.... Haipp, bukan berlagak kata Farah ada berbotol-botol minyak wangi di rumah yer... Tolong jangan silap faham "pleaseeee...."... 

Minyak wangi berjenama ni, biasanya dibeli dengan botol yang besar. Bila botol tu dah besar, memang jawabnya sebelum keluar rumah jer lah sembur...set set set set... bunyinya gitchewss... Nama nak bawa botol minyak wangi tu di dalam beg tangan...Memang taklah... Besar gedabak siapa nak "carry" oiiii.... Selalunya bawa yang "miniature" tu jer...Tapi tulah... kadang-kadang payah nak dapat "miniature" ni... Sebab ramai orang suka beli "miniature"... Bukan tak ada, ada, tapi kadang-kadang tu bau yang kita nak tak ada... Haaa...itu masalah yang pertama ok??? Masalah yang keduanya, minyak wangi ni ada perbezaannya di antara EDT dan juga EDP... EDT ni macam yang semua orang tahu, tidak tahan lama dan EDP ni memang tahan lama kottt.... 

Yang ohsemnya!!! Kalau boleh dapat, minyak wangi dengan harga yang berpatutan (jauh lebih rendah)...al-maklumlah zaman-zaman GST ni semua nak kena berjimat cermat yer tak??? Kalau boleh "cut cost" kita "cut cost"...Ha ha ha... Ok ok, kalau boleh dapat minyak wangi dengan harga yang berpatutan dan wangiannya kekal tahan lama sepanjang hari. Perghh... memang sangat ohsem... Pernah juga terfikir macam tu... Tapi susah nak dapat yang betul-betul menepati ciri-ciri yang Farah nak tu... Memang banyak jer orang jual minyak wangi "inspired" di pasaran tu... Tapi kebanyakkannya tak tahan lama baunya...Sudahnya asyik...set set set... menyembur untuk berbau wangi... 

Satu hari tu, ada seorang kawan Farah ni lah, dia "approach" Farah dan kenalkan Farah dengan Raysha Perfumes... Mula-mula dapat kotak Raysha Perfumes ni, Farah tak fikir apa-apa pun dan Farah agak Raysha Perfumes ni sama jer dengan minyak wangi "inspired" lain yang ada di pasaran. Sebab kawan dah beri kannn??? Rugilah kalau tak pakai... Yang anda nampak di atas tu adalah "inspired" Paris Hilton... Bila satu hari tu, Farah pakai... tiba-tiba entah kenapa Farah sendirilah sebagai pemakai terperasan yang minyak wangi "inspired" yang satu ini lain dari yang lain... Haipp, korang ingat Farah saja-saja bercerita sebab nak promosi minyak wangi ni??? Kirim salam sikit ok??? Ini dari pengalaman sebenar...Nak percaya tak percaya itu terpulang pada individu masing-masing...Yang penting tiada yang benar melainkan yang benar dan apa yang Farah sampaikan adalah dari pengalaman sebagai pengguna Raysha Perfumes sendiri.... BAU RAYSHA PERFUMES MEMANG TAHAN DAN KEKAL SEPANJANG HARI!!! Tak perlu nak sembur-sembur sampai 40 - 50 kali pun dalam sehari ok??? Sekali sembur, sikit jer dah memadai...Dah wangi semerbaklah anda.... 

Sumber dari SINI

Sedikit perkongsian mengenai Raysha Perfumes ini untuk pengetahuan anda yang baru saja mengenali Raysha Perfumes melalui entri Farah ini... 

Wangian suci ("non-alcohol" + 100% "original") yang memikat hati. Mempunyai aromaterapi dan aura. Aluna bau yang menyenangkan dan membangkitkan semangat dengan sentuhan bahan semulajadi seperti bunga-bungaan, buah-buahan dan herbal terpilih. Dengan diaspirasikan daripada jenama minyak wangi terkemuka antarabangsa RAYSHA PERFURMES terbukti tahan lama dan dapat mengekalkan wangian sepanjang hari.Kini anda tidak perlu berbelanja lebih untuk memiliki minyak wangi!
Jujurlah Farah katakan yer, harganya sangat-sangat berbaloi dan bila sekali anda mencuba pasti anda berpuas hati dan terfikir untuk membeli lagi... Farah kongsikan sedikit informasi mengenai produk dan harga melalu gambar di bawah... 


Sekiranya gambar tidak jelas atau terlalu kecil, sila klik untuk tumbesaran yer... tetapi nampak tak harganya??? Hanya di sekitar RM 30.00 ++ dan tidak lebih dari itu... Dengan kualiti minyak wangi yang diberikan memang bagi Farah sebagai pengguna "its worth the price!!!"


Selain itu, Raysha Perfumes juga menawarkan produk pewangi kereta dan rumah. Bagi pewangi kereta kannn... memang baunya masuklah ke segenap pelusuk kereta dan setiap sudut dan inci di dalam kereta tu wangiiii jer... Walaupun...jika ada sesiapa yang cuba-cuba merokok di dalam kereta... Bau rokok itu tidak dapat mengatasi bau pewangi kereta Raysha Perfumes... 

Oh ya! Raysha Perfumes bukan sekadar wangian untuk wanita yer...tetapi untuk lelaki juga!!! 

Untuk Maklumat Lanjut:




Sebarang Pertanyaan Tentang Produk Boleh Hubungi:
010 - 2255 297

Sumber dari SINI

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel RAYSHA PERFUMES | Rahsia Wangian Berpanjangan...., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, May 22, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY